Erti kejayaan?

Malam tadi Usik-Usik Chef Wan di TV9 disiarkan temubual Chef Wan bersama saya, Siti Nurhaliza & Cik Azlina (pengasas D’Nevachee) bertajuk “Anak Melayu Jutawan”.

Salah satu soalan yang menarik minat saya dari Chef Wan kepada kami adalah:

“Apakah erti kejayaan?”

Untuk berjaya dalam kehidupan, kewangan dan perniagaan, anda perlu tahu erti kejayaan. Bagi anda, apakah erti kejayaan?

Mari kita berkongsi tip!

ps: Siapa tahu jawapan saya kepada soalan itu?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

70 thoughts on “Erti kejayaan?

  1. pada saya erti kejayaan adalah perjalanan berterusan.didalam perjalanan itu kita sentiasa berasa gembira, bersemangat dalam menghadapi segala rintangan. tidak terlupa juga kita membantu orang lain didalam perjalanan yang sama dengan ikhlas dan jujur…

  2. bagi sy,kejayaan merupakan suatu keperluan tetinggi dalam hidup manusia dan ia tidak bererti kejayaan yang di kecapi sebagai satu titik noktah seperti cerita cinderella yang bahagia setelah bertemu dengan putra idaman,sbbnyer hidup kita bagaikan berepisod yang tak sudah,dan setiap episod tu mcm2 halangan an jatuh bangun semua kita lalui..

    memang bagi yg x dpt tahan akn terkandas dan perkataan kejayaan dianggap mustahil..sy pun pernah merasai keperitan bila berdepan dngn masalah dan sampai melatah..almaklumlah setiap manusia ada had kesabarannyer..

    mmgla sng bile ckp sentiasa bfikiran positif ,tp nk praktikkan susah sgt2..tapi bila dah menjumpa titik kejayaan@gembira semua kesakitan bagaikan tlh diubat..

    kejayaan yang paling mmuaskan hati bagi sy bila dapat banggakan family dan sume smapaikan saya dikenali dan dikenang..malah kejayaan yang dikecapi memberi kesan positif kepada org lain..insyaallah

  3. Semoga impian saya termakbul untuk menjadi jutawan seperti Abang Irfan Khairi tapi bagi saya detik terhebat adalah masa kita gagal yang akan mengajar kita erti sebenar kejayaan

  4. kejayaan bagi saya juga bermakna :

    1. bertahan bila sakit (survive walau dalam pelbagai rintangan semasa dlm tempoh mencapai impian)

    2. bangun bila jatuh (tidak mudah menyerah kalah walau gagal berkali-kali)

    3. senyum dalam duka (sentiasa bersikap positif, ceria dan tetap berusaha memberi respon yg baik kepada sekeliling walaupun dalam masalah)

    4. tulus dan syukur (berkongsi hasil yg diperolehi bukan sahaja kpd keluarga dan sahabat tetapi juga kepada org2 yg memerlukan)

  5. saya ada dengar irfan suka tolong anak2 yatim. bolih ke irfan bantu rumah2 anak yatim menjana pendapatan mereka macamanacara yang di jelaskan..pasal apa ya kesihan sesetengahnya tiada mendapat apa apa dana dari pihak2 yang sangat birokrasi dalam mengagihkan peruntukkan dan mereka tiada tahu tentang kejayaan irfan ni.
    tolonglah pi jengok2 anak2 yatim dan orang susah tu..klu nak tahu bolih saya tunjukan

    tq

  6. senang citer…
    kejayaan adalah memperoleh kepuasan setelah keinginan kita terhadap sesuatu berjaya di kecapi…tetapi org yg memperoleh sesuatu yg x penah d fikirkannya sy rse d kira sbg rezeki… sbb kekayaan x memilih umur,ijazah,pangkat,jawatan, tetapi…org yg sentiasa berusaha keras akan memperoleh kejayaan..

    sekian…

  7. huh.. pada saya impian yang pernah dianggap mustahil tapi termakbul berkat doa dan usaha seseorg individu,berjaya buktikan kemampuan dan hasilkan ketenangan dan kegembiraan lebih bererti lagi bila dapat di kongsi dan di manafaatkan oleh Ramai Orang itulah KEJAYAAN..sukses selalu..mmmuah!

  8. wah, lama dah post ni! tp saya percaya isinya sentiasa segar.

    Kejayaan bagi saya.. membuat sesuatu yang susah menjadi senang.

  9. PEMBETULAN…
    Hari lalu dan hari ini banyak perbezaan.Jika dulu aku diketawakan tapi kini aku kecapi dan terus lagi ingin kecapi apa yang tinggal.Apa yang aku miliki?Semuanya terbukti.Aku dapat banggakan ibu walaupun ianya sekecil kuman bagiku.Tenang aku melihat ibu tersenyum atas pemberianku walaupun ianya tidak seberapa.Kini permikiranku lebih matang dan dewasa,itu adalah pintu kejayaan bagiku.AMIN…..

  10. berjaya ni hanya taat perintah allah ikut sunnah nabi saw…itu jerlah satu2nyer kejayaan yang hakiki…yg lain tu semua fatamorgana jer

  11. kejayaan adalah suatu PERJALANAN ..

    perjalanan di mana seseorang insan berusaha untuk memperbaiki diri dari segi pencapaian akademik , sukan , dan termasuk juga kejayaan dalam suatu perniagaan …

    orang yang berjaya juga sentiasa menabur benih yang menguntungkan kepada orang lain ..orang yang berjaya tidak akan pernah jemu untuk berbakti kepada sesiapa sahaja ..

  12. kejayaan apabila seseorang lepas dari azab kubur..dan dpat mengucapkan kalimah toyibah..sebelum nyawa nya dicabut oleh malaikat..sadar lah tuan..dunia hanya sementara ..kejar lah akhirat..kerana akhirat kekal selamanya..orang yang berjaya apabila dpat menjaga solatnya..amalannya..dan berpesan berpesan lah..antara satu sama lain..seperti mana allah berfirman dalam surah alikhlas..insyaalah

  13. pada dasar peribadi kita menganggap kejayaan bererti hasil pengorbanan.kejayaan adalah iringan kegagalan.

  14. “tanya sama hati apa asal bahagia?
    adakah tandanya nampak di mata?…
    Asal bahagia datang dari zikir, diucap di bibir dihati terukir.
    Bila kau berzikir, hati jadi tenang, bila hati tenang, BAHAGIA pun datang…”

    Composer P.Ramlee (lagu tanya sama hati)
    Lirik: Heba

Leave a Reply

Your email address will not be published.