Sun 30 Aug 2009
Fokus adalah amat penting kerana kita boleh beri tumpuan 100% tenaga, usaha & kemampuan kita kepada sesuatu keadaan sahaja.
Bayangkan matahari yang terik… tentu la panas kan, kadangkala sampai kita tak tahan dengan kepanasannya…

Bayangkan pula kita mempunyai magnifying glass (kanta pembesar) dan gunakannya untuk menumpukan cahaya matahari kepada satu titik fokus.
Apa yang terjadi?
Fokus tersebut akan membuatkan kepanasan cahaya tersebut berganda sehingga boleh menyebabkan haba & api…
Dengan memberi tumpuan tenaga, usaha dan kemampuan kita pada satu titik fokus, tak kira kerja, perniagaan, atau hidup kita akan berjaya mencapai apa yang dimatlamatkan dengan lebih cepat dan mudah.
Ramai antara kita hilang fokus dalam hidup, itu yang menyebabkan matlamat kita tersasar.
Lepas ni, harapnya kita fikirkan magnifying glass & kesannya apabila fokus… harapan takde lagi kita hilang fokus
Selamat bercuti & menyambut hari kemerdekaan!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


August 30th, 2009 at 1:32 pm
With highly focus everything we can achieve!~
But sometimes there will be alwys disturbance..so how can we ignore it..
hurmmm susah jugak kn nk fokus ni..
:)
August 30th, 2009 at 4:22 pm
betul tu..nk fokus mmg susah tapi hasilnya memuaskan..mcm peniaga seperti sy mmg kena selalu fokus..
August 30th, 2009 at 7:51 pm
Dalam perniagaan kita kena fokus.
Baru lah boleh berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang diceburi…
:)
August 30th, 2009 at 8:40 pm
On the other perspective, Focus means doing it almost everyday.. never let anything be in your way that will distract you from your focus.. think and do something about it until you get the results that you want..
August 30th, 2009 at 10:50 pm
Saya telah mengalami kerugian masa sejak dari 2006 dan mengalami kerugian kewangan sehingga beribu-ribu ringgit kerana tidak fokus dan mengatur perancangan yang bagus.
Setelah tersedar dari mimpi, kini saya mengatur perancangan satu demi satu untuk lebih fokus kepada apa yang saya nak
August 30th, 2009 at 11:57 pm
Macam kita ambil gambar dengan kamera. Mula-mula kena fokus subjek dulu. Kalau tak fokus pada subjek…nanti jadi blur…
Samalah dengan matlamat, mesti fokus…barulah jelas dan tajam…
August 31st, 2009 at 2:20 am
Umpama anda sedang memandu laju, 200 kmj. Jika tidak fokus, pasti anda kemalangan teruk.
August 31st, 2009 at 2:42 am
Speed Adsense,
moga2 dgn perancangan teratur & fokus kita akan berjaya..
August 31st, 2009 at 8:05 am
Salam IK dan rakan2
Lama betul saya tak ke alam cyber, maklumlah fokus kepada biz offline.
Fokus adalah penting dan titik fokus adalah lebih penting. So, fokuskan untuk fokus!
IK, hubungi saya jika ke Johor..
Adios.
www.h2jbiz.com
August 31st, 2009 at 8:19 am
Salam ‘alaik,
TQ di atas ‘remainder’ yang membina ini
August 31st, 2009 at 5:33 pm
Bila fokus, kerja yang kita buat kurang silap. Bila kurang silap cepat lah siap!
August 31st, 2009 at 6:52 pm
mmg betul,everything yang kita buat kenalah fokus, dan yang paling penting berapa banyak usaha yang di letakkan dalam mencapai satu2 target..for me, x cukup dengan 100% but 200%..barulah boleh berjaya ngan cemerlang
August 31st, 2009 at 10:11 pm
saya rasa saya adalah manusia yang paling gagal dalam hidup..dunia dan akhirat terlalu kosong dalam diri saya..apa yang mampu saya fikir tanpa dunia, akhirat tak menjelma..harap jangan ambil pandangan negatif dengan apa yang saya katakan..bagi saya kemiskinan hidup menyebabkan kita lupa untuk akhirat kerena terlalu mengejar dunia sehingga terlupa akhirat..ini berlaku kerena kita tidak mahu terlepas peluang mengejar sedikit kesenangan melalui usaha kita..saya harap ada insan memberi petunjuk jalan bukan sekadar nashiat dan alasan..
