Minat & Wang

Semalam ada soalan yang agak menarik yang di tanya oleh salah seorang pengunjung setia Tip Satu Minit:

Dulu I selalu masuk TV and mencari-cari peluang untuk keluar TV sebab saya nak berjaya dan more income!YANG PELIK di sini, you dah BERJAYA, you dah MILLIONAIRE!is there any particular reason you nak masuk TV???!REALLY CURIOUS!!!:) – Razzi Rahman

Good question sebab mungkinΒ ada tertanya, dan saya kira ada a good messege juga yang boleh saya kongsikan. Jadi, ini jawapan saya…

1. Buat apa yang kita tahu
Not a secret, saya memang minat dalam bidang media. Latar belakang pendidikan saya adalah dalam Multimedia ketika di University (Staffordshire, UK)- multimedia bukan IT tau!. Multimedia yang saya belajar adalah dari media percetakan, media bunyi serta media visual, media internet dan juga media penyiaran. Jadi, saya sudah familiar dengan peralatan dan proses sesuatu media.

Juga, pengalaman saya sebagai tetamu di media sejak 2 tahun yang lepas telah menambahkan lagi pengetahuan saya dalam bidang ini.

2. Buat apa yang kita minat
Beberapa bulan lepas ketika penggambaran TemuBual di Astro di mana saya menjadi tetamu jemputan, saya di tanya oleh Amir Mahmood Razak. Sekiranya saya tidak menjadi jutawan, apa yang saya jadi? Susah juga nak jawab, sebab saya tidak pernah fikir.

Sebab tak mahu audience tunggu, saya pun jawab apa yang pertama kali terlintas di fikiran. “Menjadi host seperti Amir lah kut!”. Amir pun jawab, eh… orang semua nak jadi macam dia, dia nak jadi macam kita pula! πŸ™‚

Mungkin juga, daripada temuramah itu pihak Astro mengambil saya untuk sertai Awani!

3. Buat apa yang menggembirakan anda
Apa yang mengembirakan saya? Berkongsi maklumat dengan seberapa ramai yang mungkin. Sebab itu sejak tahun lepas, hampir setiap hari saya menulis di Tip Satu Minit walaupun saya amat sibuk- tetapi, saya masih mencari masa untuk menulis kerana ia menggembirakan saya.

Media penyiaran adalah mass media di mana saya diberi peluang untuk menyampaikan maklumat kepada lebih ramai penonton dengan lebih mudah- hanya didepan camera sahaja boleh mencapai beratus ribu penonton di rumah. Oleh itu, semestinya ia menggembirakan saya!

Tidak kira di dalam blog, atau workshop kecil, ataupun di seminar besar-besaran dengan lebih 800 peserta, menyampaikan ilmu saya yang sedikit ini kepada sesiapa yang sudi mendengar amat mengembirakan saya.

4. Anda akan menjadi seperti idola anda
Juga bukan lagi rahsia beberapa kali akhbar, majalah dan juga TV pernah bertanya saya, siapakah idola saya yang membuatkan saya berusaha ke arah kejayaan ketika-muda-muda dulu? Jawapan saya adalah penghibur & pelakon popular. Saya sering teruja melihat mereka di TV & layar perak melakukan sesuatu yang mereka minat, di samping mendapat pendapatan yang lumayan. They are living a dream!

Di sini ada posting rujukan: “Menjadi Bintang”

5. Menambahkan pendapatan
Sudah tentunya, saya sering menyarankan untuk anda fikir “multiple source of income”. Itulah caranya untuk menambahkan lagi pendapatan dengan cepat. Selain daripada pendapatan secara langsung, ia juga menjadi satu cara promosi perniagaan-perniagaan saya yang lain.

Di sini ada posting rujukan: “Rahsia Aliran Pendapatan Berganda”

Point ini saya letakkan di akhir oleh kerana, secara aturan, di situlah patutnya anda meletakkan “WANG”. Dahulukan dengan MINAT, kemudian, WANG akan menyusuli.

Melakukan apa yang kita tahu, apa yang kita suka dan apa yang kita minat adalah baik. tetapi, ianya adalah satu bonus yang amat besar sekiranya melakukan itu semua sambil mendapat pendapatan!

Nasihat saya adalah, sentiasa lakukan apa yang anda minat. Ia tidak akan menjadi suatu kerja sekiranya anda mempunyai minat yang amat mendalam dalam sesuatu itu. Sebagai tambahan, ia seperti mendapat pendapatan percuma sekiranya kita tidak menganggapnya sebagai kerja!

