Salah satu pakar motivasi favourite saya adalah Anthony Robbins. Kesemua bukunya telah saya baca. Namun, dalam salah satu temuramah bersamanya, soalan yang diajukan kepada Tony Robbins adalah- apakah satu kebolehan yang dipelajari yang paling banyak mengubahkan hidupnya.

Jawabnya adalah “Deligating work” (mengagihkan kerja)

Ketika saya belum mencapai sebarang kejayaan, saya sering terfikir bahawa saya perlu melakukan apa sahaja tugasan dengan sendiri. Bagi saya, sukar untuk memberi orang lain melakukan kerja yang saya lakukan, saya rasa “tidak puas” sekiranya memberi kerja kepada orang lain. Saya akan rasa takut, sekiranya beri kepada orang lain, kerja tidak mencapai standard yang saya inginkan.

Namun kini, saya dapati, dengan mengagihkan kerja-kerja yang kurang penting dan kurang nilai kepada orang lain, saya dapat memberi fokus kepada perkara-perkara yang lebih penting dan memberi nilai yang tinggi- yang orang lain tidak dapat lakukan.

Saya mendapati, pulangan yang saya terima adalah berkali-kali ganda berbanding dengan dahulu kala. Walaupun mungkin kerja yang diagihkan tidak mencapai standard yang saya inginkan, namun, perlu sedikit pengorbanan oleh kerana nilainya adalah tidak begitu tinggi, dan masa saya lebih baik dilaburkan kepada sesuatu yang bernilai tinggi.

Jawapan Anthony Robbins adalah tepat sekali- sekiranya anda berpeluang mengagihkan kerja kepada orang lain, anda patut lakukannya dan ini dapat melipatkali gandakan pulangan anda dengan memberi fokus kepada kerja-kerja yang bernilai tinggi buat diri anda!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Menjadi juara, pulangan berganda
  • Di mana nilai diri anda tertinggi?
  • Goyang kaki - Wang anda berganda 2!
  • Mengurus masa… yang mana hendak didulukan?