Wed 2 Aug 2006
Menangguhkan kerja adalah pencuri masa dan pencuri hidup. Mat Salleh panggilnya procrastination.
Terlalu ramai yang tidak mencapai matlamat mereka oleh kerana walaupun mereka sedar dan telah menetapkan matlamat, mereka ada sahaja alasan masa untuk memulakannya adalah salah- hari tidak betul, minggu tidak betul, bulan tidak betul dan tahun tidak betul. Industri tidak betul. Market tidak betul. Sehingga akhirnya terlalu lewat!
3 sebab utama penangguhan kerja:
- Terlalu banyak alasan
- Tidak sirius dalam mengambil keputusan
- Tiada deadline dalam matlamat
Untuk mengelakkan penangguhan kerja, tanya diri sendiri pada ketika itu- adakah anda memberi terlalu banyak alasan untuk tidak memulakan kerja? Adakah anda sirius dalam mengambil keputusan? Adakah anda menulis deadline (tarikh) untuk mencapai matlamat kerja tersebut? Jawapannya:
- Hentikan memberi alasan (Orang lain buat duit, kita buat alasan)
- Mula sirius dalam mengambil keputusan hari ini! (Terlalu banyak anda dan keluarga akan rugi sekiranya anda tidak serious dalam hidup)
- Tulis deadline atau tarikh untuk mencapai sesuatu matlamat (walaupun kerja-kerja kecil- tulis tarikh deadline tersebut. Dengan hanya menulis deadline, ia akan mengubahkan mentaliti anda)
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


August 2nd, 2006 at 6:40 am
Sikit-sikit lama-lama bertimbun…
Jika asyik bertangguh. Satu hapah pun tak jadi.
August 2nd, 2006 at 7:30 am
suatu ketika dahulu, saya selalu menangguh²kan sesuatu pekerjaan. Sekarang ni saya berjaya mengatasinya. Sesuatu pekerjaan juga saya tetapkan deadline… Saya menganggap ianya sesuatu yang wajib seperti tanggungjawab saya ketika di ofis
Ianya adalah satu tanggungjawab yang mampu mengayakan majikan saya. Apa salahnya jadikan satu tanggungjawab pada saya untuk mengayakan diri sendiri pula?
Tetapkan dateline setiap kerja dan tanpa alasan untuk menjadi kaya raya!
August 2nd, 2006 at 8:08 am
salam…alhamdulillah..tq..insyaallah harap panduan itu akan diamalkan dan mengubah sikap saya. tq so much.
August 2nd, 2006 at 8:29 am
Jangan tangguhkan kerja.. itu satu penyakit amat merbahaya…
August 2nd, 2006 at 8:31 am
Wow! Sebijik apa yang saya perlukan hari ni. Sekarang ni, saya perlukan seseorang tampar muka saya dan cakap, Stop giving excuses! Just do it!
Terima kasih Irfan sebab dah ‘tampar’ muka saya..he he ..ouch!
August 2nd, 2006 at 9:04 am
Memang betul saya sendiripun selalu beri alasan, terlalu banyak alasan serta juga bijak memberi alasan.Bak kata pepatah “orang boleh beri seribu alasan”.
Tapi persoalan saya bilakah kita perlu beri alasan? dan macam mana alasan itu boleh mengubah hidup kita dan keluarga kita.
August 2nd, 2006 at 9:31 am
Betul kata , saya adalah antara yang tiada matlamat, tiada target dan tidak fokus. oleh kerana itu apa jua yang dilakukan seperti tidak kemas. Dgn tip2 yang diberi saya telah beransur2 berubah dan hari ini saya telah menetapkan matlamat saya dari masa ke semasa dan akan bekerja keras untuk mengapai impian.Insyaallah.
August 2nd, 2006 at 9:59 am
Apa yg cakap tu mmg betul. suka bertangguh merupakan satu penyakit yg melanda diri saya dan sedang saya cuba perbetulkan. Ia lebih membawa banyak keburukan dari kebaikan. NAMUN begitu, ada juga keputusan yang memerlukan masa yg agak lama untuk diputuskan oleh kerana faktor-faktor tertentu. Maka berhati-hatilah dalam membuat keputusan agar ia tidak tergolong dalam kerja yang bertangguh.
