Wed 29 Nov 2006
Pernah tak anda tanya soalan ini? Rata-rata, ramai (bukan semua) hendak menjadi jutawan. Tetapi secara jujur, KENAPA anda ingin menjadi jutawan?
Soalan ini agak penting oleh kerana ia merujuk kepada akar pada cita-cita anda. Sekiranya anda tidak jelas dengan sebab KENAPA?… maka, ianya amat sukar untuk mengetahui BAGAIMANA?
So why? why? why?
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

November 30th, 2006 at 11:14 am
kenapa saya nak jadi jutawan?
So I can help MORE people in LARGER scale. AND I’m looking forward to ‘meet’ the person I would have to become in order to make that million. What kind of attitude does it take to earn 1 million? I want to have that kind of attitude. I guess when you already make millions, the money is no longer an issue. But the person you’ve become is.
November 30th, 2006 at 11:36 am
antara sebab saya ingin jadi jutawan;
1. supaya duit tidak jadi masalah
2. dapat mengurusakan keluarga dengan berkesan
3. memenuhi tanggungjawab ke atas keluarga
4. dapat melakukan banyak perkara tanpa halangan
5. mencapai impian yang telah dicitakan dari kecil
6. membantu saudara-mara yang memerlukan
tambahan pula,
1. kos hidup semakin meningkat setiap hari
2. pendidikan anak-anak pun perlukan belanja besar
3. tidak ada orang lain yang bertanggungjawab ke atas diri sendiri melainkan diri kita sendiri.
3.
November 30th, 2006 at 11:38 am
Saya nak jadi jutawan kerana
* bebas melakukan sesuatu tanpa masalah kewangan
* orang lain jutawan,mengapa tidak saya
* tidak ditindas oleh orang
* ilmu sepanjang menuju ke arah jutawan
* membantu keluarga serta saudara mara
* menyahut seruan kerajaan , Melayu boleh
* banyak lagi
namun secara kasarnya ialah memang niat saya untuk menjadi jutawan!!!Insyaallah.
November 30th, 2006 at 12:01 pm
bagi saya kanapa saya ingin menjadi jutawan adalah untuk membantu kaum keluarga saya..
untuk membalas jasa orang tua…dengan mengembirakan mereka…insyallah untuk menghantar mereka ke Tanah Suci Mekah…
untuk bebaskan diri dari masalah belenggu hutang….
dan banyak lagi….
November 30th, 2006 at 1:00 pm
Paling utama sebab untuk menjadi jutawan adalah BEBAS daripada masalah kewangan tahap maxima! rata-rata masalah yang berlaku adalah kerana masalah kewangan yang sempit dan membelenggu.
“Wang bukan segala-galanya, tetapi segalanya adalah wang”
Setakat nak cari duit mungkin ramai boleh cari. Bekerja pun boleh dapat duit. Tapi nak jadi jutawan kena banyak tahu banyak perkara dan lebih banyak usaha yang serius.Kena sampai tahap siang malam termimpi-mimpi nak jadi jutawan!
“usaha,sabar, usaha,sabar, usaha, sabar, usaha sampai jadi jutawan!”
November 30th, 2006 at 1:05 pm
Kenapa ? bukannya Bagaimana ? kerana soalan kenapa hanya boleh dijawab oleh diri sendiri. hanya kita sendiri yang boleh menjawabnya dan memberikan alasannya.
,..Itulah realitinya, kita sememangnya tahu bagaimana nak jadi jutawan tetapi dek kerana kita sendiri tidak tahu KENAPA kita perlu jadi Jutawan menyebabkan kita hanya mampu berimpian tanpa bertindak ke arahnya.
Sebaliknya persoalan “bagaimana” boleh diperolehi dari banyak sumber. Kita semua tahu banyak cara untuk menjadi Jutawan samada dari bahan bacaan mahupun seminar atau bertanyakan sendiri kepada mereka yang telah bergelar dan berstatus JUTAWAN ! macam . laaa
Bagi saya menjadi Jutawan merupakan satu misi yang penting kerana ianya secara tak langsung memberi banyak kesan kepada pembangunan keluarga,agama,bangsa dan negara.
