Masih lagi saya nak sentuh mengenai Olympic. Actually Olympic dapat mengajar banyak perkara mengenai motivasi. Kalau anda lihat sebelum sesuatu perlumbaan, atau acara, camera akan fokus pada setiap atlit yang hendak bersaing sorang demi sorang. Masing-masing ada gaya tersendiri untuk “pump-up” atau naikkan semangat diri sendiri.

Topik ikan yu semalam :) Michael Phelps juga mempunyai gaya tersendiri sebelum mula renang. Perasan tak beliau mesti dengar ipodnya sebelum renang. Beliau sebenarnya dengar lagu rap, kerana lagu rap membuatnya bersemangat untuk renang laju.

Pernah saya terbaca pesanan Anthony Robbins mengatakan, satu startegi untuk menaikkan semangat kita pada bila-bila masa sahaja, adalah dengan menciptakan satu ritual. Satu keadaan dimana ia akan menjadikan kita bersemangat secara tiba-tiba. Kita sendiri boleh mencipta satu keadaan untuk trigger semangat kita secara tiba-tiba.

Dulu, tak silap masa sukan SEA ada jaguh angkat berat Malaysia (again kalau tak silap), setiap kali sebelum angkat berat, akan jerit sekuat hati: “Ayah!”. Ini sebagai ritual untuk kuatkan semangatnya.

Saya juga mempunyai ritual sendiri iaitu kalau nak memotivasikan diri time tengah “slow” saya pasang ipod saya lagu rock dengan kuat! Lepas dengar dua-tiga lagu… terus bersemangat balik :)

Sekiranya anda tidak pernah cuba teknik motivasi ini, why not give it a try. Cari sesuatu yang boleh trigger motivasi anda. Dan jadikannya sebagai satu ritual untuk trigger motivasi anda pada bila-bila masa sahaja. Trigger tersebut tak semestinya dengar lagu rap/rock atau menjerit sekuat hati :) Boleh juga trigger yang bersifat “menenangkan” seperti melihat keindahan alam atau melihat ikan di kolam. Bergantung kepada jiwa masing-masing!

ps: “Ritual” dalam bahasa malaysia apa ya? ;) saya tak tau…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang speaker pakar, penulis buku terlaris dan personaliti TV/Radio. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker majlis anda, hubungi 03-77292277.

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

Pendapat Anda? [55] Comments