Tue 9 May 2006
Anda memerlukan disiplin untuk melakukan langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapai kebebasan kewangan. Anda perlu mempelajari selok belok kewangan, perniagaan, ataupun apa jua yang berkaitan dengan pekerjaan anda. Anda pelu menjadi pakar dalam bidang anda sendiri dengan cara menambahkan ilmu.
Anda perlu disiplinkan diri anda untuk bangun lebih awal, usaha lebih kuat, dan kerja lebih lewat untuk menjadi kaya. Kejayaan kewangan amat sukar untuk dicapai sekiranya kita hanya menumpukan pada waktu kerja 8 jam sehari. Kajian pada golongan yang berjaya dari segi kewangan menurut buku The Millionaires Next Door menunjukkan waktu yang mereka fokus pada kerja-kerja yang penting dan produktif secara purata adalah antara 60 hingga 70 jam satu minggu. Kebanyakan yang mencapai status jutawan memberi tumpuan bekerja secara produktif yang lebih lama- melebihi 80 jam seminggu!
Maaf, tiada short-cut di sini
Tip Satu Minit yang berkaitan:

May 9th, 2006 at 12:37 am
Hmmm…jangan cari jalan short cut kerana mungkin anda akan menemui jalan mati!
May 9th, 2006 at 6:50 am
Tahniah Irfan. Anda memang telah berjaya membawa fenomena demam perniagaan internet kpd rakyat Malaysia… walaupun demam bola bakal melanda nanti takkan bisa menggugat
Blog yang cool dan informatif!
May 9th, 2006 at 7:37 am
Saya bersetuju dengan pendapat itu ,sememangnya kaum cina lebih berjaya dari segi ekonomi kerana mereka bekerja lebih masa untuk mencapai kejyaan.
May 9th, 2006 at 8:17 am
saya amat bersetuju dgn apa yang telah diutarakan oleh sdr irfan.ramai masyarakat kita yang ingin mencapai kebebasan kewangan namun mereka gagal untuk mencapainya kerana tidak berani utk mendisiplinkan diri dalam dalam menjalankan perniagaan.
May 9th, 2006 at 11:56 am
semakin unit idea kita
semakin ramai orang gelakkan kita
semakin unit idea kita tanpa putus asa
berusaha
semakin tinggi pengiktirafan dan penghargaan
kedua-dua nya tak boleh dipisahkan
ada satu cerita benar;
seorang budak dari kelantan mencipta bentuk
baru dalam sistem penomboran. nombor biasa
boleh ditukarkan kepada bentuk yg diciptanya
99% orang gelakkan dia. tapi hakikatnya apa
yg diciptanya tidak ada orang zaman sekarang
boleh melakukan seperti mereka.
kepusan terkini tentang dia,
dia ingin melelong hak pencetakan formula
melalu internet(mungkin ebay) dengan harga
$100,000 pound sterling.
May 9th, 2006 at 12:10 pm
saya ada menerima jawapan negatif daripada
masyarakat. jawapan itu bukan datang
daripada orng biasa, malah bekas pelajar
oversea dan menpunyai syarikat sendiri
kata mereka:
banyak kes penipuan dalam perniagaan
internet,kadangkala duit yang kita bayar
semasa membeli barang hilang begita sahaja,
barang yang dipesan entah kemana.?
apakah jawapan anda kepada soalan mereka?
saya tak menpunyai jawapan yg tepat untuk
mematah hujah mereka.
apakah kawalan keselamatan perniagaan di
di internet selain daripada di black list
oleh merchant account company dan web
hosting.???
May 9th, 2006 at 5:03 pm
masa itu emas… hargailah dia… gunakan sebaik mungkin…
contoh:
billionaire Bill Gate,
katanya, semasa dia berjalan2, tiba2 duit USD 5000.00 pocket dia jatuh…dia xakan mengambilnya kembali walaupun masa yng di gunakan utk mengambil duit itu cuma 10 saat je… sahabat dia tanya kenanpa x ambil bukan sikit duit yang jatuh, jawab dia 10 saat pada dia bukan harga USD 5000.00 tapi 500,000.00. kalau saya amik duit tu saya cuma dapat 5000.00…sudah rugi 495,000.00,
sebab masa pada dia terlalu bernilai…
sebab itu la dia jadi billionaire yang duduk di tangga teratas carta dunia
May 9th, 2006 at 7:22 pm
Mendisiplinkan diri mungkin boleh diusahakan, tapi untuk berkekalan berdisiplin adalah yang paling sukar. Sebabnya, kebanyakan kita tak punya daya ketahanan yang kental. Lepas seketika, jiwa akan mula lemah, kesabaran akan mula goyah, semangat akan mula rebah. Itu cabaran paling besar untuk mencapai kejayaan…
May 9th, 2006 at 7:22 pm
banyak kes penipuan dalam perniagaan
internet,kadangkala duit yang kita bayar
semasa membeli barang hilang begita sahaja,
barang yang dipesan entah kemana.?
apakah jawapan anda kepada soalan mereka?
saya tak menpunyai jawapan yg tepat untuk
mematah hujah mereka.
Perniagaan konvesional pun banyak juga yang menipu…ENRON?
