Sekiranya anda mempunyai kepakaran dan kemahiran, tetapi anda tidak mempunyai kemahuan dan disiplin untuk mengasahkan kepakaran tersebut dan memasarkannya, kepakaran dan kemahiran tersebut tidak akan dapat membantu kekayaan anda.

Sering saya beri contoh di Workshop Jutawan Interenet bahawa, saya ni bukannya hebat sangat dalam merekacipta (designing). Lagi ramai muda-mudi di Malaysia yang lagi hebat dari saya dalam bidang designing.

Tetapi, saya mempunyai ilmu dalam memasarkan rekacipta saya.

Lihat sahaja penyanyi seperti Mawi. Adakah tiada penyayi lain yang lagi baik daripadanya? Sudah tentu ada, tetapi, pihak ASTRO mempunyai pengetahuan strategi dalam memasarkan Mawi.

Bagaimana pula dengan pelakon terkenal Rosyam Nor. Adakah pelakon lain lebih hebat dari Rosyam? Mungkin, ada… tetapi hanya duduk di rumah dan tidak memasarkan kemahiran lakonannya.

Mempunyai kepakaran dan kemahiran sahaja tidak mencukupi. Anda perlu tahu cara untuk memasarkan kepakaran & kemahiran anda. Dalami ilmu pemasaran supaya kepakaran dan kemahiran anda dapat memberi pulangan tertinggi kepada diri anda.

Satu cara dalam mempelajari kaedah memasarkan kemahiran dan kepakaran anda adalah dengan banyak membaca buku biografi ikon-ikon yang berjaya dalam bidang masing-masing untuk mempelajari bagaimana mereka memasarkan kepakaran & kemahiran mereka! :)

ps: Sekiranya anda mempunyai kepakaran & kemahiran & ingin memasarkannya melalui Internet, Workshop Jutawan Internet tahun 2008 telah di buka pada 12hb Januari! Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Hebat dalam industri tidak semestinya hebat berniaga
  • Tidak pakar, tak mengapa!
  • Memulakan perniagaan yang hebat
  • Perniagaan produk baru di pasaran