Mempunyai matlamat adalah penting. tetapi, apa yang lagi penting adalah usaha anda untuk memastikan matlamat anda tercapai. Esok, insyaallah saya akan tanyakan pada tetamu ikon jutawan, Dr Azman Chin, pendapatnya mengenai matlamat.

Sebelum itu, saya hendak membawa anda time-travel sediit lebih kurang 2 tahun yang lalu. Ketika, orang ramai masih belum mengenali saya… “siapa lah Irfan Khairi ni… tak kenal pun!” :)

Pada July 2005, ketika ditemubual oleh majalah Maskulin, ketika itu tak ramai yang mengenali saya (kesian!)…

Maskulin:
Apakah matlamat jangka panjang anda?

Irfan Khairi:
Untuk menjadi ikon kepada kejayaan perniagaan berasaskan internet di negara ini.

Rujukan: http://www.rahsiainternet.com/media/maskulin.htm

Sejak menetapkan matlamat itu, saya terus berusaha untuk mencapaikannya sehingga kini, alhamdulillah, ramai yang setuju matlamat saya tercapai.

Jadi, hari ini, saya ingin umumkan matlamat saya untuk program “Jutawan! bersama Irfan Khairi”…

Matlamat saya untuk jadikan program “Jutawan!” sebagai salah satu program bual bicara radio yang paling popular di Malaysia! :)

Sudah tentu, seperti matlamat saya 2 tahun lalu, saya akan berusaha keras untuk mencapaikannya! :)

Tip Satu Minit hari ini… 

Adakah anda mempunyai matlamat yang anda sanggup berusaha mencapainya? Hari Isnin lepas ketika saya menemubual Azizi Ali di udara (pengenalan program “Jutawan!”), beliau berkata…

Ramai orang mempunyai matlamat dan impian. Tetapi, hanya sedikit sahaja yang sanggup berusaha keras untuk mereliasasikannya!

Berdebar-debar hendak mengemudikan program “Jutawan! bersama Irfan Khairi” esok! Tak sabar, dalam waktu yang sama, amat teruja! Pertama kali jadi penyampai radio ;) Look out Halim Othman! :)

Jangan lupa pesanan saya semalam: CALL IN- 03-26927939 (save dalam phone)! ketika program untuk memeriahkan lagi rancangan! Bila lagi berpeluang nak bersembang dengan saya & ikon jemputan esok!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Menulis matlamat… menulis lagi!
  • Strategi Jutawan Internet Irfan Khairi
  • Matlamat yang realistik
  • Matlamat seorang jutawan