Kena kritik… apa nak buat? Kena sindir… apa nak buat?

Sebelum ini banayk tip-tip saya menyentuh faktor dalaman diri untuk berjaya- seperti takut kegagalan… tiada keyakinan diri… dan sebagainya.

Tetapi ada juga faktor luaran yang boleh mengakibatkan kita tidak mencapai kejayaan. Iaitu, kritikan orang lain terhadap usaha kita serta sindiran orang lain terhadap usaha kita. Kadangkala kritikan dan sindiran itu datangnya dari orang-orang yang rapat dengan kita seperti kenalan, atau ahli keluarga sendiri.

Kritikan dan sindiran pada asasnya datang dari zon selesa juga. Ingat tak tips saya mengenai zon selesa diri kita sendiri yang mengakibatkan malas?

Well, kritikan dan sindiran orang sekeliling juga adalah akibat zon selesa. Tetapi, zon selesa bagi pihak mereka pula. Mereka seakan “tidak selesa” oleh kerana kita berusaha untuk berjaya lebih dari mereka. Sindiran dan kritikan yang bersifat negatif adalah semata-mata untuk menarikkan kita kembali kepada “zon selesa” mereka iaitu tidak berusaha untuk mencapai kejayaan.

Apa yang anda boleh buat? Anda telah cuba berfikiran positif, tetapi sindiran dan kritikan terasa amat hebat sekali!

Tip saya adalah, maafkan mereka yang mengkritik dan menyindir anda. Sekiranya anda memaafkan mereka, anda akan merasa satu bebanan atau dendam hilang dari diri anda. Maafkan mereka oleh kerana mereka tidak nampak usaha anda adalah untuk memperbaiki diri anda sendiri pada masa yang akan datang. Selepas memaafkan mereka, go ahead dan teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan!

Kan saya kata, untuk berjaya bukanya senang 🙂

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

29 thoughts on “Kena kritik… apa nak buat? Kena sindir… apa nak buat?

  1. Memang benar apa yg kata.Kritikan dan sindiran itu kadang-kadang boleh melemahkan semangat. Tapi kalau ikut tips yg beri sertakan kuatkan semangat dan bulatkan hati utk terus berjaya, INSYAALLAH… segala apa yang diusahakan akan berjaya. Jadikan kritikan dan sindiran itu sebagai satu cabaran dan kesedaran kepada kita untuk menuju ke matlamat kita sebenar. Tapi… bila kita dah mencapai target kita… pasti mereka2 itu akan terdiam dan memuji di dalam hati mereka….. 🙂

  2. “Bukan senang nak jadi senang bukan susah nak jadi susah.”

    Bagi saya tebalkan telinga je. Biarlah orang nak kata asal kita yakin dan tahu kemana arah tuju kita.

  3. Betul apa yang dikatakan oleh Pernah saya rasa down dulu, kalau tidak dah lama saya jd jutawan macam 🙂 W/bgaimanapun, pokok pangkal diri kita sendiri. Bukan senang nak jadi senang ni.. Kritikan memang sesuatu yang amat pedas…

  4. Helo Irfan , kritikan dan sindiran dari org yang rapat dengan kita sememangya amat terasa menghiris ke dalam kalbu. Ya…terlalu dalam. Manusia yg tidak mahu melihat kita mencuba untuk maju tidak layak untuk didampingi apatah lagi bila percubaan dan usaha kita menemui kegagalan. Fuhhh semakin hebat kritikan. Hanya pemikiran yg positif sahaja mampu menangkis semua itu. Betul kata U Maafkan mereka dan jangan pula niat utk maju pada mulanya bertukar menjadi niat membalas dendam. Tak baik tau..! Sekian Terima Kasih. See u tommorow.

  5. nak buat camne..sabo je

    kalo part2 amcam nih selalu saya bebalkan telinga je…selalunya kritikan yang saya terima sememangnya tahap gunung berapi hampir meletup..

    kalau mereka tanya satu.. saya hanya jawab satu je..itu pun ada yg takpuas hati dgn jawapan saya tu..

    well..nasihat saya pada diri sendiri dan sahabat usahawan yg lain..anything happen,just keep on track to our success plan..

    the person who see the invisible can do the impossible…

    ganbateee !!

  6. Asalamualaikum,

    Sedapppp dengar. Maafkan mereka kerana mereka tak namak usaha kita untuk memperbaiki diri sendiri dimasa akan datang.

    Semoga kita semua boleh absorb semua saperti yang dikatakan. Tapi kalau orang yang paling rapat dengan kita, sering mengharap (Result) yang segera dan memberi komen yang manyakitkan, sedih jugak rasanya.