Cuba anda fikirkan, mengapa ikon multi-billionaire seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Bill Gates, Donald Trump, Michael Dell, Warren Buffett dan semuanya masih lagi bekerja siang dan malam, walaupun mereka mempunyai wang yang amat banyak sehingga mereka sendiri tidak boleh habis membelanjakannya?

ps: Terima kasih kepada soalan Razzi Rahman. Saya juga berpeluang hendak tanya soalan kepada anda. Bagaimana perasaan anda mengendalikan blog http://www.razzirahman.com/Β yang merupakan minat & passion anda? Adakah jawapan anda sama seperti jawapan saya di atas? Saya rasa YA! πŸ™‚

Anda pula bagaimana?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) πŸ˜‰

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

27 thoughts on “Minat & Wang

  1. Tentang minat dan wang., ada pepatah yang mengatakan kita akan berjaya dalam apa jua bidang yang dilakukan jika kita lakukannya dengan perasaan gembira dan minat yang mendalam. Begitu juga bisnes yang dibuat, perlu dari minat atau hobi kita, baru berpeluang untuk berjaya.

  2. Salam
    Sy sudah banyak kali baca tips2 disini, selalu nya akan ketemu perkataan “Minat” sering kali diulang2 di artikel Benar kita tak ke mana kalau tak ada kesungguhan “MINAT DAN PASSION” apa lagi hendak pergi jauh. Kerana ini dengan sendiri mendorong kita go beyond and beyond. Jadi tak heran lah kalau atau sesiapa pun boleh pergi jauh kalau kita sendiri memiliki kesungguhan “M dan P”. Yang kaya raya tu kadang kala bukan lah mereka buat kerena wang tapi kerna “M dan P”. Walaupun WANG memang perlu memang wajid disuruh kaya supaya kita boleh pergi BEYOND AND BEYOND jangan salah gunakkan supaya tak di soal jawab dimana disalurkan. Selagi kita Jujur dan Amanah kita selamat. Semoga kita dilindungi NYA selalu, Amin.
    By the way tak sempat sy komen tips semalam, hendak hilangkan rasa gementar selain positive cuba visualise and imagine perserta selalu gembira menanti kehadiran Kalau tidak kita sendiri juga gementar jumpa Hendak cerita lagi tentu dan Pelawat sudah tahu maksud sy.
    Akhir sy ucapkan ribuan terima kasih atas tips2 yg sangat berguna. Insya-Allah akan singgah lagi. Akhir sekali Selamat Menyambut Ramadhan Yang Mulia. Salam utk Semua.

  3. Memang saya perhatikan yg sgt teruja bila muka keluar dalam tv, majalah, suratkhabar bahkan muka keluar dalam filem pun kongsikan bersama dengan kitaorg disini. hu3

  4. salam

    memang kita mesti melakukan ape yang kita minat. kerana sekiranya kita melakukan ape yang kita tak minat, ia tak akan kekal lame. tetapi bagi saya, minat ni boleh dipupuk. tp mesti kena pada caranya.

  5. Minat memang perlu datang dahulu sebelum wang Misalnya bila kita melakukan sesuatu perniagaan,wang akan datang kemudian selepas kita berjaya berusan dengan pelanggan.
    Jika minat takde sudah tentu kita akan bosan,hilang tumpuan dan akhirnya berhenti sekerat jalan.

  6. minat memang telah terbukti penting…ape2 yang kita buat mesti kena minat..kalau tak minat memang susah skit…tapi ade jugak sesetengah orang yang mulanya tak minat..tapi bila dah menceburkan diri dalam sesuatu bidang, baru minat tu datang dengan sendiri…

  7. betul tu…apa yang di tulis oleh
    yang penting minat,

    bila kita dah minat dengan wang..kita akan cari jalan macam mana nak buat dengan minat kita untuk mendapatkan wang…..:)

  8. Selain dari minat kita perlu kentalkan kepercayaan kepada kebolehan diri sendiri πŸ™‚

    Mungkin perlu dibuat badingan dengan orang lain. Misalnya, katakan pada diri, “kalau orang lain boleh jayakan sesuatu, kenapa aku tidak boleh?, sedangkan aku ada kelebihan dan kekuatan macam orang lain” πŸ˜€

    Tanamkan cita-cita untuk mencapai kejayaan melalui pergerakan dari ‘good’, kepada ‘better’, kepada ‘best’ dan ‘excellent’ πŸ˜‰

    Hisham;
    P2..DotCom Founder
    “Di mana ada MINAT di situ ada WANG” πŸ˜€

  9. Assalamualaikum Irfan & semua…

    Tq di atas tip di atas.

