Pejam kelip pejam kelip, dah masuk bulan Julai 2006! Berakhirnya Jun 2006…

Tip Satu Minit pun sudah berusia 2 bulan. Seperti bulan lepas dan bulan yang akan datang, setiap kali masuk bulan baru, tiada tip diberikan. Setiap kali hari pertama bulan baru, kita gunakan untuk reflect pada diri kita sendiri. Sejak 2 bulan lalu…

  • adakah terdapat perubahan positif kepada diri anda?
  • tip yang mana anda telah cuba gunakan?
  • tip yang mana yang anda masih menunda-nunda belum lakukan?
  • tip mana yang memberi impak paling besar kepada diri anda?

Cerminkan diri sendiri, oleh kerana ruang Tip Satu Minit ini tidak ada gunanya sekiranya tip-tip tidak dimanfaatkan oleh anda. Lebih kurang setiap kali masuk bulan baru, anda perlu buat “post-mortem” pada diri anda sendiri. Saya juga akan lakukan untuk memperbaiki lagi tip-tip yang akan datang :)

Beberapa update dan permintaan:

1: Ingin meminta jasa baik penghuni-penghuni komuniti Tip Satu Minit untuk memberi TESTIMONIAL mengenai Tip Satu Minit. Testimonial akan digunakan untuk tujuan promosi Tip Satu Minit supaya dapat menarik lebih ramai pengunjung ruang tip kita ini- supaya lebih ramai dapat manfaat. Klik pada “comment” untuk memberi testimonial. Syarat: perlu beri nama penuh dan lokasi anda. (nama glamour tak main! :) ) Kalau nak bagi gambar, lagi lah best- boleh email gambar anda ke info@rahsiainternet.com (optional)

2: Tidak lama lagi, atas permintaan beberapa ahli, kami akan buka “registration” untuk anda yang memberi comment. Ini akan memudahkan anda supaya next time nak beri comment, tak perlu isi nama. Semua dah siap “save” dalam PC anda. Ini juga mengelakkan dari salah guna nama anda di Tip Satu Minit oleh mereka yang tidak bertanggungjawab (belum pernah terjadi lagi… cuma langkah berhati-hati)

3: Insyaallah bulan Ogos nanti, ada surprise untuk ahli-ahli Tip Satu Minit. Ini juga sebabnya anda perlu daftar nanti sebagai ahli berdaftar (percuma je). Ahli berdaftar sahaja yang akan terima surprise ni… :)

4: Workshop Jutawan Internet saya seterusnya adalah pada 22hb Julai 2006. Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.rahsiainternet.com/workshop . Di situ saya akan kongsikan tip-tip supaya anda mendapat daya saingan yang hebat apabila berniaga (Internet dan juga bukan Internet) sehingga dapat menewaskan pesaing-pesaing anda. Hanya 6 tempat kosong tinggal!

Kita jumpa di Tip Satu Minit esok untuk tip seterusnya…. :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Ogos 2006 - Bulan Merdeka!
  • Kesan keadaan ekonomi pada perniagaan Internet
  • Screenshot Strategy X
  • Bersihkan pendapatan perniagaan Internet