Apa pula pendapat ..?
November 30th, 2006 at 1:09 pm
Hmmm… to be frank, I’m not really aiming to be a MILLIONAIRE, but rather to achieve financial FREEDOM in my life. Tapi kalau boleh achive income taraf millionaire…. Alhamdulillah….. syukur yg teramat sgt pada Allah! My definiton of financial freedon:
- boleh berbelanja without having to think twice (tp taknak la memboros!)
- klu sedara mara mintak tolong, takde la kita pun tak dapek nak menolong
- boleh mengubah masa depan keluarga and provide my children with better future
- boleh buat apa yg selama ini saya cita2kan
- boleh pegi umrah/haji dan jugak melihat dunia
- boleh tolong hantar org susah gi haji
- boleh menggunakan duit utk menambahkan saham di akhirat a.k.a bermala jariah
Too many to list here! Kalau banyak duit…. semua boleh buat kan?
November 30th, 2006 at 1:13 pm
Yes… soalan KENAPA (WHY?) adalah agak penting oleh kerana kini, ramai orang nak tahu BAGAIMANA (HOW?)
Kalau anda tahu HOW?… tetapi, WHY? tidak terjawab… maka, amat sukar hendak rationalize dengan tindakan HOW yang anda lakukan.
Rata2 semua mempunyai sebab lebih kurang sama so far (bantu keluarga & bebas kewangan). Agak-agaknya… ada tak yang nak jadi jutawan sebab nak jadi MATERIALISTIK? sebab jadi jutawan, nanti rumah besar… kereta besar… kondo besar… handphone kecik.
salah ke kalau ini sebab utama anda ingin jadi jutawan?
November 30th, 2006 at 1:18 pm
Kerana Saya memilih untuk jadi JUTAWAN
November 30th, 2006 at 1:23 pm
Saya nak jadi jutawan sebab suatu hari nanti saya akan berhenti kerja.Duit EPF kalau adapun setahun dua pasti licin. Nilai RM makin lama makin kecik nilainya. Pada saya status jutawan adalah jika saya ada USD 1 MILLION dan bukannya RM 1 juta atau RUPIAH.Saya jangkakan zaman mendatang rakyat akan semakin susah, jadi sama-samalah kita berusaha supaya kita semua InsyaAllah menjadi Jutawan USD ! demi masa depan keturunan kita di kemudian hari. Hari ini kita tak boleh lagi merungut tentang kenaikan harga kesemua belanja termasuk harga rumah dan kereta. The only way to overcome this promlem is `To earn more money`
November 30th, 2006 at 1:32 pm
Betul tu Kalau kita jujur sebenarnya kita nak jadi jutawan sebab nak pakai kereta mahal dan berlagak dan menyamar macam org kaya. Barulah security guard buat kelam kabut bila kita nak parking.Kalau setakat pakai kereta murah (macam saya) jauh lagi security guard suruh parking tempat lain. Org kita hormat org lain berdasarkan pada kereta yg mereka pandu. Tak kiralah kalau kereta tu sewa (beli?)kat finance sampai 9 tahun, Geran kereta pun sendiri tak pernah tengok sbb finance pegang.
November 30th, 2006 at 2:37 pm
Niat saya saya nak naikkan nama Islam dimata dunia.(macam ).tapi jutawan bukan betul-betul target saya.. sekurang-kurangnya saya nak jadi orang yang berguna pada masyarakat..berkhidmat pada masyarakat…
November 30th, 2006 at 2:48 pm
saya hendak menjadi jutawan kerana :
1.Allah.(bismillah)
2.tidak ada masa untuk jadi biasa2 (kata Azizi Ali)
3.Hidup ini hanya sementara
4.financial freedom ( aaah lega..)
5.nak bebas dari hutang yang sakit (benda yg ada susut nilai).
6.nak bantu ahli keluarga (sekrg pun bantu gak)
7.besh nyer dapat jadi jutawan (besh ke ?)
