Seronok juga membaca perbincangan semalam mengenai budak Mat Salleh vs budak Malaysia. Banyak response yang berguna dan boleh pelajari sama sama. Dari sistem pendidikan di salahkan… sampai la keyakinan, tak confiden :)

Apa apa pun, kesemua komen amat dihargai dan ada betulnya.

Namun, satu angle yang agak interesting ketika saya bertanya pada Nizal soalan yang sama, jawapannya adalah…

Budak-budak Malaysia ketika kecil sering di tegur, di marah supaya “Jangan buat itu”, “jangan buat ini” “Jangan masuk campur hal-hal orang besar”, “Pergi main jauh-jauh” sehingga timbul rasa takut dan self-concious tentang diri sendiri.

Boleh dikatakan, takut “nanti apa orang kata”. Takut tercakap benda yang salah. Takut kawan-kawan gelak atau ejek. takut “nanti apa orang fikirkan kita”. Sebagai keseluruhan, self-concious!

Di negara barat cara membesarkan budak lebih banyak kepada approach “encouraging the young ones”. Beri confident dan self esteem. Yakin kepada diri sendiri dan sekiranya salah, tidak ditegur dengan cara negatif. Perkataan “Jangan” amat jarang digunakan.

Satu perkara yang boleh kita fikirkan sama-sama. Sekiranya anda lemah dalam komunikasi, adakah sebab anda self-concious takut “Nanti apa pula orang kata…”?

Satu contoh, bagi mereka yang tidak pernah berkaraoke… adakah anda tidak berkaraoke sebab takut apa orang lain fikirkan cara anda menyanyi? Itulah self-concius! :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Komunikasi budak Mat Salleh vs budak Malaysia
  • Cara menjadi kreatif dan menjana idea
  • Jadualkan hari anda
  • Strategi mencipta permintaan perniagaan