Kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat…

Kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat, anda juga akan menjadi hebat. Sekiranya anda merasakan diri anda tidak maju, mungkin juga ia kerana bulatan kenalan yang anda sering sertai tidak membawa anda kehadapan.

Dalam erti kata lain, kenalan yang anda sering bersama, tidak mempunyai visi dan matlamat seperti anda. Oleh itu, anda sendiri tidak dapat sama-sama majukan diri.

85% kejayaan bergantung kepada mereka disekeliling anda. Oleh itu, kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat, mempunyai visi dan matlamat. Anda juga akan turut dimotivasikan untuk ke depan.

Beberapa hari lalu, amat berterima kasih kerana dapat bersama beberapa pemuda hebat Malaysia. Antaranya, Yusry KRU, Dr Fazley & Ashraf Sinclair.

4peeps.jpg
Saya, Dr. Fazley, Yusry KRU & Ashraf Sinclair

Yusry KRU young & successful. Director kepada KRU Berhad yang mempunyai turnover RM40juta. Baru-baru ini Cicak-man mendapat >RM 5juta. Very creative and well read. Vision & passionnya memang memberikan inspirasi.Β  Yusry juga kini sering memberi talk mengenai Computer Graphics/Animation di serata Malaysia. Kelakar & down to earth Yusry ni sebenarnya.

Dr Fazley, ramai yang tidak tahu selain menyanyi, berlakon & motivator AF, Fazley juga usahawan berjaya. Director of Putra World Trade Center, mempunyai sebuah syarikat pembinaan tak lupa juga kolejnya (Fazley College) sendiri. Matlamatnya adalah untuk membina Universiti di bawah namanya sendiri khas untuk mereka yang tidak mampu melanjutkan pelajaran. Very noble, and Fazley has my 100% support!

Juga, Fazley akan memulakan perniagaan Internet dibawah syarikatnya menjual kosmetik halal & sebuah produk baru untuk menajamkan minda. Bahagian ini, saya minta komuniti Internet Malaysia untuk memberi sokongan oleh kerana menggalakkan lebih banyak perniagaan Internet bertaraf antarabangsa di Malaysia. Ini akan menambahan lagi keyakinan masyarakat Malaysia dalam perniagaan Internet. So, kita support Dr. Fazley.

Congrats to Fazley mendirikan rumah tangga baru-baru ini. Inai pun belum hilang merahnya πŸ™‚

Ashraf Sinclair, selain menjadi host & pelakon (Gol & Gincu), very charismatic and hebat bahagian appearance & imej. Sering diundang menjadi speaker mengenai imej dan pembawaan diri di Malaysia dan juga di luar negara. Ashraf juga dalam perancangan memulakan perniagaan Internet. Keyakinan diri pada Ashraf, memang susah ditandingi. Jangan lupa, keyakinan diri adalah faktor #1 dalam kejayaan!

Dapat bersama mereka bertukar fikiran memotivasikan diri saya sendiri. Berbagai idea perniagaan baru saya dapat dengan hanya bersembang dengan mereka.

Insyaallah bulan ini saya akan ke studio rakaman KRU untuk menjalankan rakaman produk terbaru.Β Takkan saya menyanyi kut? πŸ™‚

Perancangan Academy Ecommerce (ingat tak saya pernah sebut tahun lepas), semakin jelas dengan melihat idea2 Dr Fazley oleh kerana Fazley juga memiliki kolej antarabangsa sendiri!

Imej saya jugaΒ boleh diperbaiki dengan bantuan Ashraf!

Fikir sejenak. Adakah kenalan disekeliling kita tidak menggerakkan kita ke hadapan? Bukan bermaksud untuk tinggalkan kenalan kini (semestinya bukan!), tetapi untuk anda menambah kenalan lain untuk membuka minda anda sendiri.

Beranikan diri keluar dari bulatan kenalan anda dan bina bulatan kenalan yang baru sebagai tambahan. Jangan lupa 85% kejayaan anda bergantung kepada mereka disekeliling anda.

Sebagai latihan, apa kata minggu ini anda dapatkan kenalan baru yang mempunyai misi & visi seperti anda!

ps: Workshop Jutawan Internet, lawati http://www.rahsiainternet.com/workshop

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

26 thoughts on “Kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat…

  1. hi, shueqry here..Fazley, Yusry dan Irfan adalah idola saya..saya seumur dengan Ashraf, dia memang hebat dalam penampilan..

    thanks for the tip!..selepas ini saya beranikan diri bina kenalan baru yang mempunyai misi dan visi seperti saya..memang mencabar, tetapi dengan mindset yg betul dan usaha berterusan, saya optimis saya akan jumpa orang yang satu matlamat ngan saya…thanks!