8.nak round the world
pss..kalo dah jadi jutawan…nanti saya bagi tau
November 30th, 2006 at 3:14 pm
nak menaikkan taraf hidup keluarga…
xnak Org Melayu ketinggalan…
ikhlas ni…
November 30th, 2006 at 3:38 pm
saya rasa nak jadi jutawan kena fikir macam mana orang yang bergelar jutawan berfikir, mereka fikir ” programkan dalam otak kita untuk sentiasa menyelesaikan masalah dan berusaha menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk semua orang dan pada masa yang sama berusaha memenuhi keperluan diri dan mencari kesenangan hidup ( JUTAWAN ) ” contoh seperti irfan, azizi ali, jose silva, andrew matthews, antony robin, bill gate dan ramai lagi. terima kasih, saya amat mengenali mu, persamaan yang tidak silap, walau apa pun yang berlaku dalam kehidupan kita, kita tetap makhluk tuhan, tuhan pasti bangga dengan mu.
” JOM JADI JUTAWAN “
November 30th, 2006 at 5:25 pm
saya gerenti semua orang kalau diberi pilihan, tentulah sekali mahu jadi jutawan. tak kisahlah samada jutawan segera ataupun jenis2 lain, yang penting adalah jutawan.
sebab2 nak jadi jutawan…..
1. sebab duit adalah segala-galanya - dengan ada duit kita bebas melakukan apa saje, yang baik ataupun perkara yang buruk. cth yang baik: senang nak hulur derma di sana sini, boleh bantu orang lain yang kita tengok susah secara on the spot. cth yang buruk: bebas melakukan apa saje pasal kalu kena saman, atau ditangkap khalwat atau ditangkap mabuk di disko atau ape saje yang dibuat boleh ditebus dengan duit (di dunia ni sajelah).
2. untuk membebaskan diri dari segala hutang piutang, boleh beli apa aje dengan cash, mungkin macam irfan lakukan sekarang.
3. memberi kemewahan kepada kedua orang tua (ibubapa) yang selama ini hidup sederhana dan kadangkala sesak menanggung kami adik beradik yang ramai. boleh belikan mereka kereta siap dengan pemandu tetap, rumah banglo yang siap dengan ‘neng’ dan menunaikan hajat dan impian mereka sejak mereka kecil dulu.
note: kalau orang islam, semua hajat tu mestilah selari dengan tuntutan agama.
November 30th, 2006 at 5:51 pm
ramai yang nak jadi jutawan, tapi jutawan yang materialistik ke tak depends pada org tu..bila dah kaya individu tu selalunya akan memenuhi kehendak kepuasan diri terlebih dahulu..mcm orang baru dpt keja,gaji pertama tu selalunya mesti akan beli apa yang selama ni dia paling nak dahulu…lbh kurang teori maslow, individu akan memenuhi kehendak yang paling asas dahulu,tmpat tinggal, mkn minum, kemudian barulah akan pergi pada safety, security, dan kepuasan diri.
November 30th, 2006 at 6:19 pm
Kita patut cemburu pada kejayaan orang lain. Asyik bangsa lain aje yang beli kereta baru. Keluar kereta model baru, bangsa lain yang beli dulu. Kita beli kereta second. Jangan jadi bangsa yang ketinggalan.
December 1st, 2006 at 2:59 am
Sy lain sikit..nak jadi jutawan sbb sy nak korek seluruh ilmu di alam ni.. bkn la nak jadi cam lex luthor tu, but true..sy nak pegi negara yg x pernah pergi..cari tinggalan zaman nabi kita dan sebagainya..kalau ada grup sana yg sanggup kaji fenomena pelik dan bersejarah..sy sudi sponsor.. Sy suka sgt..
sure it can be reality soons..
December 1st, 2006 at 9:26 am
Saya nak jadi jutawan adalah kerana saya ingin kecapi hidup bebas kewangan.
Dengan bebas kewangan saya mampu buat apa sahaja.
Tetapi bagaimana?
Saya mesti meletakkan matlamat saya dengan membuat catatan di atas kertas, setiap hari saya membacanya dan mengasah minda positif bahawa saya mampu jadi jutawan. Sasaran saya dalam masa 7 tahun.
