Erti kejayaan?

Malam tadi Usik-Usik Chef Wan di TV9 disiarkan temubual Chef Wan bersama saya, Siti Nurhaliza & Cik Azlina (pengasas D’Nevachee) bertajuk “Anak Melayu Jutawan”.

Salah satu soalan yang menarik minat saya dari Chef Wan kepada kami adalah:

“Apakah erti kejayaan?”

Untuk berjaya dalam kehidupan, kewangan dan perniagaan, anda perlu tahu erti kejayaan. Bagi anda, apakah erti kejayaan?

Mari kita berkongsi tip!

ps: Siapa tahu jawapan saya kepada soalan itu?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

70 thoughts on “Erti kejayaan?

  1. hehe…

    ” erti kejayaan.. suatu yg subjektif..
    terpulang kepada org yg menghayati kejayaan…
    kejayaan terhasil apabila dia gembira melakukan sesuatu tidak kira sama ada dia seorang jutawan atau tidak..

    bila dia melakukan sesuatu..terhasil satu kepuasan bagi dirinya..”

    tapi bagi bagi saya tak salah kalau kejayaan yg mahu dicapai itu… adalah dgn menjadi jutawan..dan ianya adalah lebih baik .. dapat kepuasan sambil meggembirakan org lain disekeliling kita 🙂

    ermm .. correct me if i’m wrong dlm mentafsirkan erti kejayaan..

  2. Bagi saya kejayaan itu adalah kebebasan terhadap sesuatu minat yang kita usahakan dari titik peluh kita sendiri. Ia terlalu beerti apabila kejayaan tercapai.

  3. “Kejayaan itu adalah suatu perjalanan…”. Bila kita dah berjaya, ia menunjukkan kita telah melalui hidup ini dengan sebaik-baiknya termasuklah melalui pelbagai ujian dan rintangan.. 😉

  4. bagi saya, apabila matlamat dipenuhi, itulah kejayaan.. tapi, kejayaan sentiasa berperingkat seperti berjaya, lebih berjaya, berjaya lagi n etc… agak2 betul x? macam paklah cakap, kita nk jadi orang yang cemerlang, gemilang dan terbilang. sama la macam 3peringkat kejayaan~

  5. Saya tahu, Irfan jawab kejayaan itu adalah apabila kita rasa gembira. Just to be happy!

    Bagi saya, kejayaan adalah rasa bahagia dalam hati. Happy lah tu. Apakah rasa bahagia tu?

    Seperti ustaz saya cakap, bahagia itu adalah apabila hati tenang. Bila hati kita tenang, kita rasa bebas, gembira, puas hati, kaya, dan berbagai rasa yang seumpama dengannyalah.
    Dan untuk hati tenang adalah dengan mengingati Allah sebanyak-banyaknya sebab Allah dah janji begitu. Jadi apa saja yang kita buat, berniaga ke, jadi tukang sapu ke, eksekutif besar ke,
    cikgu ke, suri rumah ke, apa-apalah, mesti ada rasa tenang dalam hati, barulah bahagia.

    Pendek kata, kejayaan bagi saya adalah di dunia hati tenang, di akhirat selamat. Menjadi kaya pula adalah salah satu perkara (among others)yang mesti saya buat untuk mengingati Allah dengan lebih banyak lagi, insyaallah.

    Wallahu’alam

  6. Erti kejayaan ialah bebas daripada suatu masalah atau cabaran dengan tercapainya suatu yang kita idam-idamkan.

    Semestinya kejayaan itu memberikan kita kepuasan dan ketenangan jiwa. Kejayaan akan lebih bererti jika kita sendiri yang bersusah-payah, sabar, jujur dan tabah mengharunginya.

    Doakan saya juga berjaya dlm bidang perniagaan seperti anda ya!

  7. Saya setuju dgn pendapat rakan2 semua, terima kasih, yang lebih penting apabila telah berjaya
    ilmu kejayaan itu hendaklah diajar kepada orang lain…baru dapat dunia dan akhirat….

  8. Kejayaan bukannya ‘hasil akhir’ (iaitu bukannya apa yang kita dapat di hujung perjalanan atau bila dah sampai ke destinasi).

    Sebaliknya, kejayaan itu adalah apa yang kita capai di sepanjang perjalanan menuju destinasi.

    Namun, kenyataan di atas hanya merupakan definisi (erti sebenar) kejayaan.

    Kejayaan boleh juga diterjemahkan seperti:

    1. Kejayaan bagi seorang suami adalah apabila dia berjaya membahagiakan isterinya.

    2. Kejayaan bagi seorang isteri adalah apabila dia berjaya memikat suaminya sendiri, mengalahkan mana-mana perempuan yang mungkin hadir dalam hidup suaminya.