  2. tq for info,

    setakat hari ni, kenalan/sekeliling baru saya ialah pakar2 IM malaysia.
    setiap hari, asyik fikirkan mcm mana nak buat ebiz mcm mereka.
    maybe, slps bulan mac nanti,
    saya akan tumpukan perhatian kpd langkah pertama iaitu membina perniagaan spt (biarlah rahsia dulu)

  3. Tips yang bagus sekali. Saya mengagumi anda semua. Saya sudah lama ‘keluar’ dari bulatan lama saya dan telah berada di bulatan yang agak selesa. Kepada orang yang masih lagi di bulatan yang tidak dapat membantu diri untuk berkembang, boleh lah mula sekarang. Mula2 memang kekok. Bila sudah biasa, tiada masalah. Ada hati, mesti jadi..

  4. Tips yang sungguh penting dalam meningkatkan motivasi diri. Saya terleka membaca tips yang agak panjang tapi sungguh berkesan untuk meningkatkan semangat saya supaya bergaul dengan mereka yang hebat.

    Saya perasan Fadhilah Kamsan juga memberi tips yang sama untuk mereka yang ingin berjaya.

    Hisham;
    Masih mencari mereka yang terhebat!!! πŸ™‚

  5. Memang la seronok klu dapat join dan bergaul dgn mereka yg telah berjaya. Tetapi when you’re still nobody, macam mana la agaknya nak duduk semeja dan bergaul dgn org2 yg dah berjaya?

    Takkan la tiba2 lak saya ni nak duduk semeja dgn Yusry sambil minum kopi? ;)Tapi ada benarnya tip irfan hari ni. Kita kena mencari kenalan yg boleh membantu kita utk berjaya… bukan menjatuhkan/memperlekehkan usaha kita (esp. utk menjadikan bisnes internet ini sbg satu KERJAYA)

    Utk semua bloggers Tip 1 Minit… apa kata kita berkawan? Irfan sendiri… sudi jadi kawan kami? hehehe… Yg pasti kita di sini punya matlamat yg serupa..

  6. Mazny, betul cakap anda tu…Macam manalaa nak duduk semeja dengan Yusry tu minum kopi ye…nak duduk semeja dgn Irfan Khairi pun susah jugak tu…sigh…kena jadi somebody le gamaknye ni ye…

  7. tips kali ini mengujakan diri saya! saya bertambah bersemangat dan menyayangi bisnes yg saya buat kini.walaupun bulatan kenalan saya kurang membantu utk meningkatkan momentum saya.saya suka dgn tips irfan! kalau dapat
    bersama dgn bulatan kenalan yg telah dan sama2 hendak berjaya lagi bertambah bagus.

  8. eh, take it step by step at the time la. takde la terus minum kopi dengan Yusry!

    masa dulu-dulu saya belum mencapai apa apa kejayaan (ketika masih bekerja full time), saya selalu hang out dengan bos-bos saya. dan dapatkan insight & pengalaman daripada bos.

    kemudian, saya selalu mendampingi usahawan-usahawan. pelajari selok belok keusahawanan. kemudian, mendampingi usahawan yang berjaya untuk melihat apa yang mereka lakukan berbeza dengan usahawan yang sederhana.

    sehingga la sekarang, baru la boleh duduk minum kopi dengan Yusry. tapi asal usulnya, kenalah a step at a time. πŸ™‚

    Tapi sebenarnya, kita tidak perlu menjadi “somebody” untuk bertukar fikiran dengan mereka yang lebih berjaya dan hebat. tip esok saya akan berikan keadaan ini…

  9. Persiapan diri sebelum bergaul dengan orang2 hebat ni.Salah satu paling bagus perbanyakan membaca tambah ilmu pengetahuan.Yakin pada diri anda sentiasa hebat,kemudian barulah perlahan lahan kita akan dapat kenalan hebat.Dari situ kita membangunkan diri kita seterusnya,tapi jangan berhenti dari belajar terus belajar.

    Jangan membuang masa ddk bersembang lama2 dengan kawan2 yang tiada impian kejayaan.(tpi dgn mak2 saudara yg dah tua2 tu boleh la…)

    Saya dulu ada juga tiga empat kali bjumpa dgn Fazley semasa pengambaraan fesyen.Dia mmg berdisplin,serious dnm menepati masa waktu berkerja.

  10. …kalau aku pergi worshop irfan khairi, mesti aku boleh kenal dia,ni mesti pergi ni.kalat tak, bila lagi nak jumpa dengan orang hebat macam dia.

    ada satu cerita.
    cuba anda baca cerita ini logik ke tak logik?
    percubaan menjadi jutawan!
    mat lidi mencipta satu permainan catur nombor(permainan baru). setiap buah catur itu ditukar kepada nombor-nombor tertentu dan nilai-nilai tertentu. mat lidi cuba membuat website permainan baru itu, mat lidi meletak 2 buah gambarajah papan catur nombor itu di homepage nya. satu gambarajah papan catur itu mempunyai 64 petak, 2 buah gambarajah = 128 petak. mat lidi cuba menjual petak catur nombor itu sebagai iklan pixel dengan harga USD 2500(4 tahun iklan)
    jika dia berjaya menjual semua petak di homepage web uniknya maka dia memperolehi RM 1.1 juta.

