Malas… musuh #1

Malas… bagaimana hendak membenterasnya? Untuk mengetahui cara membenteras penyakit malas, kita perlu faham, mana datangnya sifat “malas” ini.

Malas berpunca dari kita terlalu selesa dengan keadaan semasa kita (zon selesa/comfort zone). Untuk keluar dari zon selesa kita, kita akan rasa berat dan susah. Ini adalah normal bagi semua orang- setiap kali kita nak keluar dari zon selesa kita, secara psychology akan menarikkan kita kembali ke zon selesa.

Berita baiknya adalah, zon selesa manusia berubah-ubah. Apa yang anda perlu lakukan adalah keluar dari zon selesa tersebut secara sedikit-demi sedikit dan pegang pada keadaan semasa yang baru. Lama kelamaan, zon selesa anda akan mengubah mengikut keadaan semasa anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda rajin membaca buku 30 minit sehari sahaja. Lebih dari itu, terasa malas (luar dari zon selesa anda). Anda perlu paksa diri anda keluar dari zon selesa itu secara perlahan… mungkin baca selama 45 minit. Sehingga suatu masa nanti, zon selesa anda akan berada pada tahap 45 minit. Apabila ingin membaca lebih dari itu, terasa malas (luar dari zon selesa baru). Apa yang anda perlu lakukan adalah ulangi langkah sehingga anda mencipta zon selesa baru.

Untuk membenteras sikap malas, anda perlu fahami “zon selesa” anda. Semua orang mempunyai zon selesa tersendiri dan ianya boleh diperbaiki. Bagi diri saya, membaca buku sehingga 4 jam adalah zon selesa saya. Membaca lebih dari 4 jam… terasa malas… 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

42 thoughts on “Malas… musuh #1

  1. Assalamualaikum wbt,
    Salah satu cara lagi untuk mengatasi sifat malas ialah dengan menghayati sabda Nabi:
    “Orang yang CELAKA ialah orang hari ini lebih teruk dari semalam, orang yang RUGI ialah orang hari ini sama seperti semalam manakala orang yang BERUNTUNG ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam.
    InsyaAllah kalau kita sematkan hadis ini di dalam hati kita, ia mampu menjadi satu garis panduan yang tidak ternilai dalam mengubah disiplin kita ke arah menjadi seorang manusia yang cemerlang di dunia dan di akhirat…

  2. Penerang dari Irfan mengenai zon selasa ini lebih mudah saya menggambarkan dan memahami zon selesa yang dapat diukur. Barulah saya faham.

  3. Yezaaa saya akan cuba praktikkan…biasa la dah jadi kebiasaan bila selesa malas so mulai skrg kena ubah….malas musuh no 1, malas musuh no 1…..malas…..musuh…..no. 1.

  4. insyaAllah sy akan cuba lakukan apa yg disarankan itu.mmg…!MALAS ADALAH MUSUH NO SATU DAN MUSUH YG PALING BESAR BG SAYA..!

  5. satu cara mengubah zon selesa adalah dengan menggunakan teknik yang di ajar dalam buku think and grow rich. Otak separa sedar kita ni power, cuba gunakan sebaik mungkin. sebab nak ngubah sikap secara sedar adalah lebih susah dari mengubahnya secara separa sedar. Nak tau camana, baca buku think and grow rich. Semua pakar motivasi menggunakan teknik yang sama tapi dengan cara tersendiri.

    buku lain:
    the magic of thinking big
    think like a winner
    psycho cybernetic

    nie semua proven technique.

    saya tak recommend kalu saya tak pernah cuba.

    cuba lah.

  6. assalamualaikum…

    encik tolahah…

    tenkiu….penerangan tersebut telah memerangkap saya dari memberi lebih byk lagi alasan…sebaliknya lebih kuat daripada biasa untuk menjadi lebih luarbiasa 🙂

  7. Assalamualaikum!!!
    Memang benar malas memaang satu penyakit no.1 dalam diri setiap orang. Ketika waktu malas sampai ketika itulah ujian mental, otak dsb pd
    diri sesorg. Cara nak mengatasinya lawan baliklah perasaan tu. kalu x kuat banyakkan doa padaNya hari2 sebelum tidor.

  8. Assalamualaikum,
    Apabila sifat malas mula bersarang dalam otak , semua perkara takkan berjaya. Saya selalu memikirkan perkara positif dan sentiasa menyebut perkara-perkara positif kerana ia akan menentukan perbuatan dan perilaku kita.Setiap org perlu ada motto dalam hidup kerana ia akan mempengaruhi hidup kita. Macam saya , saya sentiasa berkata ‘always moving foward’ itulah perkatan yang saya sentiasa saya ulang.

  9. Perasaan malas selalu membelenggu diri walaupun saya mempunyai niat memperbaiki diri. Rasa menyesal menjelang tiba sebaik saya tersedar dari lamunan. Kebangkitan diri memerangi unsur “malas” adalah satu cabaran. Cabarlah diri sendiri setiap Subuh pagi memecah rantaian kemalasan. Yakini dan Berdoalah kepada Yang Maha Esa untuk kejayaan melawan unsur Malas. InsyaAllah kita berjaya..