Saya jadikan beberapa orang sebagai mentor dan rujukan saya (seperti )
Dalam saya menuju ke arah itu, saya akan cuba berkongsi ilmu dengan kawan-kawan saya, terbukti 2 3 orang rakan saya turut mengikuti langkah saya untuk merealisasikan impian sebagai seorang yang akan bebas kewangan.
Setiap orang mengimpikan untuk jadi jutawan. Dengan jadi jutawan, saya boleh mengumpul aset seperti hartanah, rumah, pelaburan dan sebagainya.
Saya ingin jadi jutawan supaya lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang tersenarai dalam 1000 orang terkaya di Asia..
Insya-Allah.
December 1st, 2006 at 9:28 am
lupa pula nak tambah… tak boleh tulis atas kertas dan pikir jer nak jadi jutawan. Kita semua ke berusaha ubah diri kita hari ini..
:)
December 1st, 2006 at 9:32 am
Saya nak jadi jutawan sbb taknak guna duit orang lain dalam menguruskan perbelanjaan hidup.. ok ker?
December 1st, 2006 at 12:01 pm
1) Bantu suami & keluarga
2) Ada banyak masa with my two kids
3) Ada banyak masa mempelajari bekalan utk duniawi & akhirat
4) Saya memang seorang yg sensitif, mudah jatuh air mata melihat orang susah & kkurang upaya jadi kalau dah jadi jutawan duit sedekah kpd mereka. Tidak seperti org kaya yg ada di malaysia sibuk guna duit buat function utk glamour saja.
December 1st, 2006 at 3:42 pm
Money is Power and Power is Respect!
December 1st, 2006 at 3:50 pm
KENAPA SAYA INGIN JADI JUTAWAN?
1. KERANA SAYA INGIN JADI USAHAWAN YANG BENAR-BENAR BERIMAN, JUTAWAN DAN DERMAWAN
December 1st, 2006 at 4:17 pm
Sempoi saja….
Untuk berbakti di bumi Allah.
Sebagai tanda kesyukuran atas apa yang Allah telah berikan kepada saya sebagai makhluk yang sempurna akal dan tubuh badan.
Jgn jadi materialistik, nanti tak berkat hidup.
December 2nd, 2006 at 12:10 pm
best ke tak jadi jutawan? BEST!
tapi apa yang paling best adalah keyakinan pada diri sendiri bahawa sesuatu matlamat itu boleh dicapai with hard work. serta ilmu dan pengalaman yang ditimba untuk mencapai matlamat tersebut.
the money is a bonus
December 5th, 2006 at 3:47 pm
Kenapa saya nak jadi jutawan??..saya dah berbeza dari orang lain…saya dapat meningkatkan taraf keluarga saya…bebas kewangan…yakin dengan diri-sendiri..mempunyai lebih banyak pengetahuan…RM1juta pertama akan mengajar saya bagaimana untuk mendapat RM1 juta kedua..boleh menjadi ikon/role model..same cam
December 8th, 2006 at 3:29 pm
Tak salah rasanya saya bercita-cita tinggi.
Bukannya tamak duit tapi kejayaan membuat rasa diri lebih berharga.
Memiliki impian untuk berjaya adalah lebih baik dari menjadi sebahagian daripada impian orang lain yang ingin berjaya.
Menjadi manusia hebat dan berjaya dalam usaha dan agamanya. Hmmm… Bunyinya tak salah kann.
December 19th, 2006 at 3:55 am
Hebat tajuk ini!!jutawan ..kalau angka
rm1,000,000..justeru IMPIAN KALAU DITAKDIRKAN JADI JUTAWAN DAH ADA. BAGAIMANA NAK JADI JUTAWAN PUN SEDANG DIRANCANG..paling tidak pun duit EPF pun hanpir jutawan(tapi tak mahulah dah tua baru mersa jutawan.