  7. Good idea Mas. Apa pendapat Irfan?

    Another thing, u ada Affiliate Program ke yang boleh kami sertai? Boleh juga kami berkongsi pendapatan dgn u…

  8. Sebenarnya kritikan adalah perkara semulajadi yang dijadikan Allah untuk menguji kekuatan diri hamba-hambaNya. Terpulanglah kepada cara kita menerima kritikan tersebut.

    Kalau kita terima secara positif, kritikan itu akan menjadi pemangkin kejayaan kita. Dengan kritikan kita akan sentiasa memperbaiki diri kita. Kritikan juga adalah cabaran untuk kita terus berusaha. Jadi, selepas memaafkan pengkritik-pengkritik itu ucapkanlah pula terima kasih kepada mereka!

    Malangnya ramai orang menerima kritikan secara negatif dan ini menyebabkan dirinya merasa semakin lemah.

    Persoalannya, kenapa perlu kita merasa lemah? Ketahuilah wahai kawan-kawan, kita sebenarnya mempunyai kekuatan yang luarbiasa yang barangkali kita sudah lupa. Cuba fikirkan semasa kita dihasilkan dalam rahim ibu kita, kita adalah JUARA di antara berjuta-juta benih.

    Dengan kekuatan luarbiasa itulah kita berhasil ada sampai ke hari ini. Justeru itu, bagi saya adalah tidak wajar sama sekali kita sebagai JUARA mengalah hanya kepada beberapa kritikan. Betul tak?

    -fahmiyangtidakpernahmengakukalah-

    p/s: Kejayaan akan menjadi lebih mudah jika kita mengikut cara-cara (sistem) yang betul. Oo…Yes!

  9. Wahai kamu yang suka mengkritik,
    Mengapalah kamu nak susahkan diri sendiri dengan mengkritik dan menyindir orang lain?
    Tidakkah kamu sedar, dengan mengkritik itu diri kamu yang akan merana kerana melakukan perbuatan terlarang itu?
    Insaflah wahai sekalian kamu, kerana semakin kamu mengkritik semakin kuat dan semakin maju jadinya mereka yang dikritik dan kamu? Apa yang kamu dapat?

    Wahai kamu yang dikritik, disindir, dipijak, ditolak, dihalau, diludah, dipui……adakah kamu semakin lemah bak carrot yang keras tetapi semakin lembut apabila direbus lama-lama? Atau adakah kamu semakin kuat dan keras seperti telur yang lembut dan mudah pecah tetapi semakin keras apabila direbus lama-lama? Bangunlah kerana apabila kamu rebah tatkala dikritik, kamu mendapat satu peluang untuk bangun.

    PS: Pengkritik takkan hilang dari bumi. Mereka umpama pemain bola (semua jenis bola). Bola pula umpama bahan yang dikritik (permainan mereka). Hapuskan bola-bola mereka maka senyaplah mereka.

  10. kalau ada saja kritikan anggap saja kritikan tu satu kritikan yang membina.Ambil kisah seperti dua orang sahabat baik seperti J.R.R Tolkien(Lord Of The Ring) dan CS Lewis (Chronicles of Narnia) yang masing-masing mengkritik karya antara satu sama lain,dan kritikan tersebut digunakan oleh mereka untuk memperbaiki kelemahan dalam karya masing2 dan hasilnya adalah dua buah karya yang cukup hebat.

  11. ya ! betul tu ! kita maafkan saja diorang…

    erm, tak pernah saya terpikir pasal nak memaafkan orang selepas dikritik… lepas ni saya akan berusaha utk perbaiki kelemahan saya…

    peace 😀

  12. K =kata2 kosong
    R = risau kita lebih maju dari mereka
    I = iri hati dengan kita
    T = tercabar dgan kita
    I = iri hati
    K = kembalikan kita ke kedudukan asal kita,

  13. ada buku dijual berjuta unik selepas dikritik menbuat penulisnya jutawan
    contohnya ; davinci code

  14. kat ofis aku ada sorang guard ni (lelaki..) dia ambik lingerie bra and panties from china dan jual dekat ofis… lelaki2 lain semua kutuk dia… hahah AKU? ambik bra and panties dia aku hantar kat ofis2 lain… masyuk beb!!!