  10. betul,betul, betul. penyakit malas ni memang serius. saya akan cuba mengikuti saranan untuk mengatasi sifat malas ni. ya. keluarlah engkau dari zon selesamu….

  11. Istilah ‘Malas’dah jadi kebiasaan pd mereka yang hidup agak selesa pd masa ini..Namun sifat malas harus di kikis agar kehidupan akan lebih bererti dan dimanfaatkan untk memperbaiki setiap kelemahan yg ada.Adakalanya kegagalan lalu menjadikan kita smkin kecewa dan malas untuk kita mengejar impian kita dan adakalanya kegagalan lalu juga membuatkan kita bangkit semula dari sifat malas itu.jadi keputusan ada di tangan kita sendiri…nak jadi yg terbaik atau sebaliknya.

  12. Memang benar kata2 Irfan,kita harus keluar dari zone selesa..jika ingin terus perbaiki kelemahan dan mempertingkatkan kehidupan yang lebih bermakna.saya akan praktiskan apa yang disarankan..sebelum ini saya sudah set mainded apa yang akan saya lakukan keesokkannya..spy setiap minit saya tak terlepas begitu saja tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah dan tiada istilah ‘malas’selagi cuba untuk melakukannya.

  13. Terima kasih Irfan… Kata2 Irfan sangat memberi kesan dan kesedaran bagi saya yang selama ini gagal mengubah zon selesa saya. Ini disebabkan oleh sikap suka bertangguh dan tidak kuat untuk melawan sikap malas dan tiada ketetapan… Mulai dari saat saya akan keluar dari zon selesa saya… saya yakin, saya boleh… akan saya buktikan..

  14. asalamualaikum semua,
    betul malas atau Laziness adalah satu budaya yg amat keji pada semua bangsa didunia ini.Orang British sebelum Malaysia Merdeka mengatakan orang Melayu Malas? betul ke? Ya & Tidak!
    Malas bukan terletak pada bangsa tp pada Individu…kalu dah di “Comfort zone” dia rasa selesa maka setakat itu pencapaiannya. Org malas org yg tak ada cita2 tinggi…cukuple apa yg ada…rezeki secupak tak sampai segantang?…ini bidalan melayu yg boleh melemahkan pemikiran anak bangsa kita.kalu rajin beras secupak bukan SAJE bolEh jd segantang tp selori atau BERLORI-LORI.Percya lah..it’s all in ur mind…if U think U lose then U’re a LOSER but if U think U’ll will then U’re a WINNER.

  15. mals adalah musuh bagi setiap umat jadi kita harus bisa memberantasnya dengan cara : mencari aktivitas yang bermamfaat thanks

  16. Malas adalah suatu bentuk penjajahan yang halus. Orang tak akan sangka jika dia sedang dijajah oleh kemalasan. Kemalasan juga suatu penyakit dan kehinaan. Karena itu, mari kita berperang melawan kemalasan dengan bergerak dan berkarya di jalan Alloh.

  17. Ciri yang paling nyata membezakan orang yang pandai dan kurang cerdik adalah sikap malas.”Malas” adalah satu perbuatan yang boleh menjadikan cerdik pandai menjadi bodoh.Renungkanlah..

  18. Malas ni sebenarnya mainan hati, seterusnya ke otak. Dia punya relation cukup kuat. Apa hati kata itulah otak atau minda kita akan buat. Ibarat bos bagi arahan kat anak buah. Sape berani bantah..Benda ni mainan psikologi. Macam puasa contohnya. Kenapa bila bulan Ramadhan boleh pulak kita tak makan sampai le waktu berbuka. Tak mati pun..kalau bulan lain bangun pagi aje dah berkeriut perut kita minta makan. Tu sebab kita dah niatkan kat hati esok posa, aku takleh makan..so otak pun kerja dia pikirkan takleh makan le..pasal tu kita boleh dapat kekuatan sebab hati kata camtu. Sama le juga dgn kes malas ni. Besok nak kerja malam ni kita dah nyungut kat hati ..”ish..malasnya..besok dah nak start keja balik..leceh betul lah..!” agak2 apa jadi besok? Mcam mana kita set mcam tu la hasilnya nanti..MALAS sepanjang hari. So, point saya kat sini..betulkan NIAT untuk betulkan MINDA anda sebab malas ni kerjanya dari hati. Setting kena betul. Mcm remote control dgn tv. Apa yg anda tekan di controller anda itula yg akan terpancar di tv anda. Kalau lain yg keluar makna kata anda tersalah setting le tu..Jadi wake up guys..start besok pagi..mulakan dgn senyuman penuh ceria, cergas dan niat yang positif, insya-Allah anda pasti tidak malas lagi!!

  19. MALAS sesuatu perkataan yang amat senang dilafazkan,tnpa disedari iaya akan disebut dan automatik diri akan melaksanakannye..malas tiade ubat,tapi hanye perlukan sedikit kesedaran perlahan2 rase mls dpt dikurangkan dlm diri..jika har2 mls diucap…mkin mlas la diri..xde perubahan la dlm hidup..mcmane la nk maju kalu hanye bergantung pd mls…hidup ni kne bergantung pd rajin…..