September 1st, 2009 at 3:12 am
Ye simple tips but can make a lot of difference. Teringat dulu kata-kata juri semasa program realiti malaysian top host tv3, “anda tak Fokus”
September 1st, 2009 at 9:18 am
Assalamualaikum Entry di atas memang tepat dengan masanya. Kalau tidak ramai rasanya kawan-kawan blogger kita yang terlupa “magnifying glass” masing-masing.
Apakah agaknya fokus kawan2 pada bulan Ramadhan ini?
Apakah agaknya fokus perniagaan online kawan-kawan?
Sebagaimana speed adsense. Saya juga pernah mengalaminya. Alhamdulillah cepat kembali kelandasan “fokus”.
Maka, mulai bulan ini, dan setahun akan datang, saya akan fokus pada perniagaan ini..
http://fathuri.com/?page_id=1040
Terima kasih Dr. kerana singgah di blog saya tempohari. IK juga ada mencadangkan dua buah buku untuk saya baca. Alhamdulillah kedua-dua buku, sudah saya miliki.
Permohonan saya, bilamana IK ada kelapangan jemputlah singgah lagi di blog saya ye. Saya percaya komen2 dari IK secara tidak langsung memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Produk IK ‘101 cara promosi’ yang saya terima pada 5/2/2008 sudah saya baca kembali. Dan akan saya baca berulangkali untuk menjadikan impian perniagaan ini..http://fathuri.com/?page_id=1040
satu realiti.
Salam Kemerdekaan untuk semua peminat blog ini.
Salam ceria dari saya.
Semoga kawan2 pembaca sudah membuat keputusan untuk fokus pada bidang tertentu. InsyaAllah kita sama-sama lihat hasilnya setahun dari sekaran..
Assalamualaikum.
September 1st, 2009 at 9:42 am
assalamualikum semua.
herm..terima kasih IK,saya selalu hilang fokus,ada tak lagi tip macam mana nak wat sesuatu kerja tu secara istiqamah?saya selalu buat banyk kerja dalam satu masa,huhu.bila terbaca artikel di atas baru saya tersedar semuala.anyway,thanks.
September 1st, 2009 at 10:20 am
Salam..
Tq IK.Rasanya dah byk kali saya hilang fokus ni,biasalah bila ada waktu2 kita down,rasa mcm nak buat bisnes lain,mulalah hilang fokus.
Mungkin IK boleh turunkan tips2 mcm mana or apa yg kita perlu buat supaya kita sentiasa fokus?
September 1st, 2009 at 11:52 am
Sometimes it is a real challenge to Focus, especially when you have little toddlers climbing all over you while you work at home.
I’ve hired a nanny recently. It’s a small price to pay for getting some real work done and you’re child is safely entertained in the living room.
In a nutshell, yes, FOCUS is indeed important.
Selamat Berpuasa Irfan and friends!
September 1st, 2009 at 1:02 pm
Fokus memang perlu cuma jangan terlebih fokus sebab nanti boleh hilang fokus…
Bila dah terlalu penat fokus mudah hilang
So.. berilah fokus dengan tenang dan bahagia…
Selamat berpuasa semua
September 1st, 2009 at 1:03 pm
Salam ceria sihat kaya bahagia,
Tq Irfan, saya amat setuju topik ini.
Kebetulan saya sedang memberi tumpuan utk membina satu sistem(program mentor) bagaimana membantu kita supaya mudah dan kekal ‘fokus’ hingga mencapai ‘matlamat’.
September 1st, 2009 at 3:12 pm
Btol tu IK..FOKUS..FOKUS..FOKUS..
