Apakah tugas yang anda dapat lakukan yang memberi nilai paling tinggi pada diri anda sendiri atau syarikat anda. Anda akan mendapati terdapat 20% dari tugas anda yang akan memberi 80% kepada nilai/pulangan yang anda lakukan.

Tentukan apakah tugasan 20% teratas tersebut dan fokuskan segala usaha anda dan beri lebih masa untuk melakukan tugasan tersebut.

Kemudian, tentukan pula apakah tugasan 80% tersebut yang tidak memberi nilai yang tinggi kepada anda. Cari jalan untuk mengagihkan kerja tersebut, ataupun sekiranya boleh, hapuskannya dari rutin kerja harian anda.

Dengan melakukan ini, anda akan dapati bahawa fokus anda akan lebih kepada tugasan berproduktiviti tinggi sahaja. Teknik memberi fokus ini akan dapat menggandakan pendapatan anda dengan pantas.

ps: masih ramai yang kurang jelas mengenai licensing semalam. Insyaallah saya akan beri tip mengenai licensing esok dalam tip perniagaan! :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Menjadi personaliti perniagaan anda
  • Kerja untuk diri sendiri
  • Katakan tidak!
  • Mengagihkan kerja = pulangan berganda