Ikut jejak langkah idola

Satu cara motivasi adalah mengikut jejak langkah idola anda.
Salah satu kisah menjejak idola yang paling hebat adalah Tiger Woods. Ketika muda, Tiger Woods mempunyai seorang idola iaitu Jack Nicklaus yang merupakan juara golf ketika itu.

tiger.jpg

Tiger meletakkan gambar Jack Nicklaus di dalam biliknya, dan di bawah gambar tersebut, Tiger meletakkan timeline kerjaya pencapaian Jack Nicklaus dalam pertandingan golf selama 20 tahun.

Tiger Woods merujuk kepada timeline tersebut supaya dirinya dapat menyaingi idolanya itu. Sehingga suatu hari, pencapaian Tiger Woods melebihi Jack Nicklaus.

Teknik menjejak idola yang dilakukan oleh Tiger Woods adalah amat efektif oleh kerana beliau merujuk pencapaiannya pada hanya seorang juara golf sebagai benchmark pada ketika itu. Jejak langkahnya adalah amat fokus!

Adakah anda mempunyai idola? Bagi saya sedikit sukar untuk mempunyai hanya satu idola seperti Tiger Woods. Tetapi saya mempunyai beberapa idola dalam bidang-bidang yang berbeza sebagai benchmark untuk motivasi dan mencapai kejayaan.

tigerjack.jpg
Akhirnya, Tiger bertemu idolanya, Jack Nicklaus!


Agak-agaknya berapa umur Tiger Woods ketika mula mengikut jejak langkah idolanya itu?
Siapa boleh teka?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

7 thoughts on “Ikut jejak langkah idola

  1. Yakinlah bahawa setiap seorang insan yang dijadikan oleh Allah punyai satu kelebihan, “Kelebihan itu ada dalam diri anda tetapi tidak pada saya, ada dalam diri saya dan tidak pada diri anda” Persoalannya “Bagaimana untuk mengetahui kelebihan diri kita?” “Bagaimana pula untuk mengembangkan bakat kita tadi”

    Saya cadangkan supaya setiap kita perlu punyai idola masing-masing. Dan tak salah untuk gabungkan idola kita. Contohnya kita ingin menjadi jutawan hartanah yang berprestij,yang beriman, bermotivasi dan dermawan misalnya. Kita boleh gabungkan Donald Trump, Abdul Rahman bin Auf, Syed Mokhtar Al Bukhary dan Azizi Ali

  2. Assalammualaikum Irfan…
    Selamat berbuka puasa…

    Saya pun mempunyai beberapa orang idola.Antaranya termasuklah Irfan sendiri.

    Agak-agaknya berapa umur Tiger Woods ketika mula mengikut jejak langkah idolanya itu?Erm,melalui informasi yang saya dapat melalui internet,Tiger Woods mula mengikut jejak langkah idolanya ketika dia berumur 13 tahun ketika itu.Pada umur tersebut,Tiger Woods,telah memenangi kejohanan “Junior World” sebanyak 4 kali…Selepas itu,pencapaian Tiger Woods semakin membanggakan.

    Tetapi,antara sebab mengapa Tiger Woods menjadi pemain golf terulung di dunia ketika ini adalah di sebab dorongan kuat daripada keluarganya,terutama dari ayahnya,Earl Woods.Tiger Woods didedahkan dengan sukan ‘Golf’ketika beliau masih kecil lagi!

    ok,jumpa lagi.
    caucincau…

  3. soklan yg ajukan telah dijawab oleh saudare farid…
    dalam bisnes internet..sy jadikan sebagai idola sy..
    tahniah ..
    insyallah kite semua kan menjejak langkah dalam arena internet biz ni…insyallahhh…

  4. Idola saya?Dr adalah salah seorang idola saya sebab saya pun ingin menjadi usahawan internet yang berjaya.Satu lagi idola saya Dato’ Fadzilah Kamsah pakar motivasi yang selalu memberi saya semangat setiap kali saya mendengar motivasi dari beliau.

    Ya betul tu kalau ada banyak idola lagi bagus..contohnya dalam bidang politik,sukan dan bidang lain-lain juga.Ianya mendorong kita untuk berjaya.

    Salam Usahawan! 🙂

  5. Ya teknik yang cukup berkesan bagi mencapai sesuatu kejayaan..ianya merupakan kombinasi gabungan 3 kuasa yang semuanya ada pada kita..kuasa imaginasi..kuasa minda bawah sedar..dan kuasa mencontohi..ya mencontohi..!hari ini setiap dari kita telah dipengaruhi dari tingkahlaku penjaga kita sejak kecil. Apa yang disemai oleh mereka itulah yang dapat dituai dari tingkahlaku dan sikap kita apabila kita dewasa kelak. Jika keluarga kita makan dengan tangan kita juga akan ikut mencontohinya ,jika dengan “chopstik” maka dengannya “chopstik” lah kita makan..begitulah kuasa mencontohi …Jika idola anda Jutawan maka anda pasti boleh menjadi jutawan tetapi dengan syarat anda mencontohi setiap langkah yang diambil oleh idola anda untuk menjadi Jutawan dan saya pasti ANDA JUGA BOLEH mengeluarkan hasil yang sama…

  6. salah satu idola saya…idola pun idola saya…Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary…Dr boleh jadi cam beliau…menyumbang untuk anak bangsa…kebanyakan orang yang berjaya perlu dijadikan idola…biase saya tengok income yang Tiger Woods dapat…

  7. saya rasa umur tiger woods pada masa tu ialah 4 tahun because ader terbaca gak cerita pasal dia.. betul tak? idola saya adalah datuk johan jaafar, syed mukhtar al-bukhary dan irfan sendiri.. tapi agak susah nak cari poster yang besar untuk tampal kat bilik… irfan tak ada poster ker? terdetik juga bila agaknya dapat ikut jejak langkah mereka yang dah berjaya sekarang ni… because yang ada sekarang cuma impian, keyakinan, dan semangat… tapi nak cakap pasal modal dan experience hehehe… lambat lagi kot!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.