Mon 3 Mar 2008
Kita semua pernah dengar peri bahasa tu kan? dan ada kalanya, kita juga terjerat dalam keadaan “hangat-hangat tahi ayam”.
Pada mulanya, semangat berkobar-kobar nak lakukan “sesuatu”. Motivasi pun tinggi! Semangat tinggi! Bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan.
Alih-alih, 2-3 hari atau 2-3 minggu atau 2-3 bulan kemudian, habis semua lentur. Motivasi, semangat dan keyakinan hilang…
Bagaimana caranya untuk maintain dan meneruskan sesuatu motivasi?
Cara saya adalah dengan melakukan “sesuatu” tersebut setiap hari. Jangan lakukan sedikit sahaja, atau cukup syarat sahaja, tetapi lakukan bersungguh-sungguh setiap hari. Ini akan menambahkan momentum anda.
The trick is, jangan biarkan satu hari berlalu tanpa anda melakukan perkara tersebut kerana ini akan mengurangkan momentum anda.
Katalah anda ingin memulakan perniagaan Internet. Setiap hari, lakukan sesuatu supaya anda lebih dekat dalam mencapai matlamat anda tersebut. Tak kira sama ada membaca mengenai perniagaan Internet, memperbaiki idea perniagaan internet anda, membeli web hosting dan domain name untuk perniagaan Internet dan sebagainya. Setiap hari MESTI ada sesuatu yang anda lakukan untuk perniagaan Internet.
Aplikasi cara ini untuk apa sahaja yang anda ingin lakukan. Kebanyakan kita sering mengalami penyakit hangat-hangat tahi ayam ini. Dan ianya adalah amat merugikan apabila momentum kita hilang.
Keep the momentum going!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


March 3rd, 2008 at 8:25 am
ya…
hari2 saya masuk website ini untuk memastikan momentum saya tak hilang..
TQ Abang Irfan
March 3rd, 2008 at 9:16 am
Salam Pembaca Tip 1 Minit,
Saya rasa perkara ini “berkemungkinan” mudah berlaku pada seseorang -> terutamanya yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan internet.
Bila segala masa, wang dan tenaga telah dikorbankan untuk membina laman web..Kemudian, disambung pula dengan proses promosi, baru kita sedari yang perniagaan ini tidak semudah yang kita sangkakan.
Apa tak nya..dah seminggu promosi, masih tiada sale..Rasanya, website dah ok dah..dah ikut dah semua tip yang sifu ajar..Tapi, masih tak menjadi..
Apa lagi yang tak kena, ek…? Nak give up ke? Nak try bisnes lain pulak ke?
Setelah berfikir buat seketika berdasarkan pengalaman sendiri, kemudian saya buat satu konklusi..
Kalau kita rasa, yang kita ni jenis orang yang “hangat-hangat tahi ayam”,(selain ikut apa yg IK bagi hari ni)..
>>kita mesti cari sekurang-kurangnya SEORANG TEAM-MATE/ bisnes partner..yang serasi dengan kita, yang ada mind set nak berjaya, dan sanggup mengharungi segala cabaran dalam dunia bisnes ini.
Lidi sangat mudah dipatahkan bila ia tinggal SATU, tapi lidi tak mungkin dipatahkan bila ia duduk secara berKUMPULAN.
So, jangan duk wat bisnes sorang-sorang.. carilah KAWAN…InsyaAllah, semangat akan terus berkobar-kobar..tak akan jadi “hangat-hangat tahi ayam”
“Masih Terlalu Awal Untuk Mengalah..
Semoga Berjaya!”
Ikhlas,
free-dom
March 3rd, 2008 at 9:19 am
sama juga…saya hampir setiap hari setiap kali buka internet explorer memang website ni lah yg akan keluar…i dah set as default website
nak berjaya kena sentiasa bersemangat…
March 3rd, 2008 at 9:43 am
Assalamualaikum…
Tq Irfan, sungguh bernas tip hari ni.
Tq.
March 3rd, 2008 at 9:50 am
Tekadkan pendirian, ayuh keluar mengundi 8 Mac ini, jgn “warm2 chicken shit” sahaja..
March 3rd, 2008 at 11:10 am
Peribahasa yang saya rasa sesuai untuk trick tersebut adalah sedikt-sedikit lama2 jadi bukit. Usaha setiap hari secara istiqamah akhirnya berjaya meraih hasil yang besar.
March 3rd, 2008 at 12:32 pm
Salam kasih sayang,
Ya memang benar, ia adalah suatu ketetapan(Qadak Allah). Apa saja yg kita ulang pasti akan menghasilkan suatu (keajaiban pelaziman), sama ada kita kehendaki atau yg kita benci, bila kita fikrkan selalu ia pasti akan berlaku.