    Sy pun suka menjadi popular dan ingin juga masuk tv mcm Bagaimana caranya?

    Sy juga merasa sungguh gembira jika dpt berkongsi apa yg saya tahu dgn org lain tapi belum dpt idea mcmana nak lakukan didlm blog (sbg permulaan).

    Idola sy Irfan lah, mungkinkah sy juga akan jd jutawan mcm ? Sy akan berusaha utk mencapai cita2 tu, dgn bimbingan juga…:-)

    Tq .

  10. best, best, best!

    Tip yang BEST!

    Hari tu (masa Gerak Usahawan), selepas sahaja habis bagi ceramah, saya nampak sendiri dikejar ~ dikerumuni oleh berpuluh-puluh manusia yang masing2 tak sabar nak dapatkan signature ..

    WOW!! Macam artis laa.. Tak salah kalau saya katakan, artis pun tak dikejar sampai macam tu…hehe πŸ™‚

    p/s: Act, lalu betul2 sebelah saya, tapi sebab dah ramai sangat org berebut2, saya mengalah…Tak pe la, saya dah dapat sign masa workshop..kasi chance pula pd org lain :p

    semoga terus sukses di bidang penyiaran! >>wp skrg dah boleh dikategorikan sebagai selebriti terkenal di Malaysia

  11. Salam kasih sayang,
    Tip yg paling menggembirakan saya. Tq Memang sgt memuaskan dan menggembirakan dpt melakukan perkara yg paling kita minati dan mendapat pendapatan lumayan.
    “Keikhlasan melakukan sesuatu kunci kecemerlangan”.
    Semoga diberkati. Amin…

  12. Yes

    memang MINAT itu adalah penting dan yang utama sekali.

    tapi dalam bidang mencari bisness. Saya rasa suma orang akan kata diorang minat nak buat bisnes. hampir 99% mengatakan YES, memang saya minat. Tapi permasalahannya, sejauh mana minat itu boleh mengatasi aplikasi dan tindakan.

    Itu yang saya tertanya2 sehingga hari ini.

  13. Salam Doc,

    Antara No 1: Buat Apa Yang Kita Tahu dan No 2 : Buat Apa Yang Kita Minat, mana satu priority ?

    Ada orang kata, kene buat apa yang kita tahu (pengetahuan) kemudian minat datang kemudian, ada pula kata buat benda yang kita minat, then kalau minat apa2 pengetahuan pun boleh kita cari ..

    Which one is yours ?

  14. Irfan : “Saya hendak tanya soalan kepada anda. Bagaimana perasaan anda mengendalikan blog http://www.ecerpen.com/ yang merupakan minat & passion anda? Adakah jawapan anda sama seperti jawapan saya di atas? Saya rasa YA!

    YA !…TEPAT SEKALI betullah saya admit, blog saya tu, saya buat adalah kerana saya sangat CINTA DAN MINAT sangat dengan penulisan. Really love MENULIS CERITA. Hinggakan title album pertama saya dulu pun, saya namakan “CERPEN” Sebab itulah sekarang saya berpeluang membuat http://www.ecerpen.com

    πŸ™‚ Boleh tak saya nak bagi pendapat kepada soalan Irwan Dahnil? : Seperti saya kata di blog saya,

    “Daripada menulis mengikut apa yang kita tahu, adalah lebih baik kita menulis mengikut apa yang kita suka, minat or really love doing it!”

    Apabila kita suka sangat, cinta, sayang…kita akan mengambil tahu tentangnya, do the research, belajar mengenainya, cuba mengetahui dan akhirnya, kita lebih tahu tentangnya! πŸ˜‰

  15. salam..

    Saya tertarik utk memberi sedikit komen mengenai ‘tips 1 minit’ kali ni. ‘Minat dan Wang’.. Kerja yg dilakukan berdasarkn minat, wang akan menyusul kemudiannya. Tapi saya teringat akan kata2 sahabat karib saya yg kini belajar di jepun. Saya cube meminta pandangan dia mengenai ape bisnes yg ade dijepun tapi tiada di Malaysia, supaya boleh saya aplikasikan disini. So, dia memberikan beberapa cadangan yg bernas.