May 9th, 2006 at 8:19 pm
Petikan “Rahsia Jutawan Internet Terbongkar”
1) Rahsia untuk berjaya dalam perniagaan internet ialah mencari permintaan terlebih dahulu, kemudian cari produk atau perkhidmatan untuk memenuhi permintaan itu.Kebanyakan perniagaan internet gagal akibat melakukan langkah terbalik- mendapat produk, kemudian mencari permintaan untuk produk tersebut.
May 9th, 2006 at 8:30 pm
tahniah, irfan khairi..
anda berjaya menjadi seorang usahawan internet yang berpengaruh..
teruskan usaha anda..
May 9th, 2006 at 10:34 pm
Memang sy setuju sesangat. Tiada short cut ke arah kejayaan.
Memang ada org yg berjaya dgn melalui jalan short cut, tetapi kejayaan itu samaada tidak kekal lama atau tidak bermakna.
Lebih teruk lagi bila kejayaan shortcut itu akhirnya membawa kpd kehancuran….
May 9th, 2006 at 11:27 pm
oooo tiada short cut..
Saya juga ingin menjadi seperti anda IRFAN KHAIRI…. insyallah
May 9th, 2006 at 11:50 pm
iyolah…
tapi bukannya senang nak ubah perangai yg dah sebati dalam diri… contohnya org yg dah selalu bangun lewat… memang susah nak bangun lebih awal.. cakap memang senang…
ha… camna?
May 10th, 2006 at 10:38 am
sya berstuju dgn saudara irfan…x da kejayaan yg dtg dlm sekelip mata…smuanya perlu usha 110% pda diri sndri…tetapi untuk trus kekal semangat dan disiplin yg tinggi menjadi 1 masalah kepada diri sya…so what’s ur suggestion?
May 10th, 2006 at 3:58 pm
fikir dan renugkanlah wahai kawan sekelian,kerja 8 jam sehari,cukup bulan tak de gaji,tambah 2 jam lagi,cukup makan sendiri,tambah 2 jam lagi makan luar hari-hari,untuk simpanan dan joli, jawapannya carilah sendiri……….nak senang lagi tanya Irfankhairi.Kah…kah…kah…takde duit jangan nikah.
May 12th, 2006 at 2:27 am
disiplin diri dengan:
“buat apa yang sepatutnya anda kena buat pada masa yang sepatut dan sebenar-benarnya”
ini termasuklah makan, tidur, bekerja dan semuanya…..
May 17th, 2006 at 2:40 pm
Masa itu macam berlian refelsia yang tengah laris sekarang ni…
Kengkawan kite yang keje 8 jam sebenarnye kite kerja hanya 6 jam kenepa tak percaya…percayalah…lebih dua jam lagi tu adalah waktu lunch our,breakfirst and tea time betul tak…
Ok cuba kita ikut kata kita ni “ubah diri kita”"perlu bekerja dengan cepat”caranye waktu makan pagi kita pendekan tanpa sembang yang meleret tanpa faedah di cafe…tengah hari cari peluang untuk keluar jumpa costemer atau siapkan barang2 permintaan yang dikehendaki pelanggan, waktu tea time makan lah untuk cover lunch our tadi, dan petang after office our ini lah masa buat collection,dan lebihkan dalam 2 jam lagi untuk urusan peniagaan kita yang belum selesai untuk hari itu, n jangan bawa urusan hari ni ke hari esok alamat belambaklah keje…tak tertanggong nanti mana nak kejar keje office n keje2 bussines kita…
Kalu kengkawan setuju cubalah ini bagi mereka yang bekerja…dan ini lah yang dijalankan oleh kebanyakan orang2 cina tak caya boleh tanye the all.
ok jumpa lagi.
May 31st, 2006 at 12:31 pm
iyolah…
tapi bukannya senang nak ubah perangai yg dah sebati dalam diri… contohnya org yg dah selalu bangun lewat… memang susah nak bangun lebih awal.. cakap memang senang…
ha… camna?
iyolah tu…tu perangai bangsa yg selalu jadi kuli.
June 6th, 2006 at 11:57 am
Saya amat baru dalam ruangan ini. maaf jika ada yg tersalah.
Irfan boleh tak saudara beri saya contoh time table saudara atau sesiapa saja yg telah berjaya dalam dunia perniagaan internet ini.
Terima Kasih.
February 19th, 2007 at 12:46 pm
Maintain utk mendisiplinkan diri memang perit jika kita dah biasa dgn zon selesa. Tapi boleh dilatih, ia lebih mudah jika suatu perkara/kerja itu memang benar2 sgt diminati.
Mengenai perniagaan internet… saya percaya! kerana belum pernah kena tipu. Tapi dlm dunia offline banyak kali kena tipu. Mudah2an tak akan berjumpa dgn penipu lagi esp. di internet
September 15th, 2007 at 12:28 pm
Assalamualaikum…
Saya amat menggagumi Irfan Khairi dan menjadikan beliau sebagai role-model walaupun saya masih di persekolahan..
Tiada siapa yang dapat mengubah diri anda melainkan anda yang bersungguh-sungguh mengubah pendirian anda sekuat manapun anasir2 luar mahupun jahat atau baik hanya anda yang dapat menerima atau menolak ia…
oleh itu,hiasi peribadi jaga diri
byeee
September 16th, 2007 at 11:50 am
YAKIN HALAL DGN DUIT TU? ZAKAT JGN LUPA..
July 25th, 2008 at 4:55 pm
askum…
Betul..