  20. memang betul sekali penyakit malas takdapat dipaungkiri sekali.saatini saya telah bermasalah am ini penyakit,tapi kenapa sangat sulit sekali untuk membuang jauh-jauh!ya….moga allah memberikan jalan keluarnya.karena hanyalah dialah yang maha adil& maha berkehendak atas segala hal!!!!

  21. Assalamualaikum.sy student lg.student-malas memang sinonim.sy pn x terkecuali.nasib baik ada kawan2 yang sering memberi peringatan.Tapi,biasanya saya x dengar sangat nasihat free yang diorang bagi.trok kan?bila saya fikir2 balik,kita nk jadi malas ke nk rajin ke orang lain x boleh nk control diri kita.Kita yang control diri kita.Dan bagaimana kita nk control diri kita dengan baik,tepuk dada tanyalah akal n iman.Saya bila rasa x nak study,sy akan tidur.Mungkin tidur lebih baik dari saya buang masa tak tentu pasal.hehe.Terima kasih Sedikit sebanyak petua iaitu bagaimana nk hapuskn malas saya akan cuba praktikkan.Saya rasa petua berkesan sebab petua ni secara sedikit demi sesdikt bukan secara mendadak atau sekaligus.Hasilnya,mungkin sikap malas ni dapat dibuang lama kelamaan dan mengekalkan diri kita dengan sikap rajin.Thanks Wassalam.

  22. Humm, malas bukan satu sifat tapi penyakit, jadi carilah ubatnya tetapi jangan salah ubat…nanti melompat!! (P.Ramlee punyer cerita) Apapun, moga maju jaya serta ingat bahawa manusia hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan. wassalam… :^)

  23. mmm..malas memang sifat x baik..buangje lah..buat la kerja secara istiqomah,,fikirkanlah sendiri benefit yang kita akan dapat kalau kita x malas masa ni..insyaAllah masa hadapan akan jadi lebih baik

  24. memng mls tu msh no 1……
    kdang2 saya nie smangat nak buat ssuatu tapi lama2 kmudian jdi mls hingga tertangguh berbulan2….tpi saya akan cuba jgak kluar dri zon selesa nie…

  25. malas adlh ssuatu ksilpan.nmun mnusia sering kali mlakukn nya.bg seorg pljar,mrka mlas mlkukn ssuatu krja krna krja i2 susah.jd mrka malas utk mnyiapkannya…btl x ? mnusia sring kli mbca bku tntang tip2 “bgaimna hndak brjaya ” atau “bgaimna hndk mnjdi org yg pndai” [smua dia hndk,emmmm…]ttpi bla uda bca smua tip2 2,x pula aplikasikn..jd sia2 je bca smua 2..buat apa jd pljr kalo x rajin bljar…bla uda gagal exam,slhkn org sblah pla sbb x bg answer atau x pun slh kn tuhan sbb bg takkdir dia mcm 2.emmmmmmmmm.jd piqir la sndiri…

  26. emm..
    cmne ye..sy rse btol2 mls ni..
    tak tipu punye..
    besok plak final exam..subjek yg sy tak suka gak..skang ni dtmbh plak dgn mengantuk..TOLOOOONNNGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!

  27. nsb baik tanduk baru tumbuh 0.00000001cm..
    kalau tak, mmg confirm ntah jd ape esok agaknye..emm..anyway, thankz 4 da advices yg korg bg..tak sia2 gak sy masuk laman nie..
    nk study dulu ler..
    smgt..CHAIYO2..marilah maju demi menuju kejayaan..hehe..bubbye..

  28. pegi mandi, duk atas krusi kayu, pikir “kau nak jadi ape?” kalu malas nak mandi, basuh muka, malas jugak dah sah nafsu malas kuasai kau!

  29. Sedih bila terkenang masa yang dibuang dgn sia2 selama ni..semua angkaras malas… yang lepas usah dikesal…mulakan di saat ini…kuatkan semangat..keluar dari takuk lama… berusaha!!! perangi sikap malas…banyak ingat tuhan… rajin tambah ilmu..sama2 kita lakukan…ayuh!!

  30. salam…
    i pon in the same situation..
    rase malas sgt2x…
    myb sbb relax bnyak sgt kowt…
    (zon selesa)..
    tp i akan cube jgk kuar dri zon ni..
    then make the new comfortble zone..
    hope korang yg laen pon wiil be success to change to the new zone..
    :))

  31. malas itu semua ada pada diri kita semua yg dah kahwin dan bujang’nak hilangkan sholat 5 waktu berdoa pd allah’sebelum tidur berdoa pd allah ya allah kuatkan semangat ku utk berkerja dan jauhhi lah diri hamba dari malas.lagi satu kita family man ingat kita kerja nak kasi makan kerluarga kita. kala malas anak bini kita nak makan apa di sebad kan kita malas nak baekerja amin.

  32. nk lps zon mls mmg kene lalui tahap kritikal dulu arr…..tapi pape pon…kalau kita usaha nak lepas zon tu pasti boleh….yeah…

Leave a Reply

Your email address will not be published.