Janji pada diri anda sendiri, dan juga janji kepada saya… tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kegagalan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!

Pada tahun pertama saya menjalankan perniagaan Internet (7 tahun lepas), saya cuma berjaya mendapatkan 3 pelanggan sahaja (3 pelanggan dalam masa 12 bulan!). Adakah saya putus asa? Apa akan terjadi sekiranya saya putus asa? Mungkin sekiranya saya berputus asa ketika itu, saya tidak akan capai ke tahap saya kini…

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Quote of the day…
  • Formula mengelak penipuan SCAM - “NO SCAM!”
  • Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi Lim
  • Dua langkah dalam pengiklanan perniagaan Internet