  15. “Kemaafan adalah dendam yg terindah ”
    Sindiran atau kritikan sebenarnya ada lah kelemahan kita, memang pedih menerima sindiran dan kritikan, realiti is manusia tak pernah puas..pasti ada yg tidak kena di mata
    Teringat Darin cerita katak yg memekakkan telinga untuk sampai ke puncak..
    Apa pun positif ada lah jalan yg terbaik

  16. Selalunya kita pekakkan telinga je!kena kutuk biasa la! manusia nih macam-macam ragam. Kalu tak kena kutuk memang tak sah! tak perlu meniaga apa-apa laa kalu takut kena kutuk, kena seranah? Meniaga pun kena kutuk tak meniaga pun kena kutuk. Yer tak?

  17. em…pada saya kritikan 2 sanagt la baguzz..kenapa?tanpa kritikan kita tidak akan jadi sepertiyang diharapkan oleh orang lain.bila ada kritikan semuanya akan berlaku dengan cemerlang walaupun pada mulanya sangant susah untuk diterima..saya sudah biasa dikritik..nangis sampai tersedu-sedu pun penah..tapi bermula hari berikut saya bangun dan berazam untuk jad yang lebih baik..hehehehe..mak penah kritik sampai tak makan 2 hari sebab betul-betul tak boleh terima.tapi sekarang dah ok..hehehe

  18. kritikan memberi kita semangat yang boleh memperbaiki ape yang kurang dari kita ucapan terima kasih akan ku berikan kerana memberi ku peluang dengan kritikan secara percuma tanpa bayaran hehehe.oleh itu, terima kriktikan sebagai satu cabaran untuk mengubah diri..ubahlah diri sebelum terlambat.sebenarnya kita patut bersyukur kerana ada orang yang memberi kritikan bermakna kita adalah orang yang disayanginya.renung-renungkanlah….. terima secara positif kerana diri anda adalah anda sebenar-benarnya……..

  19. set dalam diri anda kritikan secara positif.terima secara positif…terima hakikat kita sebenarnya insan serba kekurangan.hanya kritikan boleh mengubah segalanya……thanks a lot for khairi..your motivation is THE BEZT……..CAYOK-CAYOK…….HEHEHEEHE

  20. KITA ADALAH KITA….ORANG YANG MENGKRITIK ADALAH ORANG YANG MEMBERI KITA PELUANG UNTUK MENGUBAH SIKAP KITA…JADI JANGAN CEPAT BERFIKIRAN NEGATIF…TERIMA KRITIKAN DENGAN HATI TERBUKA…DENGAN ADANYA KRITIKAN KITA AKAN SEDAR DIMANA KEBURUKKAN KITA….TERIMA SECARA POSITIF…

  21. salam,

    saya menjalakan food biz bertahun2, walau sebanyak manapun kritikan yang saya terima, lebih banyak lagi pujian yang diterima.

    again, be positive! be positive! be positive!
    saya ulang perkataan ini setiap kali terima kritikan, i can even senyum bila org mengkritik atau sindir (mungkin juga sebab saya dah used to it)hehe..

  22. terima kritikan positif,abaikan yg negatif.
    berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul.jangan jadikan kritikan itu sebagai batu penghalang kepada usaha anda menuju kejayaan,redakan jer…

  23. Kita Ada kelebihan dalam diri kita tak reti nak guna semua.. nah contoh jika anda di panggil panjat pokok kelapa..reti tak?? tapi kalau harimau kejar dari belakang dah pasti tinggi mana pun pokok kelapa tu kita boleh panjat..sebab dah keluarkan semua kemampuan dan kebolehan yg ada dalam diri..kena kritik ala.. terima Kasih ajee..

  24. kritikan ni dipandang hebat sebenarnya utk org yg ingin jadi hebat… perlu diingat, rendah diri adalah perlu dlm diri sseorg individu… jatuhkan ego, pandang dan pikirkan semula kritikan tu, kadang2 melalui kritikan kita tau kekurangan dalam usaha kita… tidak akan ada kritikan jika kita tidak wujudkan kesalahan… jadi jangan takut untuk lakukan kesalahan dan sedia terima kritikan…

  25. bergantung kepada individu itu sendiri..jadikan sindiran dan kritikan orang di sekeliling kita sebagai sesuatu yang positif,jika ada kelemahan,perbaiki..jika ianya baik maka buatlah sesuatu yang lebih baik lagi.jangan putus asa dan teruskan usaha, jadikan kata-kata mereka itu sebagai pendorong untuk mencapai kejayaan.

  26. di kritik slalu? kalo na elak kritik, jauhkan diri anda dari mereka .. kerane mereke negatif.. ambik air semayang .. tukar keje baru .. dlm al quran dh sebut, setiap kesulitan, ade kebaikan .. so, ade kebaikan yg sedang menanti di satu tmpt yg laen

Leave a Reply

Your email address will not be published.