Tidak kira tahap mana kepakaran anda, anda masih perlu menuntut ilmu. Dan cara termudah dan terpantas adalah dengan bertanya!

Sehingga kini saya masih lagi menuntut ilmu dan menambahkan lagi ilmu dalam bidang perniagaan, Internet dan kejayaan dengan banyak bertanya. Bertanya memudahkan pembelajaran oleh kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dengan apa yang ingin anda cari.

Entah kenapa, seringkali, bila seseorang itu ingin bertanya, beliau merasakan dirinya amat rendah. Akhirnya, beliau tidak bertanya dan simpan sendiri segala persoalanan.

Apabila saya ingin memulakan Blog Tip-Satu-Minit ini, saya mempunyai masalah besar- saya tidak tahu banyak mengenai BLOG! (Pakar perniagaan Internet tak tahu blog?) Jadi, saya banyak bertanya. So, here’s a credit to my friend Sunny Tan of Tips.com.my. Ketika saya hendak memulakan blog, saya banyak bertanya kepadanya oleh kerana beliau lebih pakar dalam blog dan teknologinya berbanding saya.

Apabila bertanya, kita akan mendapat ilmu. Dengan ilmu tersebut, kita boleh kembangkannya dan mengaplikasikannya dengan cara tersendiri. Daripada saya buta-blog, kini blog mendapat sambutan hebat. Semua daripada sikap bertanya.

Jangan malu dalam bertanya, sekiranya malu bertanya, maka anda sendiri yang akan rugi!

Ps: Sedikit mengenai blog ini- Blog ini ditubuhkan pada 3hb May 2006. Saya amat suka blog ini kerana ia adalah personal website saya dan berpeluang untuk menulis apa sahaja dan boleh berinteraksi dengan pembaca. Blog ini juga mempunyai “moderator” iaitu salah seorang krew Rahsia Internet. Tugasnya adalah untuk tapis comment-comment yang tidak berkenaan sebelum ianya keluar live!- TQ Man.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bertanya tidak kira pada siapa
  • Hari pertama: Memilih produk untuk dijual
  • Jangan takut dengan WANG!
  • Komunikasi budak Mat Salleh vs budak Malaysia part II