Hari ini saya bersama seorang jutawan muda- Nadhir Abdul Rahman! memang muda… lagi muda dari saya tu! :) Pemilik sebuah syarikat MSC status di Cyberjaya: StarFusion Sdn Bhd.

Hari ni, saya terlupa bawak camera pula ke studio Radio24… tak dapat lah bergambar dengan Nadhir :( jadi, ni gambar daripada newspaper cutting Nadhir ketika memenangi anugerah berprestij “Young Entreprenur Award DPPMS 2006 di Singapore…

nadhir.jpg

Banyak tips yang diberikan oleh Nadhir tadi, terutama dalam bidang ICT. Nadhir seorang yang amat dynamic dan excellent dalam softskills. Satu tip dari Nadhir tadi adalah, dengan SKILL dan EXPERTISE sahaja tidak mencukupi untuk berjaya dalam perniagaan.

Apa yang lebih penting adalah SOFT SKILLS! Terutama dalam bidang ICT.

Cerita yang menarik yang dikongsikan oleh Nadhir tadi adalah, pada awal penglibatannya dalam perniagaan, beliau hanya ada $2,000 sahaja dalam pocket. Dan cara memulakan perniagaan adalan membeli printer second-hand dan cetak sendiri brochure-brochure perniagaan. Kemudian, beliau sendiri menghantar dari rumah ke rumah brochure tersebut!

Tip saya & Nadhir hari ini adalah, untuk menjadi usahawan yang berjaya, pada peringkat awal, tak perlu lah glamer-glamer :)  Roll up your sleeves and get your hands dirty! Anda perlu lakukan leg-work ketika awal penglibatan… habuan anda akan terima di masa hadapan :)

Dulu Nadhir hantar sendiri brochure-brochure yang dicetak sendiri guna printer second hand… kini mempunyai aset berjuta! :) Respect!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Program TV “Menjana Impian”
  • Jutawan siapa?
  • Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi Lim
  • “JUTAWAN!” bersama ikon jutawan: Azizi Ali