Wed 4 Oct 2006

Cuba bayangkan, apakah impian anda yang paling BESAR, yang anda PASTI anda akan mencapainya dan PASTI tidak akan gagal?
Bagi tahun ini (tinggal 3 bulan sahaja)? Bagi 6 bulan lagi? Bagi 12 bulan yang akan datang?
Untuk hari ini, tanyakan persoalan itu di dalam kepala anda berkali kali. Ketika berehat, ketika break, ketika beratur di bank, ketika di dalam kereta, ketika membeli di pasar Ramadhan dan sebagainya…
Baca kembali soalan di atas dan fahami maksudnya dengan betul. Menurut pakar motivasi, jawapan kepada soalan ini adalah matlamat jangka pendek anda yang paling sempurna.
Apabila telah dapat jawapannya, tulis di atas kertas dan lihat bagaimana minda separuh sedar anda akan berfungsi untuk hari-hari yang akan datang. Kalau nak, tuliskannya di bahagian komen pun boleh untuk dikongsikan kepada rakan-rakan…
ps: tahun ini sahaja saya ada 15 matlamat jangka pendek tertulis untuk perniagan yang belum dilaksanakan. 2 daripadanya akan dilaksanakan hujung bulan ini di UK.
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

October 4th, 2006 at 8:19 am
Impian paling besar tahun ini…melancarkan perniagaan baru. Sudahpun dumulakan, tunggu nak sempurnakan sahaja dalam 3 bulan ni.
Kehidupan tanpa membayangkan impian setiap hari terasa kosong dan kehidupan yang sentiasa dibayangi impian membuatkan kita sentiasa bertindak.
October 4th, 2006 at 10:21 am
Matlamat saya sebelum hujung tahun ini ialah menghadiri seminar internet.
October 4th, 2006 at 10:58 am
Impian saya ialah nak menjadi seorang yang berjaya dan kaya di dalam bidang perniagaan internet ini. Amin…
October 4th, 2006 at 11:41 am
Impian untuk 3 bulan akhir ini adalah untuk memantapkan lagi perniagaan berasas internet sebab dah banyak product di beli termasuk CD Irfan dan sebelum akhir tahun ni di harap dapat up satu web sekurang kurang nya tapi kalau dapat siap dua tu lagi bagus . Serta memantapkan lagi promasi program affiliate yang disertai itu pun juga kira salah satu cabang perniagaan internet jugak tak gitu ker…
October 4th, 2006 at 12:06 pm
Takut juga nak tulis utk public. Takut tak jadi/ tak tercapai. Walau bagaimanapun saya tulis juga… just to ‘think aloud’. Manalah tau ada kesan baik nanti.
Well, sebelum akhir tahun 2006, saya berharap tugasan dan impian ini dapat diselesaikan:
1. 3 projek video.(kini 95%,15%,2%)
2. Satu daripada tulisan saya siap dan sedia untuk diterbitkan.
3. Hadir kursus internet.
1/2 tahun 2007:
1. Siap buku kedua
2. 1 video siap.
3. website (perniagaan)dilancarkan.
Setakat itu dulu.
October 4th, 2006 at 12:23 pm
matlamat sehingga 31 disember 2006, memperolehi income 3 angka pd google adsense dan membina 6 blog.
October 4th, 2006 at 1:07 pm
Matlamat saya untuk 3 bulan ni saya akan meningkatkan jualan sehingga 4 kali ganda jualan saya sekarang dan menghasilkan blog.
Matlamat saya untuk 6 bulan menyiapkan perniagaan internet untuk pasaran antarabangsa pula.
October 4th, 2006 at 1:18 pm
hebat matlamat anda semua
ingin berkongsi juga matlamat saya, tetapi, matlamat saya melibatkan percancangan perniagaan. confidential dalam syarikat sahaja.
insyaallah matlamat saya tahun ini bertujuan untuk memperluaskan lagi kepercayaan orang ramai kepada perniagaan Internet di Malaysia.
salah satunya seperti anda sedia maklum adalah melancarkan buku SOIMR di United Kingdom. Di UK juga, ada satu lagi matlamat untuk Malaysia, tapi terpaksa “biarlah rahsia” lagi…
October 4th, 2006 at 1:51 pm
matlamat saya nak pass keempat-empat subjek yg saya amik sem nih…
October 4th, 2006 at 2:04 pm
Matlamat saya nak bergandigan dgn Irfan sebagai internet marketer tersohor seantero Asia Tenggara dan Dunia boleh ke? Tapi tak pasti, bila boleh tercapai…
October 4th, 2006 at 2:24 pm
Matlamat perlu disusuli dengan tindakan! baru nampak jalan, tapi memang sangat penting untuk kita sediakan matlamt jangka pendek dan panjang.
