Sedikit posting santai hari ni, nak kongsikan kisah saya & kenalan saya yang tak asing (bukan makhluk asing) Abang Abu. Kalau anda sering mengikuti blog ni, pastinya anda kenal dah dengan Abang Abu terutamanya yang menyertai konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan bulan lepas.


Saya & Abang Abu di Jom Heboh 2009

Saya & Abang Abu dah kenal lama dah…  hampir 3 tahun. Abang Abu juga adalah business partner saya di Singapura. Setiap kali berjumpa, pastinya kami kongsikan idea-idea perniagaan dan strategi perniagaan. Abang Abu memang saya respect sebab banyak idea-idea yang kreatif dihasilkannya seperti Simpan Challenge.

Satu quote yang saya & Abang Abu amalkan adalah (saya punya favorite quote bila jumpa Abang Abu)…

Abang Abu… kalau kita tak buat- BERDOSA!

Haaa… apa maksud quote saya tu?

Setiap kali berjumpa Abang Abu kami akan bincang idea-idea baru, strategi perniagaan baru, kaedah terkini dan sebagainya dalam menjalankan perniagaan. Dan, tiap kali kalau ada idea yang kita dapat, saya akan kata “Kalau kita tak buat berdosa!”

Maka, lepas tu… pastinya apa yang dibincangkan akan di lakukan sehingga berjaya (atau gagal… janji buat kan?)!

You see, bagi saya, ilmu yang TIDAK DIAMALKAN adalah sia-sia sahaja. Dan perkara yang sia-sia adalah berdosa bukan?

Allah SWT amat murka pada mereka yang berbicara dan dalami ilmu, tetapi tidak mengamalkannya.

Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kemurkaan di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan“. (As-Shaff:2-3)

So, itulah maksud saya & Abang Abu. Kalau kita punyai idea, kalau kita punyai ilmu, kalau kita punyai niat, kalau kita punyai matlamat, kalau kita punyai kehendak…. TETAPI, kita tak amalkan, tak lakukan dan tak meneruskan, maka….

KALAU KITA TAK BUAT… BERDOSA!

Dan kita termasuk saya yang banyak membaca blog ini, buku-buku ilmiah yang lain, atau sertai kursus dan majlis ilmu yang lain… kalau tak amalkan apa yang diajar, berdosa tak? ;)

Renung-renungkan & selamat beramal (pinjam dari guru saya Prof Izzi… kena lagukan sikit)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Antara minat, passion dan wang
  • Buku & DVD
  • Tiru, ciplak dan copy… semua sama
  • Kurangkan perasaan malu