    3. Kejayaan bagi seorang usahawan adalah apabila dia berjaya MENAMBAH dan MENGEKALKAN pelanggannya, bukan apabila dia berjaya menjual produknya kepada pelanggan PERTAMAnya buat kali PERTAMAnya.

    4. Kejayaan bagi seorang jurujual bukannya apabila dia berjaya melakukan SELLING dengan begitu hebat tetapi apabila dia berjaya melakukan CLOSING.

    huh..penatlah…apa-apapun, ciptalah kejayaan pertama dulu, itu yang penting. Success breeds seccess, remember?

  9. Bagi saya kejayaan adalah berjaya mencapai apa yang diidamkan dan kita berpuas hati dengan usaha dan hasil yang dicurahkan

  10. Bagi saya kejayaan adalah berjaya mencapai apa yang diidamkan dan kita berpuas hati dengan usaha dan hasil yang dicurahkan.Kepuasan itu seterusnya akan memberi ketenangan dan senyuman kepada diri kita.

  11. “Minat + Perancangan + Cara/teknik melakukannya + kepuasan diri membuat kerja = KEJAYAAN..

  12. kejayaan datang dari keberkatan..
    walau banyak sekalipun duit tapi tak diberkati Allah, belum berjaya namanya tu…
    setiap apa yang dilakukan harus ada keberkatan…
    walau sedikit yang dicapai tapi kepuasan amat besar kerana nikmat yang diberi….
    kejayaan hakiki adalah kejayaan didunia dan akhirat….

  13. aslmkm semua…

    kejayaan pada saya adalah satu pencapain yang kita kita sendiri usahakan ke atas sesuatu yang kita inginkan dan kita rasa gembira bila kita mencapainya. ia akan jadi lebihg bermakna bila dapat dikongsikan dengan orang tersayang , keluarga dan masyarakat.

    keberkatan ke atas kejayaan adalah yang paling penting kerana berkat akan membawa rahmat….inshaalah..

  14. Good morning Irfan , bagi saya sebelum kita mencapai kejayaan, sasaran/matlamat haruslah wujud sebelumnya. Kita berusaha mencapai matlamat ini dan mampu menggenggamnya maka itu sdh jadi kejayaan. Mungkin ada yang menafsir kejayaan adalah sinonim dengan kebebasan tp tidak semestinya ia akan wujud bersama-sama. Kita sudah bebas dari kewangan adakah kita sdh berjaya? Kita sedang menikmati kebebasan kehidupan adakah kita sudah berjaya? Kita bebas ke mana sahaja adakah kita sudah berjaya? Bagi saya matlamat utama kita adalah mahu bebas dari segala belenggu kehidupan yg menyukarkan tidak kira dari bidang apa sekalipun ( begitu juga dengan saya ) . Pendek kata definisikan dulu MATLAMAT lantas kita semua pastinya mampu mendefinisikan apa itu kejayaan! Sekian Terima Kasih.

  15. skang belum berjaya….kejayaan bagi ku setelah aku berjaya membuka a#####n melalui SMS. inilah cita2 yg ku pendam………

  16. Bagi diri saya, erti kejayaan adalah saya tidak berhutang(kewangan) dengan sesiapa samaada individu atau institusi kewangan. Kejayaan adalah satu kurniaan. Untuk berjaya, kita perlu merasai kesusahan.

  17. Bagi saya pula kejayaan adalah apabila sesuatu kerja,matlamat atau sasaran yang kita lakukan berhasil dan kita berpuas hati dengannya.

  18. Kata cikgu saya dulu ; Kejayaan ialah apabila kita mencapai goal dah telah kita set sebelum melakukannya. Contohnya seorang murid set mendapat 3A dalam ujian pertengahan tahun sebagai goal, apabila dia mencapai 3A atau lebih maka dia sudah berjaya.

    Tapi pada saya pula, kejayaan simply mean everybody around me happy with me. Just that.

  19. kejayaan…hidup tidak bergantung pada org lain dan hidup banyak memberi manfaat kepada masyarakat.

  20. kejayaan adalah apabila anda dapat merasai erti kebahagian walaupun anda dalam kegagalan tetapi anda bahagia dengan kegagalan tersebut kerana anda tahu disebalik kegagalan pasti ada kejayaan.

