Wed 11 Feb 2009
Kita pencuri? Apa la IK ni buang tabiat
Yup… kita semua sebenarnya pencuri sekiranya kita tidak lakukan atau berikan yang terbaik.
Semestinya kita tak curi duit… tak curi barang… tak rompak orang, tetapi, kita masih lagi pencuri sekiranya kita don’t do our best.
Sebab nya, bila anda tidak lakukan yang terbaik, anda mencuri masa… anda mencuri waktu dari syarikat anda, anda mencuri usaha dari kawan-kawan pejabat anda, anda mencuri daripada keuntungan “yang sepatutnya” anda dapat dalam perniagaan, anda mencuri daripada pulangan yang anda dapat berikan kepada keluarga anda, dan yang paling penting sekali, anda mencuri daripada “potensi” sebenar diri anda sendiri.
So, lepas ni, kalau anda TIDAK lakukan terbaik yang sebolehnya anda berikan… just ingat bahawa, anda seorang pencuri!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


February 12th, 2009 at 8:24 am
Satu motovasi yang amat berguna dari IK. Dengan sebab ‘mencuri’ inilah seseorang tidak maju. Rugi diri sendiri dalam hidup kalau ‘mencuri’ ni.
February 12th, 2009 at 8:41 am
yup..ade lagi IK..mencuri dalam sembahyang pun tak bagus jugak…sembahyang itu tiang agama…so lakukan dengan tertib, khusyuk dan tawaduk..jika dapat mempraktikkan dalam sembahyang, inshaAllah semua yang IK cakap itu dapat dihindarkan…
February 12th, 2009 at 9:53 am
“aku bukan penchuri” ohh Tidakkkkk
February 12th, 2009 at 9:55 am
Tajuk yang sememangnya menarik!
Dan isu yang juga, sebenarnya adalah amat penting buat setiap kita.
Sedikit saya mahu sentuh; iaitulah bab mengenai masa. Masa adalah sesuatu yang begitu tidak ternilai; lepas sahaja ia, maka tiada cara untuk dapatkannya kembali - malah, lebih teruk lagi, ia tiada dijual di mana-mana!
Sentiasalah ingat, bahawa ALLAH sendiri telah bersumpah demi masa ini (di dalam surah Al-’Asr dan surah Ad-Dhuha) - betapa pentingnya masa.
Jadi, jika kita ‘mencuri’ masa ini dengan sewenang-wenangnya (seperti contoh, tidur dengan berlebihan), kita sebenarnya mencuri hak diri kita sendiri.
:)
- Zainun Mat Deris
February 12th, 2009 at 10:27 am
Kalau bab pencuri masa ni memang betul2 pakar… kene buat yang terbaik kalau tak nak menjadi pencuri masa ni… tak mau jadi pencuri masa yang hebat.
February 12th, 2009 at 11:23 am
oh…
selama ni aku pencuri rupanya…
hehehehe…
leh muhasabah diri ni…
tq IK…
=)
February 12th, 2009 at 11:31 am
curi idea pun samalah kan?
p/s ni pun curi-curi baca blog IK..
February 12th, 2009 at 11:47 am
Hermmm….
ade betulnya tu…
Kalu macam ni susah la nak cari orang yg bukan pencuri ek…:)
February 12th, 2009 at 11:50 am
Betul..
jadi kalau dah jadi pencuri tu..
mesti la duit yg kita makan tu haram..
February 12th, 2009 at 12:32 pm
Salam.
Betul tu. Kalu tak lakukan yang terbaik, bukan setakat pencuri je.. penipu kepada diri sendiri pun ye jugak..
February 12th, 2009 at 12:58 pm
Setuju sangat dengan pendapat IK, ini masalahnya bila kerja makan gaji , selalu curi tulang , kenapa saya curi tulang………
sebabnya , kena rehat sikit , barulah minda lebih terbuka , surf sana sini ..untuk buka minda
But I think kalau kita surf , benda yang berfaedah spt baca blog IK , itu tak curi tulang kot…sebab banyak artikle di sini memberi motivasi
Kena sembang sembang sikit..ok kot…untuk erat siratulrahim ,supaya mudah minta pertolongan..tapi jangan lah pulak sembang berjam jam pulak…
February 12th, 2009 at 1:47 pm
waw
dahsyat statement
:)
info yang bagus
thanks bro ik
February 12th, 2009 at 2:09 pm
Salam.