Saya nak jadi jutawan muda macam doktor..apakah berjimat itu salah satu kunci jutawan.
saya pernah melihat pegawai bank berdiri kerna hormatkan jutawan…lucunya “Cina Tua- tauke pisang di Bagan Serai, Perak”
Saya nak jutawan smart dan tidak menyakiti orang lain..ikon saya
Saya tak mahu konraktor jutawan..Saya tak mahu jadi jutawan, perut dah kenyang tetapi masih lapar kerna “Aku Nak Makan Siapa Pula”..hidup tak berkat..Allah tak suka.
dah jadi jutawan banyak cabaran tak dan risiko tak???
December 21st, 2006 at 12:54 pm
Jutawan adalah contoh kecemerlangan dunia
yang membolehkan cabaran dan kehendak yang lebih besar dicapai dan diusahakan.
Kekayaan membawa cabaran dan mimpi seseorang
itu ke tahap yg lebih tinggi.
Rediscovering Yourself and Others
January 4th, 2007 at 10:30 pm
Ntah la!? Saya taun lpas sjak kwn saya mcerita’n cita2 main2nya hendak menjadi jutawan hartanah beserta rancangan & stateginya, saya dah set nak jadi jutawan. Ayat . yg lbih POWER kwn saya myebab’n saya lebih yakin jadi jutawan Internet. Lagipun saya agak, sudah jadi jutawan maka x la sibuk bekerja. Jadi boleh kerja’n pkerjaan Ukhrawi. Selain tu, saya x nak cita2 saya ni diperlekeh’n. Saya nak buktikan saya boleh jadi jutawan. Lagipun, cita2 jutawan pd umur 16 tahun ni mnyebab’n sume org rase mustahil. Saya x nak asyik ingat nak kerja je! Nanti org kata saya nak kejar perkara Duniawi saja. Mungkin ayat saya ni, mngatakan saya ni x suke bekerja.
February 26th, 2007 at 8:23 pm
sbb sy nk jadi jutawan.
saya nk kaye raya macam g. soros.
duit yg akan berkerja utk saya.
March 11th, 2007 at 12:40 am
Sebab saya nak Jadi Jutawan…..?
Pengalaman hidup lalu…pernah susah… orang pandang rendah….makan pakai…tak cukup….walaupun dah usaha lebih…tapi ntah…belum dapat rezeki lebih….kerana itu saya memang bercita-cita nak jadi Jutawan…sebabnya
1. Saya ingin menuntut ilmu….mencari ilmu….ingin kaya ilmu…supaya ilmu itu nanti boleh membantu saya dan orang lain…( Macam - macam ilmu…cth ilmu fardu kifayah…dll)sebab kadang-kadang nak tuntut ilmu kena juga bayar…cth nak sambung belajar ke peringkat tinggi..perlu ada $$$ gak….atau nak tuntut ilmu dgn menghadiri kursus Irfan….pun kena ada $$$ juga…la ni memang tak de..$$kena tunggu bila ada $$$baru blh tuntut ilmu dgn Irfan
2. Saya tak nak keluarga saya / anak - anak hidup dalam kehinaan..bak kata seorang ustaz…carilah kekayaan supaya senang … dan mencukupi makan pakai…yela…anak orang makan KFC…sebulan 2-3 kali…anak saya nak makan sebulan sekalipun…kena fikir tengok budget 2-3 kali…(true story…)
3. Tak nak dibelenggu masalah hutang…tak de duit…
4. Saya pernah berniat…Jika Allah murahkan rezeki saya….jadi jutawan…saya nak menderma…dan membantu rumah anak-anak yatim terutama di sekolah agama rakyat… (sedih tengok anak-anak yatim hidup dlm kesusahan…)
5. Nak bantu ibu-ibu tunggal menjadi usahawan…sebab saya ni suka bekerja… terutama yang berkaitan dgn Pengurusan sumber manusia….berkomunikasi dgn orang ramai…
6. Nak bantu orang lain senang….dgn cara…menuntut ilmu…bekerja…jadi usahawan…jadi jutawan…
7. Bantu keluarga…yg susah…
T.Q
March 13th, 2007 at 2:28 am
saya takmo jadi jutawan.. tapi saya nak jadi berjaya dalam bisnes.. sebagai ganjarannya insyaAllah jutawan tu dalam tangan..
hehe
dan target saya lagi tinggi sebenarnya..
iaitu menjadi billionaire.. tapi itu pun bukan matlamat utama.. tapi sekadar kayu ukur untuk menilai sejauh mana saya mampu buat..
salam
March 15th, 2007 at 3:50 pm
em…banyak yang difikir bila dapat jadi jutawan..pertama2 alhamdulillah coz kurnia kan rezeki jadi jutawan..hehehe(kalau jadi).