  21. Well, to me success doesn’t mean merely being rich. Success means that you believe in yourself, you can do it, like being a successful Internet marketer. Success means more than this. It also means you are good husband, father, family member, friend and colleague. If you do not have love for others but you are very rich, it just means nothing. Some people have become very rich and right at the top, even appeared in the newspaper that they are the most influential people. In fact, deep inside their hearts, they are only because it meant to compromise everything else but money. My friend was telling me the other day, that if you want to be a successful Internet business man, you have to sacrifice your friends, family members and everything else. I do not believe this statement because what I can see, Irfan Khairi is different. He is rich and he even brings his wife and kids to the seminar. Isn’t this wonderful, no matter what you do, your family is there to be with you. Here I wish everyone will be so successful!

    Clement!

  22. Clement>>> Spot on! 🙂 So, you remember my kids eh? now I have added another one to my collection 🙂

    Dan betul kata linot…

    Jawapan saya pada Chef Wan adalah, kejayaan bagi saya adalah “perasaan gembira”. Duit keliling pinggang, kalau tak happy, for me, bukan kejayaan.

    Research oleh pakar psikologi kekayaan, Stanley (Millionaires Next Door) mengatakan secara rata-rata, jutawan-jutawan adalah “family person”. Suka bersama keluarga. Sentiasa happy.

    Namun, di media, TV, movies, selalu memaparkan jutawan-jutawan sebagai playboy, orang jahat, dan tamak. 🙂 Musuh Superman pun orang kaya- Lex Luthor!

    Kejayaan terpulang kepada individu untuk mendefinasikannya. Sebab itu tiada betul atau tiada salahnya.

    ps: To all, tak perlu panggil saya > Terasa tua 🙂

  23. Kejayaan????
    Mula2 lahir ke dunia pun dah satu kejayaan buat kita.Mula2 berjalan,habis belajar,dpt kerja, suma tu kira berjaya..tapi saya rasa itu pun masih bukan satu kejayaan.
    bagi saya, kejayaan adalah kebebasan (freedom).Free nak wat ape2 je.dari segi duit,kerja, masa, pemikiran, kbahagiaan…yelah, kalau kita ada duit, kita mampu nak beli ape, nak wat ape pun, kira kita dah berjaya dapat apa yang kita nak dapat.Kita tak perlu ikut cakap org,nak ikut masa org..saya rasa n yakin, xramai org yang suka kerja..so, bila dapat kerja untuk diri n berjaya, tu adalah kejayaan..Am I right???

  24. owh, rupenye kejayaan bukan mencapai matlamat…. ingatkan bila mencapai matlamat baru berjaya…

  25. tak semestinya kejayaan tu bukan mencapai maklamat, acap..tu pun salah satu kejayaan.bergantung kepada org tu sendirilah saya rasa..lain org, lain maksud yang dia guna..contohnye, World Cup ni, semua nak jd champion, tapi kalau German menang,tercapailah matlamat diorg n tulah kejayaan buat masa tu bagi diorg..(Go German Go)

  26. erti kejayaan bagi saya apa bila mencapai matlamat yang hendak saya tuju.

    matlamat negara wawasan 2020.

  27. Last but not least….

    Ada DUIT + Ada MASA + Ada KESIHATAN = BAHAGIA

    BAHAGIA = KEJAYAAN

    Betul kata Irfan (sekarang terasa muda tak? he..he..he..)

  28. Saya ada menonton rancangan tersebut semalam. Jawapan Irfan amatlah ringkas iaitu kita berjaya sekiranya kita gembira. Saya mula terfikir ‘betul kah jawapan tersebut’? Bagi saya, jawapan kepada soalan tersebut ialah ‘terpulang kepada individu masing’. Tetapi, kehidupan kita perlukan banyak kejayaan. Seseorang yang dapat bangun dan solat subuh pun dikira berjaya setelah sekian lama meninggalkan subuh.
    Selepas berfikir, saya mendapati jawapan Irfan merupakan jawapan yang boleh dipakai oleh semua insan. Cuba anda fikir sekiranya kita gembira selalu? Bukankah itu bermaksud kita berjaya selalu? Ini akan memudahkan kerja kita seharian di mana kita tidak akan mudah ‘down’ dalam semua benda yang kita lakukan. Jadi, gembiralah selalu. Sentiasa maafkan salah dan silap orang lain 😉

  29. Assalamualaikum dan selamat sejahera… Semua orang mempunyai definasi kejayaan yang berbeza tapi matlamatnya adalah sama. Bagi saya kejayaan apabila kita bebas hutang terutama dengan Allah hati tenang kalau tidak diri rasa celaru. Kalau kita tak hutang dengan NYA maka yang lain tu senang je lah… tentu rasa bahagia.

