Tue 8 Aug 2006
Saya tertarik salah satu permintaan tip yang diterima pada awal bulan hari tu adalah berkenaan dengan “Subconcious Mind”. Jarang sekali saya menulis artikel berkaitan Minda Separuh Sedar oleh kerana konsepnya agak rumit untuk diceritakan. Namun, bagi mereka yang pernah menyertai Workshop Jutawan Internet tahu bahawa Minda Separuh Sedar memainkan peranan yang penting dalam kejayaan saya.
Minda kita bertindak dalam beberapa “level” antaranya adalah, sedar (seperti anda ketika ini- anda sedar yang anda membaca tip ini) dan separa sedar (Subconcious).
Sekiranya anda bijak menggunakan minda separuh sedar anda, ia merupakan salah satu kunci mencapai kejayaan. Namun, ramai yang tidak tahu tentang “minda separuh sedar” sebenarnya tidak perasan yang mereka juga menggunakan minda separuh sedar.
Sebagai contoh, berkali-kali saya menulis tip untuk anda senaraikan matlamat anda. Mengapa? Ini adalah kerana dengan menulis, matlamat tersebut bukan sahaja akan terlekat pada kertas, malah, ia akan terlekat di minda separuh sedar anda dan memudahkan anda mencari peluang-peluang untuk mencapai matlamat tersebut.
Ingat tak salah satu tip saya pernah tulis adalah untuk anda merancang hari anda pada malam sebelumnya? Mengapa malam? Ini adalah kerana, minda separuh sedar adalah aktif ketika kita tidur (kita tak sedar, tetapi minda sedang aktif). Dengan perancangan yang anda lakukan sebelum tidur, minda akan berfungsi merialisasikan perancangan itu.
Pernah tak anda mempunyai masalah yang anda tidak tahu cara menyelesaikannya? Dan anda duduk terfikir-fikir sebelum tidur…
Apabila bangun pagi, sedar-sedar lampu mentol menyala (bukan lampu terangkan bilik!) Lampu mentol idea menyala… dan secara automatik anda tahu jalan penyelesaian masalah anda.
Itu adalah minda separuh sedar (subconcious mind) sedang berfungsi!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

August 8th, 2006 at 7:35 am
Bsru saya perasan, masalah saya sering selesai ketika bangun dari tidur. Kerana otak berehat ketika tidur tetapi tetap berfikir.
August 8th, 2006 at 7:54 am
bagi saya, conciousness adalah kesedaran ttg pemikiran, perasaan dan tingkah laku kita. Kesemua ini dijana oleh minda sedar. Walaupun setiap orang berbeza, namun, kebolehan untuk bertindak balas terhadap sesuatu merupakan salah satu tanda conciousness.
Marah, cemburu, sedih, geram, gembira etc semuanya dijana oleh minda separa sedar; tanpa kita mahu. Minda separa sedar ini ialah sebahagian dari pengalaman lampau kita. Apa yang kita rasa, buat menjadi asas kepada minda separa sedar ini.
August 8th, 2006 at 8:06 am
Saya terdengar ceramah motivasi daripada Fadilah Kamsah, Minda Separuh Sedar itu sebenarnya adalah Hati, Jadi, untuk kita dapat menggunakan minda separuh sedar kita dengan baik, kenalah bersihkan hati, kerana dari hati yang bersihlah akan terpancar nur(cahaya) dan idea-idea bernas…
August 8th, 2006 at 9:50 am
“Subconcious mind” merupakan salah satu kunci kejayaan seseorang. Sacara lumrahnya setiap gerakan yang kita buat adalah berpunca daripada akal fikiran. Seandainya kita telah menanam dalam fikiran kita untuk mendapat sesuatu benda atau kejayaan , insyallah sesorang itu berupaya mencapainya. Kejayaan ini adalah disokong dengan setiap pergerakan dan fokus fikiran kita untuk mencapai matlamat tersebut.
Begitu juga kepada usahawan 2 yang berjaya. kebanyakkan yang telah berjaya adalah terdiri daripada mereka yang pernah menempuh kegagalan. Dengan pengalaman kegagalan, mereka telah meningkatkan subconcious mind untuk mengandakan kejayaan. Dengan demikian mereka sentiasa berusaha kearah matlamat yang hendak dicapai tanpa mengira halangan di hadapan.
August 8th, 2006 at 10:02 am
Sebelum tidur saya selalu berfikir mengenai sesuatu idea… apa yang menarik kadangkala apa yang saya fikirkan itu terbawa-bawa dalam tidur…
Esok pagi.. bila terjaga.. saya mencatat apa yang saya mimpikan itu dan mencuba untuk melaksanakan idea (ambil yang positif sahaja)
August 8th, 2006 at 10:05 am
1st, terima kasih coz menjadikan tajuk permintaan saya tips pada hari ini..x sangka plak saya menjadi orang pertama yang bg komen..saya tertarik untuk mengetahui tentang SM (subconcious mind)..bile saya ada membaca buku Tuah (Membina Imaginasi Cemerlang)….imaginasi adalah SC..kebanyakan orang yang berjaya banyak menggunakan SC untuk berjaya…..Dr berjaya coz banyak menggunakan SC..+..berfikir di luar kotak….
