Tahun 2007 bermula dengan langkah kanan. Dengan pelancaran produk baru, serta tawaran tersebut! Berbagai-bagai perancangan saya untuk tahun 2007 ini dan semakin ketat jadual. Semalam full day shooting untuk Nescafe Kick-Start (TV3), hari ini pula shooting untuk rancangan motivasi Get-Set-Go (TV2) sebagai motivator/host untuk 3 episode.

Tip hari ini adalah untuk berani mencuba. Kita takut mencuba sesuatu yang baru oleh kerana takut kepada kegagalan. Boleh ke saya lakukan ini? Boleh berjaya ke? Apa jaminan saya akan berjaya?

Sekiranya anda melandakan diri anda dengan berbagai-bagai kerisauan yang menyebabkan anda tidak berani mencuba, maka, anda yang dalam kerugian!

Cuba lakukan sesuatu yang baru setiap hari. Keluar dari comfort zone anda. Jangan takut kepada kegagalan oleh kerana itu adalah penyebab utama anda tidak maju ke hadapan :)

Kegagalan akan mengajar kita. tetapi TAKUT kepada kegagalan akan menghentikan langkah kita untuk mencuba.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Pesaing memburukkan & menjatuhkan anda…
  • Cuba, try & test
  • Tempat terbaik mempromosi perniagaan
  • Takut kena reject!