*nak hidup dengan lebih seronok
*dapat bantu ramai orang
*nak bula firma kesetiausahaan sendiri
*bantu anak kampung dapatkan modul untuk buka perniagaan walaupun dalam jumlah yang kecil
*bagi keluarga 10% daripada duit kepada fmily
*sara adik yang masih belajar lagi di universiti..sampai grad..
*em…..harap ni angan-angan mat jenin modern..dengan usaha yang berliapt kali ganda dari sekarang, AMIN….
to mak & abah…i love u so much..
March 22nd, 2007 at 1:56 pm
..hai kwn2 mudah2an bile dah bergelar jutawan jgn lupe rumput di bumi…bile blum tcapai macam2 perkara baik nak dibuat…bile dah tcapai boleh terlupe pulak apa yg diniatkan…apepun syabas krn bermula dgn niat yg baik…insya allah..ingatan utk diri sy jugak..
March 29th, 2007 at 5:55 pm
sebab menjadi jutawan
-untuk mengikuti jejak sahabat nabi
-dapat menyumbang kepada perjuangan islam
dengan sumber kewangan yang banyak
-berpeluang menunaikan zakat harta(sbb tak pernah cukup haul dan hisab)
-mampu membeli keperluan harian
-dapat membantu keluarga
April 23rd, 2007 at 8:55 am
Jadi Jutawan adalah satu kemestian kepada Umat islam
Keliar dari kokongan selesa, fainancialy freedome,i can’t but anything i want,Rumah besar,keta M6 ect.naik haji and umarah selalu,
and banyak lagi yang tak dapat saya huraikan
yang penting berjaya di dunia dan di akhirat.
May 7th, 2007 at 5:00 pm
Jutawan satu kemestian tapi bukan keperluan…
Hidup sebagai jutawan yang berjaya mempunyai banyak makna yang tersirat didalamnya…
Keinginan menjadi jutawan adalah untuk memenuhi kehendak/keperluan/nafsu/kajayaan etc di alam dunia…selagi kita hidup selagi itu jutawan adalah satu KEMESTIAN buat kita agar hidup tidak dihinakan oleh kehidupan yang dimonopolikan oleh makhluk yang bernama manusia ….
May 23rd, 2007 at 2:08 pm
yakin dalam umur 30 mesti dah jadi jutawan…
May 29th, 2007 at 9:53 am
saya ingin memulai usaha ini , tolong kasih tau jawabannya ?
June 14th, 2007 at 3:08 pm
sebab saya nak jadi kaya kerana sekarang kalau takde duit apa pun tak boleh nak buat.so kalau saya dah kaya apa pun saya boleh buatkan..lagi pun saya dah boring bekerja makan gaji dengan org ni.
June 20th, 2007 at 4:01 pm
salam….aku nak jadi jutawan sbb aku ni mata duitan. pastu plak, aku nak idup senang, leh bantu orng, leh beli bebenda yang aku suka, leh buat aper je yg aku nak buat…aku nak bina banglo dlm utan, ada kuda 3 ekor, rimau sepasang dan cam mcm la. pastu kalo leh nak ada private jet, xyah risau tertinggal kapal terbang ke apa ke.uhm….mcm2 sbb lagi la yg aku xleh nak sebut dah, sbb byk sgt….salam
June 28th, 2007 at 9:30 am
mengapa sy ingin jd kaya?
1. ingin menunaikan haji dan umrah serta membawa keluarga bersama.