Sebab itu selalu fikir, “apa akan jadi pada diriku esok hari?..kiranya aku terus begini…
Syukur. Keberkatan bagi kita semua. Amin
March 3rd, 2008 at 1:12 pm
Ya,
Saya juga masuk website ini untuk memastikan momentum yang berterusan. Saya juga buat link dengan blig saya untuk pastikan tak lupa untuk melawat blog ni setiap hari.
March 3rd, 2008 at 1:58 pm
salam,
memang satu ketika momentum ni dah kurang..
tp dgn m’gunakan cara spt yg bro irfan ckp, kita kena melakukan “sesuatu” setiap hari,dpt jugak kekalkan smgt n motivasi
March 3rd, 2008 at 4:15 pm
Kadang2 terasa MALAS.. tu yg terbengkalai tu.. yg penting diri sendiri mesti mempunyai motivasi yang tinggi.. saya selalu dapatkan motivasi dengan mengunjungi blog2 usahawan internet tempatan yang telah berjaya..
March 3rd, 2008 at 10:42 pm
Yep!! momentum tu sangat penting untuk memastikan sesuatu yang dilakukan itu berterusan.
motivasi + minat = momentum
Saya bukan seorang yang “Warm Warm Chicken Shit”
March 4th, 2008 at 6:56 am
Ya… sangat setuju, nak berjaya dalam apapun kita kena istiqamah. Dalam Islam istiqmah amat dituntut. Contohnya solat, Allah wajibkan 5 waktu saja dan yang penting istiqamah baru lah berjaya dunia dan akhirat. Kalau nak tambah lagi dgn solat sunat yang lain? Tambah la sikit2 jgn hangat-hangat tahi ayam, buat sekali banyak2, pastu tak buat langsung..
*Setakat ni, KAWAN saya yang paling setia ialah tip satu minit.
March 4th, 2008 at 9:38 am
dalam masyarakat kita, ramai yang hangat2 ___ ayam. sebagai motivator juga, selalu sangat jumpa keadaan ini… kesian…
-IK
March 4th, 2008 at 11:12 am
betul tu…momentum sgt penting…
March 4th, 2008 at 11:18 am
hari-hari saya surf web ni supaya minat saya
bertambah dalam..bagi saya orang yang hangat-hangat tahi ayam ni adalah orang yang tamak untuk memiliki segalanya dalam satu masa dan tidak menumpukan sepenuh perhatian dalam satu-satu perkara, yang mana akhirnya ‘yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran’
March 4th, 2008 at 2:51 pm
betul tuh. kita kena buat setiap hari jika tidak mahu kehilangan momentum tersebut. tanpda tindakan yang berterusan, maka hasilnya akan hanya sekerat jalan. sangat rugi jika jika kehilangan momentum kerana bukan mudah untuk mendapatkannya semula.
March 15th, 2008 at 11:35 pm
salam, IK.
menyelenggara (maintain) semangat boleh menjadi satu cabaran. sedangkan iman pun ada naik dan turunnya (spt Hadis Nabi saw). saya amat setuju dgn pendapat bhw kekalkan semangat dgn melakukan kerja berkenaan tanpa henti walau sehari. jika didlm bisnes, selalunya oksigen bertahan selama 3 bulan dan oksigen (atau semangat) perlu ditambah/ dicaj semula sebelum ianya expire.mana-mana bisnes, ‘pepatah’ ini adalah terpakai.tk.salam.Syamsul
March 31st, 2008 at 12:58 pm
Saya baru nak mencuba bina pengetahuan, maklumat,dorongan menuju kejayaan..doakan
May 5th, 2008 at 10:00 pm
saya ada sedikit pengetahuan dalam membina website sendiri dan marketing. tips dalam buku doc akan saya implementasikan. tak perlu page yang sarat-sarat..before this, saya berangan nak guna flash dalam website sy..hahaha…kelakarnye…bak kata orang, bisnes saya ni diibarat macam baru nak menyemai biji benih…dah berangan lebih2…skang website sy in progress…sy akan guna tahi ayam untuk membaja bisnes saya ni agar berkembang mekar dan membuahkan hasil…dun get me wrong, bukan sy yang hangat2 tahi ayam, malah sy akan utilise balik tahi ayam tu…thanx doc…u r my mentor,my sifu…
May 9th, 2008 at 11:48 pm
emmm,mmg ada berlaku macam ni,bila usaha tak berhasil…
February 21st, 2009 at 3:07 am
Go GO abang irfan!!!..I am your big fannnn!