albayan.jpgHari ini saya dijemput sebagai tetamu program TV1, Al-Bayan. Ini kali pertama saya diberi peluang dalam rancangan berbentuk Islamiah. Terima kasih kepada JAKIM kerana memberi kepercayaan. Juga kepada host, Ahmad Fazli Yusof (Penulis buku bersama Dato Fadzilah Kamsah). Tajuk yang diperbincangkan tadi adalah “Penganggur Kehormat” - mengenai siswazah menganggur.

Satu point saya timbulkan adalah, mengapa para lepasan IPT memikirkan “cari kerja” sebagai keutamaan selepas meninggalkan IPT dan bukannya memulakan perniagaan. Sedangkan hadis mengatakan 9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan?

Rasulullah juga adalah seorang usahawan!

Mudah-mudahan lebih ramai siswazah menganggur mempertimbangkan untuk memulakan perniagaan. 

Amat berterima kasih kepada production house yang tak jemu menjemput saya sejak kebelakangan ini. Minggu hadapan sahaja ada 2 lagi jemputan untuk program TV2 & TV3 pula.

Menjadi tetamu di dalam TV adalah salah satu cara promosi, disamping dapat membantu orang ramai. Hendak tahu bagaimana anda juga boleh lakukannya? CaraPromosi.com akan menceritakan! Tunggu pelancaran CaraPromosi.com dalam masa 4 hari lagi!

ps: Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dan mengambil kesempatan menjadi pioneer usahawan-usahawan Internet tempatan, jangan lepaskan menghadiri Workshop Jutawan Internet! Workshop terdekat adalah pada 27hb Januari 2007.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bersama Irfan Khairi @ WW Astro Awani
  • Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi Lim
  • Irfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fm
  • Irfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fm