2. membantu keluarga dan saudara seislam yang lain
3. keselesaan ekonomi
4. dapat melawat tempat2 dan negara2 yang menjadi idaman sy kecil dan memuji kebesaran ilahi
5. dapat memberi pendidikan kepada bakal anak2 sy tanpa ada kekangan kewangan
hari ini hari ulangtahun sy yang ke 28 dan pd dis thn ini sy akan mendirikan rmhtangga. azam sy di hari kelahiran sy ini agar sy dapat meningkatkan ekonomi sy dan keluarga, n segalanya bermula hari ini.
June 29th, 2007 at 3:51 pm
kenape nak jadi jutawan?
kerana saya mahu menjadikan lebih ramai anak bangsa saya berjaya seperti yang saya perolehi kerana dengan menjadi jutawan, saya dapat membantu anak bangsa saya mendapat pendidikan yang tinggi, membantu dari aspek kewangan bagi mereka yang mahu menjalankan perniagaan tetapi apa yang lebih penting dengan menjadi jutawan saya telah menjadi seorang yang mengangkat darjat dan martabat diri, keluarga, bangsa, agama dan tanah air yang tercinta…
July 14th, 2007 at 7:43 pm
kenape nk jd jutawan?
a) cukai tingkap
b) cukai tanah
c) cukai pintu
d) cukai kerajaan
e) cukai pendapatan
f) cukai tangga
g) cukai lampu
h) cukai minyak
i) cukai air
j) cukai taksiran
k) cukai bla bla bla…
almaklumlah… malaysia nih negara cukai..
July 28th, 2007 at 4:29 pm
Betul ke sanggup jadi jutawan kerana Allah (tanya diri sendiri juga) ? Kalau ada duit RM1,000,000 sebulan, sanggup bagi zakat RM25,000 sebulan ? Kemudian tolak cukai, katalah ada baki RM500,000. Katalah tolak hutang setiap bulan ada baki RM497,000 sanggup bagi RM495,000 sebulan utk sedekah pd org2 Islam (kalau dah berkahwin - kalau bujang, RM496,000, ni anggaran je) ?
Sanggup bagi sebhgian duit tu kat mujahideen di Afghanistan ? Sanggup tinggal di rumah yg ada 3 bilik tidor je dgn isteri/suami & anak2 ? Sanggup hidup secara ala-kadar, tak pernah pergi buffet, mkn sekadar di gerai2 tepi jalan, pakaian beli di jln masjid india, h/p beli 2nd hand nokia, kereta paling bagus pun pakai waja je (sbb nak jimat petrol),
Yg paling penting sekali, sanggupkah kita, termasuk saya sendiri utk di tanya di akhirat esok oleh Allah, dari mana awak dpt RM1,000,000 dan ke mana & utk apa di belanjakan ? Cubalah pi Kelantan, tengok rumah Dato’ Nik Aziz tu sendiri camne, makan dia camne, dsb. Kita sama2 ambil iktibar.
September 12th, 2007 at 11:42 am
bayar utang beb…. nanti mati roh aman. x la tergantung roh tu…dah jadi jutawan sendiri mau ingatla. t/j kena buat.x buat kalo sendiri tanggung la…
October 6th, 2007 at 12:38 am
retire young retire rich!!
November 2nd, 2007 at 1:34 am
kenape saye nak jadi jutawan
-saya x suke kerja bgn pagi pkul 7 pegi kerje balik umah pkul 5
-dapat beli ape yg nak
-nak bank in duit ke mama 10ribu sbulan
-nak banggakan mak dan ayah
-menitiskan air mata mak ayah atas kejayaan anak sebagai jutawan
-menaiikan martabat kaum melayu yg rata2 byk menjd kuli dari bos
November 2nd, 2007 at 9:55 am
sebab2 nak jadi jutawan.
- aku nak beli rumah besar
- kete besar
- kalau boleh nak bg sorang satu kete,
rumah pada anak-anak.
- aku nak beli satu kawasan sekolah nak letak bebudak belajar mengaji (tahfiz). kesian diaorang ni.
November 5th, 2007 at 11:08 am
jutawan merupakan satu platfom yang rapuh,melalui kebiasaan bila kaya mudah belanja apa saja dan banyak sekitar kita kawan yang cemburu pada mulanya ingin bertanya kabar,ingin belajar dan seterus ingin membenamkan kita agar turun dari platfom jutawan cara yang astik dan terjunam ke dasar bumi yang hanyir pastikan petua ini ‘kalau ada harta kita kena jaga la oiii..sebaliknya kita dijaga bila ada ILMU.
