Fri 1 Aug 2008
So, hari ni kita ambil sedutan startegi dari Mentor Jutawan terakhir (last but not least!), kawan baik & mentor saya, Dr Azman Ching, Jutawan MLM. Rasanya tak perlu lagi pengenalan kepada beliau!
Sejak minggu sudah, memang banyak Mentor Jutawan telahpun dimiliki pembaca. Infact, dalam masa seminggu, lebih 300 ebook telah terjual! Matlamat kami untuk jadikan Mentor Jutawan ebook yang laris di Internet berada pada jalan yang betul
Macam mana pun, ianya masih lagi awal dan kami akan terus promosikan Mentor Jutawan sehingga beribu-ribu terjual supaya lebih ramai tahu “what it takes” dan strategi-strategi untuk menjadi jutawan! So, tak terjebak lah dalam skim-skim cepat kaya di luar sana
Soalan saya kepada Azman Ching adalah mengenai matlamat. Untuk tatapan anda sempena matlamat Mentor Jutawan untuk jadi ebook terlaris di Malaysia!
===================
IK: Apa pentingnya mempunyai matlamat?
Azman Ching: Hari ini kita hidup dalam dunia ni beberapa puluh tahun sahaja dan akhirnya kita akan meninggalkan dunia ini, tetapi manusia meninggal dengan meninggalkan nama. Tapi nama kita boleh ditinggalkan atau diingati oleh keluarga kita. Tetapi yang paling penting adalah apakah matlamat yang kita capai.
Tak kisahlah matlamat kita apa pun samada nak mejadi seorang peguam ataupun doktor, tapi yang paling penting adalah matlamat kita tercapai. Kita boleh tengok yang baru-baru ini, matlamat seorang angkasawan yang telah tercapai untuk sampai ke angkasa. Kita nampak apabila matlamat kita tercapai, itu akan menjadikan kita sebagai manusia menjadi lebih positif dan akan meneruskan perjuangannya dalam kehidupannya.
Bila kita punyai matlamat kecil maka kecillah hasilnya, dan sekiranya kita punyai matlamat yang besar maka besarlah hasilnya.
===================
Suka saya ulangi:
Bila kita punyai matlamat kecil maka kecillah hasilnya, dan sekiranya kita punyai matlamat yang besar maka besarlah hasilnya.
Jadi bagi anda yang bercita-cita ingin keluar dari masalah kewangan, atau menambahkan pendapatan anda, atau mencapai bebas kewangan… atau sehingga ingin menjadi jutawan sekali pun! perlu mempunyai matlamat besar. Matlamat besar bermula dengan langkah yang kecil.
Bagi yang menyertai program affiliate Mentor Jutawan, teruskan usaha anda. Hari ini, kami akan masukkan wang komisyen ke dalam akaun anda bagi mereka yang telah capai jualan minimum! Hebat… ramai yang peroleh komisyen >RM100 dalam masa seminggu! Yang lebih RM200 pun ada juga!
Bagi yang masih rasa susah untuk perolehi komisyen dari Mentor Jutawan, jangan takut. Kerana atas permintaan anda, krew Rahsia Internet sedang menyediakan ebook baru bagaimana untuk mendapat pendapatan yang tinggi melalui program affiliate. Insyaallah akan siap dalam masa seminggu lagi!
Saya akan umumkan di sini bila siap minggu depan!
Selamat bercuti!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


August 1st, 2008 at 10:00 am
Matlamat yang akan membaca kita kehadapan..tanpa matlamat, kita tidak akan ke mana2..
August 1st, 2008 at 11:37 am
Hidup tanpa matlamat umpama umpama kapal dilaut tiada kemudi..Fikir-fikirkanlah…ARB Dagang
August 1st, 2008 at 11:49 am
Robert Kiyosaki ada menyebut tentang having a dream.
Bila kita mempunyai impian,kita mempunyai matlamat.
Matlamat itu yg menjadikan kita insan yg berjaya
http://wordsofsaramsak.blogspot.com
August 1st, 2008 at 11:56 am
Jika kita ingin berjaya, salah satu perkara penting adalah menetapkan matlamat dan batas waktu untuk mencapainya.
Salam Kekayaan,
THINKERICH
www.pemikirkaya.com
August 1st, 2008 at 2:45 pm
Hidup tanpa matlamat adalah sia-sia. Bagus ni IK akan sediakan ebook untuk program affiliate
August 1st, 2008 at 3:54 pm
WOW SIfu…300 pcs dalam masa seminggu?? Very impressived!!
