Berikan 110% Komitmen

Apa jua pencapaian yang hebat akan disambut dengan berbagai-bagai masalah dan halangan disepanjang jalan. Lagi hebat matlamat anda, maka, lagi hebat masalah dan halangan yang pelu ditempuh. Pastikan anda komited kepada matlamat kewangan anda dengan memberi sepenuh tenaga dan perhatian untuk terus mencapainya walaupun pelbagai masalah dan halangan akan mengundang. Jangan sesekali putus asa.

Sebarang kegagalan yang anda temui merupakan pengalaman belajar. Jika anda baca kisah-kisah mereka yang berjaya, pasti anda akan temui kisah kegagalan. Seseorang itu tidak akan berjaya sekiranya tidak menemui sebarang halangan. Pengasas syarikat komputer gergasi IBM pernah ditanya “Bagai manakah untuk mencapai kejayaan dengan pantas?”. Jawabnya, “Dua kali gandakan kegagalan anda dan anda pasti menjumpai kejayaan dengan pantas!”

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

9 thoughts on “Berikan 110% Komitmen

  1. Saya seronok tengok org berjaya mcm awak?.Irfan. Awak ade kisah2 kegagalan or halangan yg membawa pulangan byk mcam tu:).
    Saya terkadang tak pasti dgn pern. yg saya buat… tapi sekdr cukup makan, bolehlah kata orng tu..mmg bnyk halangan pada permulaan, tapi skrg dah 6 tahun dalm perniagaan ni, saya rasa masih dalm peringkat infansi tak free kewangan ler..Dari segi komitmen, 100% yg bagi..tak boleh rasa 110% tu..marah org statistik dengar. Kalu nak untng perniagaan baru boleh lebih 100%..:)
    oklah dulu…

  2. Memang saya akui benar 200% apa yg dikatakan oleh .Irfan…yg penting kita kena YAKIN dan sungguh2 PERCAYA apa yg kita lakukan..YAKIN DAN PERCAYA IBARAT PETROL…JIKA TIADA PETROL BOLEH KE KERETA JALAN??..jgn ragu2 dan teruskan perjuangan walau taufan dan ribut melanda percayalah ..KEJAYAAN PASTI AKAN JADI MILIK KITA!
    “KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN”

  3. Tiada org yg Berjaya sekarang ini, memperolehinya tanpa melalui proses Kegagalan…

    “What doesn’t kill you, will only make u stronger”.

  4. Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Irfan.

    Tanya lah semua mereka yang berjaya…. i.e. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, adakah mereka berjaya dengan angan-angan, mengeluh dan merintih? Jangan cuma melihat kereta besar mereka. Sudah termaktub bahawa kejayaan datang hanya selepas pengorbanan darah, keringat dan airmata

    amirul
    ——
    dalecarnegietips.blogspot.com

  5. Pengasas syarikat komputer gergasi IBM pernah ditanya â€Bagai manakah untuk mencapai kejayaan dengan pantas?”. Jawabnya, â€Dua kali gandakan kegagalan anda dan anda pasti menjumpai kejayaan dengan pantas!”

    i agree with that!

  6. SETUJU! SETUJU! SETUJU!
    itulah sebenarnya erti KEJAYAAN!!!
    semua orang2 yg telah berjaya tidak menikmati kejayaan mereka dgn jalan pintas….

  7. usia saya masih muda, tetapi rentetan hidup saya selalu disusuli dengan kegagalan(bisnes kecil),,,punca kegagalan itu adalah kekurangan ilmu,
    bila la pulak aku nak berjaya?

    ,
    kegagalan pertama adalah panik
    kegagalan kedua menbuat kita risau
    kegagalan ketiga membuat kita biasa dengan kegagalan dan tidak berasa tertekan
    kegagalan kelima ,,,,pi dok pondok buat ibadat semata-mata,putus asa! ha ha ha
    ambil kejayaan hari akhirat pulak

    nota sebenar: jangan putus asa

  8. kegagalan mengajar kita menjadi lebih baik. Sebenarnya ianya menilai kembali setiap tindakan yang kita lakukan. Koreksi diri dimana kelemahan kita yang dapat kita perbaiki agar lebih berjaya.

  9. mmg syarat untuk berjaya ialah menempuh pelbagai ujian & cabaran..dr situlah byk pelajaran & pengalaman yg kita akan pelajari..

    dengan pelbaagai ujian & cabaranlah kita akan akan bertambah ilmu & mendekatkan kita dengan kejayaan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.