Wed 26 Sep 2007
“Tak cukup masa”… “sibuk sangat”
Mungkin itulah alasan yang paling ketara sekali di zaman ini.
Anda pernah tak guna alasan ini?
Saya pernah! Walaupun so far rasanya saya belum jadikannya alasan untuk terlepas menulis di Tip Satu Minit ini- walaupun sememangnya saya sibuk :)
Apa sahaja kerja yang kita lakukan memerlukan masa. Tak kira kerja apa. Dengan itu, memang kita tidak boleh lari dengan masa.
Satu strategy saya dalam menguruskan masa saya adalah strategy 10/90.
Strategy ini mengatakan, kita perlu menggunakan 10% daripada masa kita untuk merancang masa kita, dan ini akan menjimatkan 90% daripada masa kita dalam mencapai sesuatu matlamat (jangka panjang atau jangka pendek).
Adakah anda merancang masa anda? Maksud saya, benar-benar merancang sehingga mengambil masa 30 minit-1 jam hanya untuk merancang masa?
Kalau tidak, anda perlu mulakan merancang masa anda 10% untuk menjimatkan 90%!
Berhenti dari menggunakan perkataan “Tak cukup masa” atau “sibuk sangat” dari penggunaan anda. Dengan cara ini sahaja, anda akan MENCARI MASA dan tidak menjadikannya alasan!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

September 26th, 2007 at 6:53 am
Memang benar sebenarnya ramai dari kita jarang memikirkan atau membuat perancangan masa setiap hari sebelum memulakan kerja harian. Ini sebab kita sentiasa ketinggalan dan benar-benar banyak buat masa. Ingat masa yang kita guna akan di tanya nanti di sana.
Terima kasih diatas tip hari ini.
September 26th, 2007 at 7:22 am
Salam, mrning!
Memang semua org akan kata tak cukup masa, walaupun diberi lebih 24jam pada diri… Good tips today, perlu diamalkan.Masa penting! ktika bekerja dgn bos pun diberi due date utk selesaikn suatu pjk apalagi utk diri sendiri. Sempat gak saya baca tips 1minit sblm g kje..
“Org yg gagal banyak alasan & kurang perancangan”
September 26th, 2007 at 8:51 am
Tip yang baik…
Sebenarnya itulah alasan yang selalu saya gunakan.Saya akan gunakan tip yang berikan.Perancangan masa juga akan mengajar kita menghargai masa dan hidup kita.
September 26th, 2007 at 8:52 am
Masa jika ditambah “lah” dibelakangnya akan jadi MASALAH.. Masa itu amat penting tetapi jika kita masih amalkan sikap tangguh iaitu tunggu”lah” maka masa itu akan membawa masalah kepada kita.
Sekadar pendapat yang terlintas di pagi hari ini.. hehehehh
www.bazarkita.com/booth/moca.asp
September 26th, 2007 at 9:19 am
hahahah … alasan tu baik dari budak kecik hingga dewasa akan menggunakan perkataan ‘TAK CUKUP MASA’ dan apa kate cadangan yang terbaik kita gantikan perkataan tersebut dengan satu perkataan yang agak molek halwa telinga mendengarinya iaitu …
“SAYA BELUM BERKESEMPATAN”
at least orang yang mendengar tu tak de lah komplen kite dengan mengatakan ‘bukan 1 hari ade 24 jam ke?’ hahaha itu yang selalu terjadi pada diri saya juga dan saya cube gunakan perkataan …
“SAYA BELUM BERKESEMPATAN”
selamat menggunakan perkataan tersebut
September 26th, 2007 at 9:36 am
sebenarnya masa sentiasa cukup cuma kita sendiri tidak tahu membahagikan atau menguruskan masa..x gitue doc.. (’v')
September 26th, 2007 at 10:07 am
Ini lah alasan yang selalu saya gunakan dari dulu lagi. Sesungguhnya pengurusan masa tu penting, sekarang ni kena urus dengan betul betul.
September 26th, 2007 at 11:27 am
saya sendiri pun biasa / selalu gunakan alasan ni. Tetapi mungkin boleh digunakan untuk keadaan tertentu.
Apapun perangcangan masa itu penting supaya lebih banyak kerja boleh diselesaikan dengan segera. Macam jadual waktu kat sekolah…ya ke…?
September 26th, 2007 at 11:37 am
Masa tak akan menunggu kita. Setiap detik itu hanya akan dilalui sekali sahaja dalam hidup kita. Terima kasih pada kerana mengingatkan kami semua.