Tentang deadline, saya juga menetapkan deadline dalam kerja saya..tetapi terlalu sukar untuk mengikut deadline itu kerana banyak kerja yang kecil(tetapi memakan masa yg lama untuk diselesaikan) tiba-tiba datang. so dateline tu selalu lah tunggang-langgang…Mintak nasihat tentang kerja kecil yang mengganggu kerja penting ni…..
August 2nd, 2006 at 10:43 am
Memang betul tu…Saya sendiri pun dah lali dah dengan masalah ini. Dulu saya ingat sayalah yang paling pandai bahagi masa, rupanya saya pun dah kena penangan menangguh kerja ni.
Jadi apa saya buat? Saya dapati cara yang berkesan untuk saya adalah dengan berkemas. Saya telah terbaca, jika kita berserabut, cubalah berkemas. “Start small”. Cubalah kemas bilik kita, meja kita, kereta kita - apapun biar kemas. Jangan tangguh2. Dgn sendirinya kita juga akan jadi rajin utk buat kerja lain!!
Tak malas-malas lagi. Cubalah.
August 2nd, 2006 at 11:15 am
Saya ada membaca artikel yang ditulis oleh Momodou Sabally (meybe x fames)..3 penghalang kejayaan ialah takut (fear), marah (anger) dan suka bertangguh (procrastination)…Saya akan lebih positif dalam menjalankan sesuatu kerja..Thanks ..
August 2nd, 2006 at 11:53 am
hi semua..
betul juga kata Irfan, bertangguh pencuri masa..apa-apa pun bagi saya semua tu berpunca dari pemikiran dan ‘mind setting’ eseorang..dia bertangguh sebab dia gagal letak target, azam, cita-cita dan keinginan dalam minda bawah sedarnya. Ini ibarat tiada matlamat langsung, sebab itu mengapa ramai orang suka bertangguh. Tambahan pula, sikap ini juga disebabkan mentaliti ‘ambil ringan’ sesuatu perkara yang sebenarnya penting dalam melaksanakan pelan kejayaan…bagi seorang peniaga internet dan online marketer, sikap bertangguh ini merupakan ‘virus’ dalam diri yang perlu dicegah, dikuarantin dan kalau boleh dihapus terus. Ia saya kategorikan dalam pemikiran negatif. Jadi, kita semua perlu buang sikap bertangguh kerana ia tidak mendatangkan apa-apa hasil dan menjadikan kita rakyat malaysia yang tidak produktif dalam berkerjaya atau berniaga.
August 2nd, 2006 at 11:56 am
Memang padan dengan muka saya. Rugi sangat bila bertangguh sebab mati Allah tidak tangguh walau sedetik pun. Ape tunggu lagi buat apa yang baik tanpa alasan. Barulah sy nampak rupanya selama ni tak berjaya sebab banyak beri alasan utk sedapkan diri sendiri. Masa yg lepas tak dapat nak ambil balik. Jgn tunggu. Buat saja.
August 2nd, 2006 at 12:11 pm
PROCRASTINATION- ini lah antara musuh utama sya….Tq …
August 2nd, 2006 at 1:34 pm
Asalammualaikum,
Mulai hari ini kita kena tulis setiap alasan yang kita buat. Satu alasan anggaplah sehari suntuk kita telah alami kerugian dan sehari jugalah kita dah tertinggal dari matlamat asal.
Semoga kita takut membuat alasan lagi kerana takut rugi. ( mencari alasan patut kita kira macam kita buat pinjaman masa. Macam mana nak bayar masa? ). Yang lepas tak akan datang semula.
Mari buat duit, jangan buat alasan. Dah ada duit kan mudah tambah amalan dunia & akhirat.
Wallahhu’alam.
August 2nd, 2006 at 6:22 pm
Assalamualaikum.
Waktu mula2 dapat tahu pasal “IRFAN KHAIRI - JUTAWAN INTERNET ” rasanya akhir tahun lepas.
Lepas tu beli buku jutawan internet tu.
Bertangguh, bertangguh, akhirnya dah masuk bulan 8. Cepatnya masa berlalu. Hasil apa pon tarak lagi.
Bila lah nak mula. Rasanya macam lepas baca tip ni pon, 90% masih bertangguh lagi.
- Contohi Sang Helang, pantas menyambar mangsa -
August 2nd, 2006 at 7:02 pm
Jangan tangguh kerja sebaliknya terus berusaha. Anda perlu ingat bahawa purata jangga hayat penduduk di Malaysia adalah 75 tahun
Berapa jamkah anda berusaha untuk mencapai cita-cita anda?