Jika tak mahu dikatakan “pencuri”, bagi saya setiap apa yang kita lakukan, kita perlu lakukan dengan cara yang “TERBAIK”.
Bila dah “TERBAIK” maka hasilnya juga baik malah memberikan kita “KEUNTUNGAN” yang lebih.
February 12th, 2009 at 4:00 pm
ohh tidak… saya tak nak bergelar pencuri walaupun pencuri masa…
February 12th, 2009 at 4:11 pm
yg baik dari allah, yg buruk pun dari allah, ada hikmah dan rahmat yg tersembunyi. anda seorg pencuri (macam pelik aje bunyinya), fikir2kan.
February 12th, 2009 at 4:53 pm
Pencuri jenis ni tak boleh dipotong tangan kerana ia mencuri tidak menggunakan tangan. Fikir-fikirkanlah
February 12th, 2009 at 6:16 pm
Kalau curi duit orang nanti MASUK penjara..
Kalau pekerja curi masa kat office nanti boss berleter..MASUK telinga kanan keluar telinga kiri..
Kalau curi hati orang.. MASUK apa?
MASUK meminang lah woayyy… apa lagi haha
February 12th, 2009 at 8:41 pm
Salam.
Saya setuju pendapat IK ni.
Adakalanya kita marah orang mengatakan sesuatu keburukan terhadap kita tanpa kita sedar kita telah pun melakukannya.
February 12th, 2009 at 8:56 pm
Fuh!!! Tips menarik and motivated bro IK…
Thanks bro…
nice sharing..
Membuat mindaku lebih terbuka kini..
February 12th, 2009 at 9:28 pm
Argh…! betul ke ni? Kena baca ber..xx nak fahamkan ur post x ni.
February 12th, 2009 at 11:52 pm
haha..
betul tu apa yg IK cakap, kalau bab kerja mmg ramai pencuri,untuk elak jd pencuri di masa kerja..kerja sendirile. kalau bab kehidupan ramai jugak pencuri, terutama bab agama.
February 13th, 2009 at 1:30 am
huhu begitu mendalam mksd pencuri tu..mmg kalau nk ikutkan, mmg sy nk pencuri spt yg IK nyatakan tu..huhu
February 13th, 2009 at 5:51 am
thanks IK….bru faham….”curik” istilah tu dpt digunakan pd org yg btol2 buta, bkn buta mata laa….jgn silap faham plk…
February 13th, 2009 at 12:58 pm
Cantik ur idea. Memang pencuri sebegini sebenarnya cuba mengurangkan nilai harga dirinya sendiri secara senyap2 dan diam2. Sama jer tu kan? Jadi kalu tiap2 hari buat mcm 2 maknanya tak ada nilailah diri kita? betul x?
Saya nak fikir2 jugak.
February 13th, 2009 at 2:11 pm
Oleh itu.. berpada-pada lah kita semua, jangan jadi pencuri.. berusahalah untuk memperolehi hasilnya dengan titik peluh sendiri bukan atas usaha orang lain..
Pencuri dari diri sendiri adalah amat terkutuk..serlahkan bakat yang anda.. gilapkan potensi diri.. Pasti anda akan Berjaya.. Orang Yang sering Memberi Alasan Adalah Orang Yang Gagal..
p/s : Pesanan sesama teman : Kepada Umat Islam, janganlah kita menyambut hari valentine.. adalah HARAM meraikan valentine..Lanjut..Klik aida6907.blogspot.com
mymofazdirect2u.blogspot.com
February 13th, 2009 at 4:51 pm
masa tak boleh diulang kembali atau dijual beli. anugerah yang tak terhingga nilainya tapi sering diabaikan. ayuh sama2 kita penuhi masa sebaik mungkin.
February 13th, 2009 at 5:03 pm
Tringat kata2 rakan seperjuangan saya, “ALLAH dah beri kita 24 jam sehari bermakna 24 jam itu cukup untuk kita manage hidup kita cuma kita perlu belajar menggunakan masa sebaik mungkin!”
February 13th, 2009 at 7:09 pm
suspen jek tajuk….
‘yg tersirat dan tersurat’…….