Masa untuk berubah …
September 26th, 2007 at 12:14 pm
slmt pg ,
tips yang bagus…
kadang2 kita dah rancang apa yang nak dibuat tapi mcm mana kalau kadang2 kita tidak dapat ikut apa yang kita rancang?
ada tak tips untuk ikut apa yang kita rancang?
han
September 26th, 2007 at 1:13 pm
Nak tanya apa alat2 yang sesuai untuk merancang masa ini . Apa pekara asas yang mesti difikirkan dahulu sebelum merancang masa ini ?
September 26th, 2007 at 1:13 pm
Anak: Ayah… berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Anak: Amin saja nak tahu ayah…
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya.
ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur. “Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni”
Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. “Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu??
Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit
kat ayah sebab Amin tak cukup duit…”
Tak cukup duit nak beli apa??”
“Ayah…. sekarang Amin dah ada 20 ringgit..
Nah.. ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah
balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah..”
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya…
September 26th, 2007 at 2:03 pm
Saya Sokong…sebab banyak benda yang kita buat adalah benda yang kita tak perlu buat. Dan masa itu sebenarnya yang perlu digunakan untuk buat benda yang kita perlu buat…..
Semuanya bermula dari perancangan
September 26th, 2007 at 7:50 pm
assalamualaikum..
saya memang selalu mggunakan “tak cukup masa” atau “saya sgt sibuk” dgn tugas saya sebagai pelajar..namun, saya akan menggunakan kaedah yg doc. berikan untuk masa akan datang..ini baik untuk anak remaja menggunakan strategi 10/90 dalam merancang masa dgn berkualiti..
MiZ..
September 26th, 2007 at 9:06 pm
Z@ph, saya suka dengan cerita Z@ph lah…
menarik dan tersentuh hati bila baca tadi…
September 26th, 2007 at 10:53 pm
Assalamualaikum Irfan…
Tq di atas tip hari ini. Boleh elaborate sikit lg? 100% masa maknanya berapa lama? 10%… 90%…?
Tak berapa faham lah
Tq Irfan..
September 26th, 2007 at 11:22 pm
Gagal untuk merancang, bermakna merancang untuk gagal kan ?
September 27th, 2007 at 8:35 am
salam sejahtera.
memang selalu kita tak cukup masa, kerana tak tahu nak urus masa. tips yang amat penting dan berguna. tq
September 27th, 2007 at 11:12 am
slmt pg..
kita tak cukup masa takpe sebab kita boleh urus atau rancang…
tp igt jangan sampai takde masa…
han
September 27th, 2007 at 12:33 pm
Salam kasih sayang,
Satu dunia dah tau semua org hanya ada ‘24jam’ sehari. Yang selalu kata “tak cukup masa” tu sampai bila pun takkan ‘cemerlang’.
Tq ramai org hanya nasihat suruh ‘uruskan masa’, saranan ialah idea ‘penyelesaiannya’ “HEBAT”.
Saya tambah sikit ye… “FOKUS”, dgn apa yg dah dirancang.
Semoga diberkati. Amin…
September 27th, 2007 at 4:31 pm
salam ..
tip tu btul. tp saya stil rs x ckup ms. actlly, i’m still stdying.. foundation progrm. td xam math. frust sbb x dpt wat sume soalan n x ckup ms nk jwb. tku rsult truk cam ari tu. mayb x ckup stdy kot. tp rse cam dh guna ms yg ade stiap ari sebaiknye. dats y trfkir psl tip tu. , cmne nk urus ms kte sebaiknye? cmne lak nk motivasikan kite?
September 27th, 2007 at 7:42 pm
Assalamualaikum,
Anda adalah pengurus kepada masa anda dan bersyukurlah kerana anda masih ada MASA.
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh yang berpesan pesan kepada kesabaran dan perpesan pesan kepada kebenaran”
Makna dari surah Al- Asr
Tk tip 1 minit yang penuh motivasi.
September 28th, 2007 at 10:16 am
Akum,
Tentang masa dan aspek perancangan. Saya adalah seorang yang kategori ni yang fail. Dah jenuh dengar ceramah, program motivasi malahan siap bagi tip kat orang lain lagi. tapi diri sendiri masih kantoi lagi..
Mungkin asas Disiplin diri kurang kot.. ada sape boleh komen…
October 8th, 2007 at 4:36 pm
salam..
tips tu bagus.saya kekadang rase tak cukup masa.kerja banyak tapi masa seakan tak menyebelahi saya..wlaupun kita bijak urus masa, tapi ada masaya kita gagal dlm perancangan kerana kita hanya mampu merancang.apepun teruskan mengurus dan merancang masa kerana kita juga yang akan rugi kerananya..
terima kasih.