August 8th, 2006 at 10:20 am
alhamdulillah, memang tunggu2 ttg topik ni(istilah yg diguna oleh Tuah ialah cm dan subcm). kalau ada bengkel mcamana nak manfaatkan subcm ni, rasa2 nak join.
insya’allah bermanfaat
August 8th, 2006 at 10:22 am
minda separa sedar memang patut digunakan untuk menimiginasi kejayaan dlm biz kita
August 8th, 2006 at 10:41 am
Saya mula kenal subconcious mind agak lewat, sebelum ni saya cuma kenal motivasi jer. Tapi saya rasa better late than tak kenal langsung.
Banyak jugak buku pasal subconcious mind yang saya baca macam buku Mark Victor Hansen dgn buku2 HM Tuah. Saya minat nak baca buku Tony Buzan dgn Edward De Bono, tapi masih belum berapa mampu nak beli buku2 karya mereka.
Mungkin Irfan boleh syorkan buku2 yang menarik untuk mengexplore keajaiban subconcious mind.
August 8th, 2006 at 11:07 am
Tak banyak buku yang menceritakan berkenaan dengan minda separuh sedar,kalau ada pun yang pernah saya jumpa adalah satu buku keluaran PTS publication.Setakat yang saya ketahui minda separuh sedar ni merupakan kuasa minda yang terkuat,lebih kuat dari minda sedar,Seseorang yang dapat menguasai minda separuh sedar akan menjadikannya unik dan berkuasa.Sehinggakan ianya mampu berkomunikasi(teleport) dan menguasai minda orang lain.
August 8th, 2006 at 11:15 am
Saya tak berapa pandai sangat tentang Minda Separuh Sedar (MSS?) ni…. tapi saya telah dapat satu cara menggunakannya daripada Irfan sendiri semasa menghadiri worksyop beliau.
Cara tersebut telah saya perturunkan kepada salah seorang staff saya… dan hasilnya amat memuaskan sekali!
Kesimpulannya: MSS adalah satu perkara yang belum diketahui ramai (setahu saya) tetapi amat berkuasa sekali. Kena cuba sendiri, baru dapat tahu kuasanya!
August 8th, 2006 at 2:06 pm
hi semua..
sebenarnya topik hari ini adalah yang saya paling minat sekali! mengenai keajaiban minda separa sedar, saya telah lama belajar dan mengkaji mengenainya..
setelah membaca buku Tuah Iskandar, Membina Imaginasi Cemerlang, saya belajar menggunakan kuasa imaginasi untuk mencapai matlamat saya…saya ikut 100% apa yg disarankan di dalam buku itu dan mengaplikasikannya dalam hidup seharian…
cuba teka apa yang berlaku,keajaiban demi keajaiban berlaku satu persatu dalam hidup saya..semuanya bermula dengan mainan imaginasi..selain itu, saya juga telah belajar menggunakan kuasa niat untuk digembleng bersama kuasa minda separa sedar..banyak artikel yang boleh kita belajar mengenai minda separa sedar, tetapi saya sarankan kawan2 semua baca buku Membina Imaginasi Cemerlang karya Tuah dan Kuasa Minda Separa Sedar keluara alaf21 dalam BM..semua kita patut belajar mennggunakan kuasa minda, gunakannya untuk mencapai apa saja, ya, apa saja impian, matlamat dan cita-cita kita dalam perniagaan atau dalam apa jua…terima kasih atas tip Irfan hari ini..
August 8th, 2006 at 7:20 pm
Minda separa sedar ni memang perlu kita terokai kerana dapat menonjolkan diri kita dari perspektif yang berbeza.Bila terbaca ni terus saya rasa nak teroka lebih lagi mengenainya.
August 8th, 2006 at 7:24 pm
wow hebat ni secara tak langsung menerima idea di pagi hari… nak cuba amalkan tq Irfan.
August 8th, 2006 at 11:13 pm
Sentiasa berfikiran +ve sebab minda separuh sedar terima apa saja pemikiran & kepercayaan kita.
August 9th, 2006 at 12:13 am
Salam sejahtera semua,
Apabila membaca tentang minda separuh sedar, saya teringat satu perkara yang sering kita lakukan dan selalunya kita berada dalam minda separuh sedar.
Tahukah anda apakah ia? Sudah tentu bila kita bersolat. Ramai orang apabila sedang solat sering memikirkan tentang masalah yang dihadapi terutama tentang wang dan akhirnya menyebabkan solatnya kucar-kacir.