September 1st, 2009 at 6:18 pm
simple but tough
benda2 distractive tu rasenye senang je tepis .. insyallah ..everybody can do it
September 2nd, 2009 at 4:48 am
Salam,
Semasa zaman kanak-kanak,saya suka melakukan eksperimen dan antaranya ialah menggunakan kanta pembesar dan fokuskan cahaya matahari kepada kertas hingga terbakar.Pernah juga saya halakan kanta pembesar tersebut ke tangan saya dan hasilnya memang sakit.Malah, saya juga pernah halakan kanta pembesar tersebut pada kucing saya.Tapi,kucing itu tidak terbakar.Kenapa?Sebab ia lari.
Kesimpulannya di sini ialah,kalau kita fakus untuk mencapai sesuatu matlamat.Biarkanlah kita tetapkan matlamat dahulu dan kemudian baru kita fokus.Jika matlamat kita sering berubah-ubah ini akan menyukarkan kita untuk mengfokus.Jadi,ia akan sama seperti cerita saya dengan kucing tadi.
September 2nd, 2009 at 10:34 am
Salam IK,
Jebat, pada saya, untuk dapat fokus dan ia sentiasa istiqamah adalah dengan membuat matlamat yang ditulis dan disusun dan pastikan kita selalu melihat matlamat itu. (meletakkan ia pada tempat yang selalu kita lalu)
Yang bagusnya apa yang kita buat tu kita minat dan suka untuk buat itu lagi cantik…
www.h2jbiz.com
September 3rd, 2009 at 12:00 am
Fokus sesuatu yang amat bernilai sekiranya ia di laksanakan. Ia menjadi satu senjata yang mampu menawan musuhnya.Ia akan membantu dalam mengejar matlamat supaya ia lebih mudah terlaksana.
September 4th, 2009 at 12:37 pm
Salam IK dan semua pembaca,
Bagus tips kali ni. FOKUS memang penting, tanpanya memang susah untuk kita berjaya. Dulu saya pernah baca artikel yang bagus mengenai kuasa Fokus melalui blog usahawan internent terkenal iaitu en Zul Smartusaha..
Fokus, fokus dan fokus..
September 5th, 2009 at 12:49 pm
Bukan senang untuk fokus kerana banyak perkara yang mengganggu kosentrasi dalam perniagaan… pulak tu banyak la pulak program2 perniagaan online @ offline kat pasaran dari hari ke sehari.. fokus sampai dah berjaya.. kalau tidak berjaya barulah tukar pada strategi yang lain pula..
September 5th, 2009 at 6:28 pm
Dulu pun saye selalu hlang fokus.. tapi sekarang da pandai sikit2 untuk fokus dalam satu2 kerja
September 6th, 2009 at 3:13 am
Fokus penting dalam apa jua usaha yang dilakukan kerana segala tumpuan dan skil individu ditumpukan ke arah itu.
Lawan kepada fokus ialah pempelbagaian. Untuk berjaya perlu fokus dan apabila berjaya barulah beralih kepada perkara lain.
September 8th, 2009 at 10:07 am
terlintas utk berhenti keje n fokus niaga.. prospek n marketing da ada.. cuma perlu kembangkan lagi perniagaan tu(famili biz)..ok ke?.. da pnat keje selesaikan mslh org..n kenaikan gaji stahun skali.. tp tgk niaga ni masyuk lak..pendapatan mak sy niaga lg up dr mkn gaji sy.. emmmm cane tuh….
September 8th, 2009 at 12:13 pm
yea fokus amatlah penting. Bila hilang fokus bermakna kita akan buat kerja yang sia-sia sbb kita tak tahu lepas ni nak ke mana.
Ramai org tahu fokus penting tapi adakah mereka benar-benar mengaplikasikannya?
September 14th, 2009 at 12:48 pm
Big Lost in business is LOST FOCUS!
September 20th, 2009 at 7:08 pm
ye kena fokus baru leh maju fokus akan bawa banyak idea
January 6th, 2010 at 9:47 pm
saya nk mintak petua dan tips dari en. irfan..bagaimanakah caranya untuk kite sentiasa terhadap bidang yang kite ceburi..macam perniagaan misalnya?
January 7th, 2010 at 8:43 am
Saya ada 1 soalan yg saya ingin bertanya..apakah tips-tips untuk kita sentiasa fokus? bagaimanakah caranya?