Matlamat jangka panjang, nak berjaya macam Irfan Khairi. Matlamat sampai hujung bulan ni nak habiskan beberapa buku yang sedang dibaca. Matlamat sampai hujung tahun ni, nak upload website2 yang tengah in-Progress.
Goodluck semua!
Azranzarimin
October 4th, 2006 at 3:11 pm
short term plan…
naikkan lagi jumlah visitor tahun nih…
untuk bulan lepas
Uniq 1stime Returning
308 265 43
guna ‘manual’ skill (bukan klik sendiri tau).. letih siott
bulan nih tgh try ‘auto’ skill pulak
pakai blog nak achieve more returning visitor..
huhu bile nak ada sale nih..
October 4th, 2006 at 5:50 pm
fufu’
Insyaallah matlamat untuk 3 bulan akan datang:
2 laman web perniagaan, tunggu dan support ye!
October 4th, 2006 at 6:48 pm
Impian terbesar..
Resigned dari kerja 9-6 dan buat kerja sendiri esp bab perawatan kecemasan..
Pastu.. buka francais jd tauke dan latih francaisee tentang perlaksanaan tugas..
Pastu.. ehem2 ‘biarlah rahsia’ nanti bagi jelas impian yg di atas dulu.. masih ‘berkabus di pagi hari..’
October 4th, 2006 at 6:52 pm
ermm.. matlamat saya..
1)Nak habiskan sale utk bulan puasa ni..
2)Nak siapkan projek utk market antarabgsa lps bulan puasa ni..
3)Nak kahwin.. eh silap.. nak terus mara dgn pnuh yakin..
Insya-ALLAH..
October 4th, 2006 at 8:55 pm
Hari ini 4 0kt 2006 jam 9:47:54 pagi tadi bermulalah perjalanan matlamat kewangan dan kehidupan aku.
InsyaAllah jadi Jutawan Beriman pada 31 August 2013.
October 5th, 2006 at 8:11 am
matlamat saya ialah untuk pergi ke workshop irfan khairi sebelum akhir tahun ini.. insyaallah..
October 5th, 2006 at 6:12 pm
Matlamat saya dalam jangka masa pendek ialah dapat meningkat kemahiran belajar.Akhir sekali,matlamat saya sebelum akhir tahun ini ialah dapat menghadiri seminar Internet.
ok,sekian…
caucincau…
October 11th, 2006 at 1:04 pm
Matlamat saya untuk menambahkan ilmu saya…meningkatkan skill saya..nak ke seminar .tu antara yang paling penting…
October 31st, 2006 at 12:09 am
Ini langkah pertama, pertama kali bersua, belum ada yang terfikirkan lagi. Cuma ingin terus melangkah dan terus berjaya. InsyaAllah.
12.09 mlm 31.10.2006
September 22nd, 2007 at 10:59 am
sy nak dpt 4 flat sem ni
November 19th, 2007 at 10:03 am
cmne nk mulakan kejya
May 19th, 2009 at 12:06 pm
matlamat aku…. ‘akan menguasai bahasa cina pd hujung 2009 @ sebelum mendiri kan rumah tangga’….
May 19th, 2009 at 12:09 pm
nk turun kan berat badan sbyk 10 kg dlm masa 2 bulan….n berat 45 kg semasa majlis persandingan nnt… 14/02/2010….
August 29th, 2009 at 8:29 pm
matalamat saya ialah berjaya dalam kehidupan dan.saya harap satu hari nanti kan ada seorang lelaki hadir dalam kehidupan saya dan mamahami perasan saya.saya tak kisah sama ada lelaki itu hodoh atau tak janji dia pandai cari duit dan pandai ambil hati keluarga saya..
November 17th, 2009 at 9:03 am
Saya baru belajar untuk berjinak-jinak dengan dunia internet ni.. Teringin nak tau bagaimana nak jana pendapatan sampingan melalui google adsense. Tak pernah menjadi pun. Gagal je. Sebab yang diberikan selalunya sebab bahasa yang saya gunakan tak match dengan syarat-syaratnya. Tapi, saya masih nak cuba gak cari tip-tip yang berkesan untuk maju terus dalam dunia baru ini.
January 3rd, 2010 at 2:25 am
Matlamat saya ialah nak capai matlamat-matlamat pendek supaya dapat capai matlamat panjang.