Lakukan segala-galanya dengan pantas…

 

 

Pantas! Itulah kuncinya…

Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang “sebab dan kejadian”. Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak pada usia muda?

Jawapannya adalah amat mudah. Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat.

pantas

PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, akan bermula tidak lama lagi. Dapatkan maklumat lanjut dan pendaftaran secara online di www.OpenEdu.com.my

Satu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan billionaire  British terkenal, Sir Richard Branson, pengasas Virgin companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.

Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan untuk membina syarikat penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian! Wah, betapa pantasnya seorang billionaire melakukan kerja.

Melakukan kerja dengan pantas adalah kunci untuk memulakan momentum motivasi. Bayangkan acara lumba lari pecut apabila semua atlit pecut berbaris di garisan mula. “Ke garisan… sedia… MULA!” kesemua pelari tersebut bermula dengan deras!

Ingat tak ketika sukan olimpik, adakalanya terdapat “foul start” dan pengadil terpaksa menghentikan perlumbaan sejurus selepas bermula. Perasan tak, ramai pelari akan terus berlari dan ada yang sehingga ¼ jalan pun, masih lagi berlari oleh kerana permulaan yang pantas memberi momentum yang pantas. Ianya sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba!

Begitulah juga dengan motivasi diri. Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru! Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu baru, MULAKAN SEGERA ke kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut.

Pembunuh kejayaan adalah “membuang masa” atau procrastination. Dengan memulakan sesuatu dengan pantas, anda membunh pembunuh ini. Momenntum akan dibina dan ia akan menjadi sukar untuk anda hentikan diri anda sendiri!

Sekiranya anda merancang untuk memulakan perniagaan, mulakannya dengan pantas! Pendaftaran untuk Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, kini dibuka. Dapatkan maklumat lanjut dan pendaftaran secara online di www.OpenEdu.com.my atau hubungi 03-77292277. Jumpa anda di Mutiara Damansara sekiranya berminat!

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

13 thoughts on “Lakukan segala-galanya dengan pantas…

  1. Saya bersetuju dengan IK, kena mulakan sesuatu dengan pantas. Jangan membuang masa!

    Kadang-kadang kita penuh dengan perancangan. Rancang nak buat itu, ingin nak buat ini. Tetapi tanpa tindakan, semua hanya tinggal perancangan sahaja.

    Terima kasih IK atas post yang sangat bermanfaat ini! 🙂

  2. Bab ni yang lemah! ni…. Saya ni rasanya tergolong dalam dikata ‘slow’ tulah. Oleh itu tips yang ni sangat berguna dan saya hargai. Mudah-mudahan saya dapat menukar had laju lepas ni.

  3. Susun strategi, buat sedikit market research dan teruskan tindakan. Saya tgh dalam proses nak tambah pasif income.

  4. Tq Sifu.

    Betul tu, mulakan & lakukan dengan pantas tapi jangan terburu-buru.

    Memang susah nak start something new ni tapi just do it persistenly. Selagi belum berjaya capai matlamat, teruskan saja sehingga berjaya.

  5. memang pantas tu bagus sangat..
    sy buat keja selalu pantas, maklum la sebagai suri rumah byk keja kena buat, kalau lambat2 maknanya xterurus la rumah..tambahan pula berjinak2 ngan biz online lagi la byk keja dan kena lagi pantas..tp bila dh buat kerja dengan pantas ni kita jadi letih sgt dan lemah , mcm mana nk bg semangat dan selalu bermotivasi..

  6. Speed is equal to result. Lebih pantas kita bertindak mengikut strategi yang betul, lebih cepat kita mencapai keputusan yang dikehendaki dan lebih banyak peluang yang lebih besar akan menanti. So starts now, do it now! =)

  7. Salam IK,

    Nasihat yang sangat berguna untuk saya yang baru sahaja memulakan perniagaan..

    Thanks a lot.

  8. Salam, salam..

    Richard Branson ni mmg terkenal dgn kepantasan dia.
    Satu lg masa dia nak tubuhkan team F1.

    Waktu pre-season semua team lain sibuk nak uji kelajuan keta melalui terowong angin.
    Tapi dia nak skip.

    Katanya, buat apa nak abiskan masa sampai berminggu-minggu kalo sekadar nak laju 1-2 saat je. Kos pun tinggi. Lebih baik turun trek, terus lumba.

    Hebat sungguh pakcik tu.. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.