  30. kejayaan yg hakiki adalah diakhirat nanti…beruntunglah mereka yg mendapat buku catatan tangan kanan

    bagi saya kejayaan didunia adalah sebuah perjalanan. apabila kita sudah menetapkan matlamat setiap langkah yg kita usahakan itu adalah merupakan kejayaan

  31. AISEY, MISS BETUL NAK TGK YOU BUAL2 DGN CHEF WAN.. DAN SICOMEL SITI JUGA..
    ERTI KEJAYAAN..?.. : NAK APA MESTI DAPAT
    HATI SENANG JIWA TENANG FIKIRAN LAPANG TAK SANGKUT HUTANG.. YES..!

  32. hi there…

    success is always judged by our material possession like what model of car we ive,designer watch we sport or how big the house we own..
    SUCCESS is ones OWN PATH in pursuing eam,NOT fulfilling or meeting others expectations.

    often we so concern with what makes us feel good that we forget what makes us GREAT.Undestanding how to surmount pain,doubt n failure is crucial aspect of winning the game of life…

  33. “Kejayaan seperti sebuah perjalanan. Dalam perjalanan tersebut kita melalui pelbagai cabaran. Cabaran tidak menjadikan kita “give-up” tetapi sebagai pendorong. Kejayaan adalah kepuasan, keseronokan dan keselesaan. Bagaimana seseorang itu mencapai kejayaan, bergantung kepada individu…”

  34. Ini pandangan dan teori pd Gue……..
    Lulus Peperiksaan – kejayaan
    Dapat Kerja – Kejayaan
    Beli Kereta/Rumah – Kejayaan
    Menang AF 4 – Kejayaan
    Itu semua kejayaan dunia sebelum terhentinya kehidupan.Kejayaan muktlak dan hakiki adalah setelah memasuki Syurga Firdausi.Begitulah adanya,Amin Yarabal Alimin.Thank You.

  35. Kejayaan bergantung kpd SIKAP. Nak berjaya mesti, paksa diri cari jalan utk ubah SIKAP yg -ve kpd yg +ve. Ssh ke..? mudah je, selagi apa yg kita buat x bertentangan dgn syariat, kira +ve la tu. SIKAP malas, suka bertangguh, berdalih, pengecut tiada dlm kamus Islam. So, SIKAP ni ‘all of it’ mesti di hapuskan dlm diri kita if kita nak BERJAYA.

    If SIKAP dah betul, apa pun yg kita buat, PASTI akan BERJAYA!!!

    Selamat BERUBAH, & BERJAYA !!

  36. sy begitu setuju dengan pendapat semua..kejayaan bukan suatu destinasi tapi ianya satu perjalanan…:D
    moge kite semua sucess dalm our bisnes..
    syabas kepada Irfan…
    susah nak cari anak melayu cam ..:D
    tahniah….

  37. Saya masih ingat jawapan ! itu. Jawapan adalah seperti di bawah:

    “Kejayaan adalah keadaan di mana kita
    merasakan gembira… being happy!”

    Ini disebabkan anggapan bahawa kejayaan adalah amat subjektif. Tidak semestinya kejayaan diukur dengan wang ringgit. Atau
    pencapaian material seseorang itu.

    Tak begitu? 🙂

  38. kejayaan adalah kegembiraan berpanjangan, gembira dengan apa yang ada, bersyukur dengan pemberian, tidak semestinya orang jutawan sahaja yang perlu gembira.. kejayaan juga adalah milik kepada orang yang suka menuntut ilmu, menjalankan amanah kerja dengan baik. Kejayaan tidak ada pada orang yang bertawakal tanpa usaha, tidak mencari ilmu didepan mata..

    🙂

  39. definisi kekayaan terpulang kepada setiap individu.. ia adalah sesuatu yang subjektif.. dan biasanya.. bila seseorang tu dapat kejayaan.. dia akan terasa happy, bahagia, ceria, tersenyum, tenang, gembira, dll yg sewaktu dengannya. dan bila dia tak berjaya @ gagal dia akan rasa keciwa, sedih, termenung, frust, tension dsbgnya..

    for me.. KEJAYAAN means “kita dapat apa yang kita mahu” ataupun “tak dapat apa yg kita mahu” setelah berusaha bersungguh-sungguh ke arahnya @ dengan perjuangan yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah..

    saya tak terima seseorang tu sebagai orang yang berjaya bila dia dapat sesuatu yg dia mahu dgn jln yg tidak sepatutnya.. (jalan tak berusaha.. jalan singkat.. jalan haram.. rasuah.. penipuan dsbgnya..) walaupun nampak dia kelihatan happy.. tp dia tetap bukan org yg boleh dikatakan berjaya.. sbb kalau kantoi nanti dia akan kelihatan keciwa(kena tangkap, kena penjara, masuk neraka dsbgnya) Kesimpulannya.. orang ini GAGAL di dunia dan di akhirat.