    jika mat lidi tidak berjaya???
    tidak mengapa kerana modal RM 800 jer,mungkin jodoh mat lidi dengan motornya masih panjang.

    mengapa mat lidi yakin???
    kerana selepas milliondollarhomepage.com, sudah ramai orang putih lain berjaya menggunakan teknik sama. cuma orang bukan putih belum berjaya lagi. kalau tak berjaya 100%, berjaya 10% pun dah memadai.
    apa kata anda guna teknik ini.
    saya akan guna teknik ini untuk 2,3,4 permainan baru milik saya yang tak masuk akal .(smile)

  11. Betul tu.

    Saya pernah dengar, dah lupa dari mana.

    Salah satu faktor kejayaan yang kita kecapi pada masa hadapan adalah bergantung dengan siapa kita berkawan. πŸ˜€

  12. Wau, bestnya boleh lepak semeja dgn otai-otai remaja malaysia nih.
    Saya pun teringin gak nak buat cam Yusry tu, utk bagi talk mengenai Computer Graphics. Hopefully, one day,saya leh jadi consultant on bidang yang saya minat. Duit pon dapat, bahagia pon dapat.
    Amiinnn….

  13. Tips ni mmg hebat, usahawan2 MLM yang pernah saya sertai pernah juga berpesan ttg hal ini. Cuma keterbatasan waktu dan tgh bina bisnes juga sebenarnya buat masa la ni.
    Nanti, bila jumpa tu baru sedap skit nak sembang kalau ada walau satu bisnes yg tgh ON. Kalau takde langsung, macam nak gi ‘tadah’ je ilmu orang tak sedap jugak, nak kena ada sesuatu yg nak share jugak :).
    Tgh siapkan website pertama ni. Dan saya selalu berfikir utk join dgn org2 yg berjaya kerana mereka spt Irfan, Fazley dll ni selalunya positive mind. So, sikap positif dan tidak pernah mengalah tu pasti akan berjangkit jugak pada kita walau sikit kan.
    Mungkin kita boleh jumpa sesama kita yg dalam Tips 1 Minit Blog ni kot…Tak kurang juga yg hebat kat sini, yg saya tahu, irwandahnil, shuth, hisham p2..dotcom dll πŸ™‚

  14. Memang benarlah apa yang dikatakan itu. Ianya juga ada dinyatakan di dalam hadis hadis para ilmuan Islam terdahulu.Berkawan dengan penagih jadilah ia penagih, berkawan dengan ilmuan maka jadilah dia seorang yang berilmu…

  15. ((bilerlah saya nak dapat duduk semeja minum kopi dengan irfan.))

    setuju shuth,

    27 jan lepas pun, saya sgt berhajat nak lunch dgn irfan, tapi tengok irfan sibuk jer, terus tak jadi.
    maybe, next time boleh kot, irfan?

  16. ke 4 jejaka nih memang punya kredibiliti dan aura masing2…

    topik yang menarik hari ini…

    kelilingi diri kita dengan orang yang hebat! kita akan jadi hebat! πŸ˜‰

  17. thanks n well done 4 u irfan khairi..sebenarnya ni kali pertama saya layari website anda selepas 10 bulan sebab sibuk menjalankan praktikal di atas kapal..byk tips2 menarik yg dibentangkan esp yg ari ni punya..mmg benar utk berjaya kita kena buat byk bulatan daripada stay dlm satu bulatan sahaja lagi2 org kapal cam saya..takkan la asyik nk citer kapal je kan..anda sememangnya ikon saya utk berjaya lebih lagi dlm hidup..keep up the good work n may success is always b with u..

  18. Bertuah dapat jupe jejaka berwawasan Malaysia..bulatan kenalan yang dapat memajukan diri kite cukup penting…tapi x sume pk nak maju…hehe

  19. Saya KAGUM dgn anda. Baru hari ini saya melayari website anda selepas saya habis membaca buku anda 4 hari yg lalu(saya mengetahui kisah kejayaan anda 2 thn lepas). Tip anda amat menarik sekali… membuatkan saya makin ingin mencuba spt apa yg anda lakukan dan apa yg anda sudah perolehi hasilnya ini. Insyaalah satu hari nanti saya akan bersua juga dgn.anda. Assalamulaikum.

  20. hai anda sungguh mengkagumkan,saya juga ingin berjaya seperti anda.ini kerana saya adalah seorang student yang ingin maju dalam hidup…

  21. tips yang cukup menarik hari ni
    membuatkan saya lebih bersemangat
    info yang boleh meningkatkan ketrampilan sosial

    hopefully 1 hari nanti
    saya berpeluang dapat jumpa dengan
    ikon2 terhebat Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.