    Tapi masalahnye, saya x berapa minat dgn idea bisnes yg dicadangkan. Kerana ianya bukan bidang kegemaran saya. Apa yg dia pesan kat saya.. Minat x penting, yang penting Usaha dan Kesungguhan. Dgn minat, kita x akan kemana tanpa Usaha dan Kesungguhan. Betul gak kan!

    So, ape pandangan Doc.?

  16. Salam kasih sayang,
    ‘Melakukan apa yg kita minat’ dan ‘bisnes’ ia adalah dua perkara berbeza. Minat buat sesuatu blm tentu berjaya dlm perniagaan, Tapi org yg pandai berniaga dia menggunakan pekerja yg ‘minat melakukan kerja itu, contohnya Tuan punya restoran menggaji tukang masak yg sgt ‘minat’ memasak.
    Org yg ‘minat’ memasak kalau ingin berniaga dia perlu belajar ilmu ‘pengurusan perniagaan’ baru blh maju, tak gitu ?
    Semoga diberkati. Amin…

  17. irwan> minat sering menjadi pilihan saya / priority. seperti kata razzi, kalau minat dalam sesuatu, kita akan berusaha untuk mengenali dan mempelajari apa yang kita minat.

    saya tahu & pandai melukis, painting, water color, menulis khat… semua tu sebahagian dari kepakaran saya. tetapi, saya kurang berminat. sebab itu ianya tidak menjadi perniagaan saya πŸ™‚

    hafiz> kalau tak berminat dengan sesuatu idea perniagaan, jangan dilakukan. melainkan anda rasa anda boleh belajar & meminatinya. then, tidak salah mencuba dan belajar untuk minatinya.

  18. , bagi saya, kalu kita buat sesuatu utk wang, sudah pasti kalau kita tak dapat wang itu kita akan kecewa dan putus asa…

    kalau kita buat sesuatu dengan minat, kita tak akan kisah kalau kita buat benda tu walaupun buat benda tu kita tak dapat apa-apa…

    han

  19. Bila minat dah mengatasi segala-galanya, wang dah jadi soal kedua.Sebab tu juga jutawan, hartawan semua masih bekerja siang malam walaupun duit dah terlalu banyak.Mereka masih meneruskannya adalah kerani minat yang mendalam πŸ™‚

  20. assalamualaikum..

    saya setuju minat adalah no.1..and dari situ wang akan menyusul..namun, saya ingin menambah satu lagi elemen penting dalam perniagaan..”NIAT”! saya selalu berkata dengan diri, niat yang baik akan menghasilkan keberkatan yang diredhai Allah..”Minat” akan seiring dgn niat kita..

    usahawan kerjaya pilihan..

  21. minat amat penting dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan, tidak kira berkerja dgn majikan atau pun bekerja sendiri. tanpa minat yang mendalam dalam pekerjaan kita ia hanya akan menjadikan kita bosan dan rasa bekerja dgn terpaksa.

  22. Assalamualaikum dan forumers,

    ada pendapat mengatakan antara minat dan apa yang kita tahu (ilmu), priority nya ilmu,

    bagaimana pula dengan minat dan wang?
    yang mana satu priority nya?

  23. Assalammualaikum..

    Antara Minat, Tahu & Wang, mana satu priority?? Ehm.. Bila kita MINAT, kita mesti la nak TAHU. Bila kita dah TAHU, jadinya kita akan TAHU itu, TAHU ini,tentu la juga kita akan TAHU yang MINAT kita itu boleh mendatangkan WANG! πŸ™‚

    Cam mana!!?? Sekadar pendapat..

  24. Minat & Duit..

    Bagi saya dlm dunia perniagaan kita tak perlu buat apa yg kita MINAT tetapi kita buat apa yg ada demand/market.

    Minat boleh dipupuk. tak semestinya apa yg kita minat itu menghasilkan duit..kebanyakannya kita akan sanggup menghabiskan duit dan masa untuknya.

    kebanyakan org xkan minat sesuati jika tidak mengetahuinya.cthnya jika anda dari kecil xpernah main bowling..tiba2 kawan anda paksa anda main…walaupun anda kata tak reti main, takut. tetapi bila balingan pertama anda strike, kedua strike,…dan seterusnya… adakah anda masih xminat. kesimpulannya minat itu akan datang bila kita mendapat hasil yg baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.