    Dan bagi saya, orang yang tidak mendapat apa yang dia mahukan, tetapi telah berjuang berhempas pulas ke arahnya.. sehingga ada yang mengorbankan jiwa dan raganya sendiri.. dia tetap dianggap BERJAYA.. Cth:- org yg xlulus exam walaupun dah study bagai nak rak, orang yg berperang menentang penjajah dan terkorban tapi tak jugak merdeka.. dll contoh lagi.

    Kesimpulan dari saya, KEJAYAAN bergantung pada usaha. Usaha banyak (sungguh2,bersih,dll)—>dia BERJAYA (dapat ataupun tidak). Usaha takdak (nak tanak je,taktik keji,menipu,dll)—>dia GAGAL (dapat ataupun tidak).

    Ijou desu. 🙂

  40. A’kum sumer….
    Saya pun ada gak tgk Irfan, Siti ngan cik Azlina(pemilik D’Navinci) kat tv9…memg low profile tul si jutawan internet ni…dari cara percakapan dan essing…memg low profile..satu contoh yang baik buat anak2 muda termasuk diri saya…

    Actually erti kebagiaan salah satunya memg seperti Irfan Khairi ckp..KEBAHAGIAAN..tetapi selain tu saya rasa komen2 yg kengkawan lain beri pun semuanya betul belaka…

    Sebagai seorg Islam, kita sentiasa diseru untuk mengejar kejayaan..’MARILAH MENUJU KAJAYAAN’ sebanyak 5kali diseru plak tu…so kepada sumer
    ‘AJAJA FAITEI!!!!'(TERUSKAN BERUSAHA)…:)

  41. hmmmm…nak berjaya susah tp x mustahil…masalah skang ni org Melayu sukar tolong orang Melayu…memperlekehkan adalah…
    syabas Irfan Khairi krn berjaya membuktikan “Melayu boleh”…
    Semoga akan lahir lebih ramai Irfan Khairi dlm perniagaan internet….

  42. kejayaan bagi darin adalah setelah kita melalui dan merintangi apa itu kesusahan dan keperitan..kejayaan tak akan memberi apa-apa erti..andai tak rasai kepayahan..

    sebagai contoh..

    tetiba..anda memenangi..hadiah pertama dalam acara lumba lari tanpa anda berlari?? apa ertinya kan?
    cuba setelah anda berusaha..dan bersungguh-sungguh berlatih untuk mendapat gelaran juara di situ lah erti kejayaan…

    “sesungguhnya setiap senyuman itu..sebenarnya terpalit kepahitan “

  43. Betul tu, kejayaan akan lebih dihargai apabila susah payah, penat lelah, pengorbanan masa dan tenaga telah banyak dicurahkan. Anda akan lebih menghargai kejayaan sekiranya matlamat yang anda akan capai tu berliku-liku dan sukar diperoleh sehingga anda berkomitmen melakukannya sehingga berjaya.

    Ingatlah dari mana kita bermula dan asal usul kita.

  44. “kejayaan adalah satu kepuasan, namun setiap kejayaan mesti ada keperitannya” kejayaan hakiki adalah kejayaan dunia dan akhirat.renungan

  45. ustaz saya pernah kata: “yang sebenar-benar kejayaan adalah apabila satu masa nanti, kita berjaya melintasi titian siratul-mustaqim..”

    Untuk berjaya melintasiNya, memang banyak ujian yang perlu ditempuh..sama2 lah kite fikirkan..

  46. kejayaan paling bermakna bila kita mendapat husnul khatimah selepas kita dijemput oleh Pencipta kitaa yang memiliki segala kekayaan di langit dan di bumi…seseorang itu tidak akan berjaya jika dia tidak BERSYUKUR…maka bersyukurlah walau sikit atau banyak yang diberiNya. bagi sesiapa yang bersyukur, Allah pasti akan bertambah nikmat and rzeki berkali-kali ganda…

    tahniah untuk semua…semoga terus menjadi hamba yang Cemerlang dan berjaya…SUKSES LUAR BIASA

  47. Pada saya,…

    “Kejayaan adalah apabila sesuatu yang telah saya lakukan, ditiru dan dicontohi oleh orang lain dengan matlamat untuknya memperbaiki diri atau mengalihkan dirinya ke suatu tahap yang lebih baik.”

Leave a Reply

Your email address will not be published.