August 3rd, 2006 at 12:41 am
Assalamualaikum.wbt.
penyakit tu ada kat saya (kadang-kadang)
insyallah pasni saya cuba ubah.
syukran dan kengkawan ingat-mengingati kita.
August 3rd, 2006 at 1:09 am
Terima Kasih Irfan
Atas peringatan penting nih. Hmm, saya perlu teruskan usaha patahkan pencuri masa nih. Terima Kasih semua juga
August 3rd, 2006 at 3:57 pm
Patut la aku rasa macam tak cukup masa. Rupanya aku ni suka bertangguh….
October 30th, 2006 at 1:30 pm
Nak elak dari mmenangguh kerja, cubalah tulis diatas sekeping kertas Date line yang ditetapkan besar-besar, hitamkan kemudian senaraikan kerja yang perlu dibereskan sebelum date line tersebut.Tampalkan di tempat yang anada selalu pandang.Pastikan date line tersebut sehari lebih awal.Anda pasti gembira bila kerja anda siap sehari lebih awal dari sepatutnya.
November 9th, 2006 at 12:59 pm
nak lempang si linot tu…jugak..
November 11th, 2006 at 1:23 pm
lama dulu, saya ni memang suka kerja bertangguh. tapi bila saya mendisiplinkan diri supaya sembahyang tepat pada waktu (sebolehnya berjemaah), dengan sentiasa mengingati waktu solat dan bersedia serta berusaha menghindari halangan (halangan terbesar ialah malas). hari ini penyakit bertangguh itu dah berkurangan. any way tks to ….
April 13th, 2007 at 12:15 pm
sy student ipta..
sy selalu tangguhkn keje..
da jd cm hobi lak..
bnyk gak assgment yg di antr last minit..
selalunya, seari 2 sblm submit baru wat..
leh x, dokte bg sedikit nasihat..
tuk ubh tabiat sy ni..(*_*)
December 5th, 2007 at 12:32 pm
betul..betul.Waktu senang,asyik enjoy aja,kerja bertimbun tapi sampai deadline,baru terhegeh-hegeh nak buat.sy sokong s Irfan sebab tiga pekara yang s Irfan sebut itulah yang berlaku pd saye.Anyway thanks for the way
to kick those procrastination attitude!!!!!.
June 9th, 2008 at 3:12 pm
Assalamualaikum semua…
Bab2 tangguh kerja nie kalau dah biasakan diri memang sikap ini akan jadi sebati dalam diri. Tak payah tunding pada orang lain, saya sendiri pun kadang-kadang bagi alasan bermacam-macam untuk tangguh buat sesuatu kerja.
Tapi kalau sesuatu kerja yang kita minat, excited nak siap cepat…. Sikap tangguh2 nie kalau dah lama melekat dalam diri, kita sendiri le yang kena basuh dan cuci sendiri. Tak boleh cepat, slow2 pun ape salahnye. Asalkan kita niat nak buang sikap ini dan berusaha serta bertawakal untuk membuangnya. Jangan sekadar niat je… tak lepas ke mana jugak.. Pe2 pun TQ pada semua… Sama2 lah kita EXCITED kan diri mengubah sikap kepada yang lebih POSITIF..
GOOD LUCK..
August 11th, 2008 at 2:12 pm
Salamz..
Itulah masalah saya sampai ke arini…Semata-mata nak buka Stall Burger…dari minggu ke minggu ,bulan ke bulan tak..bukak2 jugak…deadline dah berapa kali langgar..Barang dan kelengkapan dah beli..duit dah banyak abis..bukannya sikit…Alasannya..mana nak tarik lampu?kat mana nak letak stall?duit bulan ini tak cukuplah,masak tak sedap lagihlah,siapa nak tolonglah,anak siapa nak ambiklah,balik lewatlah,family tak supportlah…itulah alasannya..lagi difikir lagi banyak alasannya..sampai terfikir nak berputus asa.
August 14th, 2008 at 12:17 pm
saya masih ada lagimasah ni… tp… compare dgn dulu lg teruk giler… belajar dari kesilapan….
November 11th, 2008 at 12:53 pm
SOLAT & KERJA la seperti esok kamu akan ‘mati’…
MaL Group Academy
February 22nd, 2012 at 3:18 pm
Sy nk berniaga gerai makanan pd hujung mggu. Tp masih x dpt nk mulakan lg, mcm2 masalah. Masalah yg paling besar ialah x yakin diri. Kawan2 TOLONG sy…please…