February 14th, 2009 at 12:11 am
Salam Ik. kalau di negara yang laksanakan hukum islam, pencuri hukumnya potong tangan. jika kat sini ok lagi, cuma jika tidak lakukan yang terbaik, pelanggan akan lari dan bisnes susah berkembang. Bagus juga perumpamaan ini. mungkin IK boleh bagi contoh yang lebih menarik lagi pada masa hadan.
February 14th, 2009 at 1:20 am
Salam IK.
Hmm, no komen le.. Saya tengah nak curi hati someone nih tapi x dapat lagi.. Nak kumpul duit masuk minang, huhu ekonomi gawat.. Inflasi naik.. Curik duit kang.. susah plak, Naudzubilliah..
Doakanlah saya dan kita semue moga dipermudahkan & dimurahkan rezeki insya-ALLAH.
Ni surfing ni nak curik idea dan tips.. AlhamdulilLah, terima kasih atas maklumat bermanfaat.
Kat office kalau takde issue, memang rajin curik masa.. tapi kerja jalan.. AlhamdulilLah, tak ada komplen..
Tapi sebagai ganti 1 day standby production, gue x claim OT. Haaa.. Unnecessary OT pun tak claim..
AlhamdulilLah. Baru lapang dada.. Kira ganti masa-masa curik tulang ler.. Hee..
Insya-ALLAH.
February 14th, 2009 at 11:51 am
haha..mcm2 komen daaa….
abang hairi ckp:
anda mencuri daripada “potensi” sebenar diri anda sendiri..
hmm cmane tu bang?bukan ke potensi tu memang da ade dalam diri kita so kita tak curik la kan…uhuk2….
mamat salihin ni sempat lagi cakap sal nikah:
Kalau curi hati orang.. MASUK apa?
MASUK meminang lah woayyy… ..
hahhaa..lawak ah korang nih.anyway betol ah abang ckp.abang memang best ah!!love your blog..
p/s:abang irfan saya de tanya pasal posting video dekat website .com kita guna wordpress.abang tolong jawab pertanyaan sya ya?tajuk email yg saya bagi “pertanyaan tentang posting video di wordpress“.thanks!
February 14th, 2009 at 6:24 pm
tapi sekarang ni…ramai org dah tak jadi pencuri sbb ramai yg minat jadi penyangak la….cam ner yek..
February 14th, 2009 at 9:26 pm
Satu saranan motivasi yang baik. TQ IK
February 15th, 2009 at 1:51 am
Hohohohoh..kena mencuri jugalah baru boleh kaya macam bill gates??
February 15th, 2009 at 4:20 pm
kalo curi kekuatan cemana pulak ek?
February 15th, 2009 at 7:19 pm
Kalau kita anggap kita sebenarnya
rugi pun boleh jugak.
Macam prinsip kos lepas di dalam ekonomi.
Contohnya kita ‘curi’ tido setengah jam,sedangkan, pada masa yang sama,kita
berpotensi untuk menyiapkan report atau
tugasan kerja.
Jadi kos lepas kita adalah, nilai tugasan
yang patut disiapkan tu (within the datelinee).
Kalau tak pergi seminar IK, apa pulak kos
lepasnya? Hehe
February 18th, 2009 at 12:06 am
Tajuk memang best…berjaya menarik perhatian pembaca…
February 22nd, 2009 at 6:56 am
IK,
Kalau semu apencuri masa dipenjarakan kerajaan kena bina banyak penjara atau pusat pemulihan, atau IK sendiri boleh jadi pakar motivasi….
April 2nd, 2009 at 10:36 pm
mase tu berharge…mcm emas,cume x nampak..
kalo curi emas org nmpak,tp kalo curi mase org x nmpk…
tp jg2,curi mase lagi bhye drpd curi emas!!
September 3rd, 2009 at 9:23 am
aku akan jd JUTAWAN!!!!!!!!!!
January 2nd, 2010 at 10:09 pm
Alhamdulillah..dah masukpun kita dlm thn 2010 ni.. Esok lusa 4hb Jan ni kurang setahun umo saya 40.. Alahaiiii..
Untuk semua selamat menanam AZAM, MATLAMAT @ TARGET untuk thn 2010 ni.. Moga2 adalah antaranya nanti yang akan tercapai.Baguslah IK dah capai banyak target utk thn 2009. Saya pun nak ikut stail dia.
Tahniah dan thanks a lot IK!!