Itulah pentingnya branding kan. People believed in us dan mudahlah produk kita dijual. Tambah pulak ebook Mentor Jutawan yang sememangnya HEBAT!
August 1st, 2008 at 4:41 pm
Huhuhu.. Rahsia Affiliate dari team Ik..
Betul la.. Hidup kita memang memerlukan matlamat .
Sebagai contoh, jika kita tidak mempunyai matlamat untuk berkahwin kita juga tidak akan berusaha keras untuk mencari peneman hidup dan berkahwin. :O
Betul ker?
August 2nd, 2008 at 4:16 am
buku ini semakin hari semakin laris…macam goreng cekodok pisang panas pulak..:D
ni yg teruja ni…..
REGARDS,
-MUZRI a.k.a Muyie -
Kamrie Enterprise
012-6656874/0177295019
August 2nd, 2008 at 11:23 am
Setiap orang kena tetapkan matlamat dan matlamat tersebut mestilah jelas seperti nak punyai kereta idaman, kenalah tahu jenisnya, warnanya, harganya, dan tetapkan jangkamasanya, iaitu bila?
Rgds,
Zul BM
www.asasteguh.com
August 2nd, 2008 at 11:58 am
Kita kena berani berimpian!
Matlamat hidup kena jelas!- even we can visualize it.
Kalau Dato Azman boleh, KITA juga boleh!!
WanZ.
August 2nd, 2008 at 11:27 pm
Salam IK & everybody. Boleh x rekomenkan buku2 yg bagus tentang “How To Sell”. ^_^
Thanx a lot!!
August 2nd, 2008 at 11:31 pm
Tak rugi mendapatkan buku yang dihasilan oleh IK sendiri. Termasuk juga ebook yang termasuk mentor Jutawan. Sememangnya buku tersebut ada value yang tesendiri termasuklah tercari-cari haluan untuk membina prospek untuk menjana pendapatan anda.
Bisnes TDTone
August 3rd, 2008 at 1:23 am
Assalamualaikum!
Saya sebenarnya telah membeli mentor jutawan pada 24.07.2008 lagi tetapi sehingga hari ini saya masih belum menerima ebook tersebut. Macam mana ya?
August 3rd, 2008 at 3:19 pm
Wa….yeke abu. Baguslah kalau cmtu. Maknanya impian anda untuk membina kerjaya dan kredibiliti untuk berjaya dalam perniagaan semakin menjadi realiti dengan mendapatkan produk terbaru IK ini. Cuma, anda kena bersabar sket. Myb permintaan untuk produk ini agak laris dan hangat ketika ini. Sekian.
August 3rd, 2008 at 8:01 pm
Khairul, mentor jutawan sy dah ada, but thanx for recommending ^_^ Cuma maybe secara khusus tentang selling, if ada buku2 yg bagus?
August 4th, 2008 at 12:56 am
salam tuan..
nk tanye la,, URL cmne?
em id sye y cmni ke www.irfankhairi.com/mentor?a_aid=5cb9c981? blakang xleh tuka name ke pe ke?
sye bru nk blaja2 ni xtau sgt, tp nk jdik cm tuan, bleh ke ek?
lgpn da mmg tngh kering gile ni 2 y nk cube sst y leh dpt income
August 12th, 2008 at 2:58 pm
Nordin, yang belakangtu xyah adjust pun xpe. Bagi saya, saya lebih selesa tidak meletakkan nama saya dibelakang. Anda nak tahu kenapa. Saya rasa anda boleh dapatkan jawapannya. Sebenarya saudara, rezeki itu tidak akan bergolek, cuma dalam saudara perlu banyak bersabar jgn terlalu tergesa-gesa tanpa mengabaikan usaha berterusan saudara untuk menjana pendapatan anda dengan terus mempromosikan produk IK. Maaf yerk kalau2 saudara tersinggung.Isyaallah saudara boleh. Amin.
======================================
Bisnes TDTone
August 21st, 2008 at 5:01 pm
how can i be like u
July 19th, 2010 at 1:21 pm
saje nak kongsi…saya pernah dgr statement “anybody can do anything”…jd semua org boleh bvuat tp perlu belajar dan buat ape yg dbelajr…kejayaan x dtg dgn sekelip mata
September 8th, 2010 at 1:01 pm
Matlamat akan memacu kita ke jalan yang betul untuk berjaya..
February 23rd, 2011 at 7:05 pm
Saya sangat2 stuju, tanpa matlamat, kita seperti tiada arah tuju, tetapi seseorang perlu mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapai matlamat masing-masing.