November 14th, 2007 at 2:30 pm
will i be happy for being a billionaire? will you? will the people around me be happy?
March 17th, 2008 at 6:54 pm
saya nak jadi jutawan, sebab:
~saya ni kepala shopping, so, saya boleh shopping bila2 saya suka.
~saya nak travel seluruh dunia, wherever i want!!
May 11th, 2008 at 8:30 pm
salam
2 sebab utama nak jadi jutawan:
1)EDUCATION & 2)MEDICAL memerlukan belanja yang besar, apatah lagi kalau ianya yang TERBAIK.
rumah besar (nak kena guna intercom)hehe,kereta besar(maintainance pun besar)…baju cantik/mahal(nak kena hantar drycleaning)…
MAKAN! with all the money yang saya ada, saya tak perlu risau dgn bil restaurant yang tinggi kalau nak makan international cuisine
tiada salahnya menikmati hasil titik peluh kita, to have the abovementioned items ; )
May 14th, 2008 at 2:00 pm
saya rasa ramai orang hendak jadi jutawan sebab materialistik sebenarnya,tapi malu nak cakap kot.Hehe…Maybe sekarang boleh letak list sebab yang baik2 je…tapi bila realiti berlaku,berapa banyak yang make those list become realistic?
Bagi saya,perkara utama2 saya mahu jadi jutawan,dan insyaAllah dengan senang hati saya laksanakan ialah:
1.Settle semua hutang-Kereta,ptptn
2.Beli rumah ..hehe..(cash boleh ker?)
3.Hantar mama,abah and emak mertua pergi haji,saya & husband pun join sekali
4.Get the best education for my daughter..(baru ada sorang..)
5.Security,security,security
6.Non-stop amal jariah to orphanage,surau,masjid,wakaf tanah,dana pelajaran, and others
7.Nak buka bisnes mega ‘Halal food’ which produce all possible things macam dalam hypermarket tu…-org lain kerja untuk saya!
8.Real estate bisnes - org lain kerja untuk saya!
8.Bisnes internet yang simple2 je,jual product produced from my hobby je - so boleh kerja sambil lepak2 dari rumah
(sambil jadi boss real estate & mega ‘Halal Food’)
Okey ke saya target macam tuh?
June 12th, 2008 at 1:44 pm
Kalau nak jadi jutawan, mentality pun mesti macam jutawan. Asas jutawan pun mesti kena tahu supaya status tu boleh kekal lama. Antaranya, tidak membazirkan wang pada perbelanjaan yang x faedah. Kurangkan membeli sesuatu yang ada susut nilai yang tinggi. Beli tanah lagi bagus, buat rumah n sewakannya pada mereka yang memerlukan rumah dengan sewa yang b’patutan. sambil2 tu leh bantu sesama bangsa.
June 23rd, 2008 at 2:30 pm
JANGAN MEMBIASAKAN DIRI UNTUK BERKATE NAK TOLONG MENAIKKAN BANGSA MELAYU BILE DAH JADI JUTAWAN,DAH JADI CLISHE.DAH BERABAD AKU DENGAR AYAT NIH TAPI YANG MEMENUHI KUOTA BANCI PENDAPATAN TAK MELEBIHI RM600 SEBULAN ADALAH ORANG MELAYU!!SEDANGKAN ORANG MELAYU YANG DAH JADI JUTAWAN SEKARANG TERAMATLAH RAMAI.SO JANGAN JANJI KALAU TAKUT NAK LAKSANAKAN.SEBENARNYA AKU BERHARAP SANGAT KALAU KAMU SEMUA YANG BAKAL JUTAWAN NIH DAPAT MEMONOPOLI EKONOMI NEGARA SKARANG YG RATE2 DIKAWAL OLEH BANGSA LAIN.PASTU BARU BOLEH LETAKKAN BATU ARAS BANGSA KITE.TAKKAN HILANG MELAYU DI DUNIA