Tetapi Allah Maha Kaya dan Pemurah, sedar tak sedar apabila kita selesai solat, kita sering menemui jawapan kepada masalah kita.
Oleh itu jika anda menghadapi masalah, bersolatlah…
August 9th, 2006 at 2:07 am
Bila saya ingin mendapatkan idea melalui minda separuh sedar atau mengaktifkannya..saya akan pergi ke tempat yang tenang seperti air terjun, sungai, padang yang redup dan berangin seterusnya bersantai.
Sehari dalam sebulan, saya akan meninggalkan kerja rutin saya, pergi membeli surat khabar, roti dan air soya sekotak besar dan rilekskan diri serta minda dengan membaca di padang lapang.. sekitar Putrajaya..
August 10th, 2006 at 7:23 pm
Salam,
Saya rasalah, konsep minda separa sedar ni paling lengkap diterangkan oleh Muhammad Amin Al Farabi dalam ebukunya “Jutawan Yang Belum Anda Kenali”.
Konsep yang diterangkan simple, menyeluruh dari segi Islamik , fizik dan rohani.
Buku terbaik dari segala buku motivasi buku-buku tempatan yang pernah saya baca. Malahan ianya percuma
August 12th, 2006 at 10:43 am
Kalau anda nak tahu lebih lanjut….tentang minda separa sedar, saya cadangkan, belilah buku tulisan penulis Muhammad Rozani bin Pawan Chek bertajuk Kuasa Minda Separa Sedar. Dia pakar minda separa sedar , pakar aura dan pakar motivasi. Saya sendiri sudah beberapa kali jumpa dia.
August 12th, 2006 at 10:44 am
Tingkatkan keupayaan minda anda….
August 12th, 2006 at 4:26 pm
Salam,
Minda separa sedar ni berkaitan dengan unsur terhalus atom iaitu nukleas yg mencipta seluruh alam…
Susah saya nak terangkan, dalam buku Muhammad Amin Al Farabi ada terangkan panjang lebar, melingkupi kajian Albert Einstein,Werner Heisenberg hinggalah ke Al Quran….
Saya dah baca buku-buku lain dari barat mahupun tempatan, tetapi tak ada yg diterangkan seperti dalam bukunya.
August 15th, 2006 at 1:49 pm
Saya ada membeli buku tulisan Muhammad Rozani bin Pawan Chek. Buku itu banyak menceritakan kehebatan minda separa sedar seperti Tenaga Dalam, Telekinesis, Keluar astral, telepati, reiki, perubatan prana dan lain-lain lagi. Penulis ini amat hebat kerana tulisannya tiada terdapat pada penulis lain. Saya amalkan baru 40% TAPI HASILNYA, HEBAT SEKALI. Buku penerbitan PTS. Saya teringin nak berjumpa dengan penulis tersebut. Dengar katanya, beliau pakar makhluk halus dan pakar motivasi….
August 31st, 2006 at 12:01 am
sebenarnya, sy masih blum paham ape itu minda separa sedar…ada sesiapa bole bantu saya?
December 1st, 2006 at 12:36 pm
assalamualaikum.. sbenarnya saya still blurr about subconcious mind. but i’m interested to know about it n i planned to take diz for my thesis. i’m mara junior science college student.. will u help me? bagaimana subconcious mind boleh berlaku dan mempengaruhi kehidupan kita?
January 26th, 2007 at 3:23 pm
Sebenarnya minda separuh sedar ini adalah seperti “ice berg” ianya amat besar sekali terapung didalam air. Terdapat bahagian kecil yang timbul di permukaan air manakala bahagian yang besar pula adalah berada di dalam air. Otak kita hanya mengunakan pada bahagian yang sedikit ini sahaja, malahan pada bahagian yang besar masih banyak yang belum di terokai lagi. Itu lah kefahaman saya tentang minda separuh sedar ini. Sekiranya kita mengaktifka bahagian yang besar ini, maka ianya boleh merubahkan hidup kita.
March 20th, 2007 at 2:50 pm
Minda adalah satu anugerah Pencipta yang amat besar, kita boleh fikir apa sahaja tanpa sebarang sekatan. Oleh itu gunakan minda semaksima mungkin. Minda separa sedar merupakan sebahagian besar dari minda kita yang amat jarang digunakan kecuali sebahagian kecil sahaja. Penerokaan minda separa sedar akan banyak memberi kebaikkan kepada kita untuk kejayaan hidup… sesuatu yang amat perlu diterokai dan amat menarik…mesti belajar dan mencuba
March 24th, 2007 at 12:46 pm
Tahniah kepada Sdr Irfan Khairi menggalakan orang ramai memanfaatkan minda separa sedar.
Moga-moga sumbangan anda menadapat pahala di akhirat nanti. Hakikatnya, Minda sedar membicarakan tentang APA seperti apa yang difikirkan, dan minda separa sedar membicarakan BAGAIMANA seperti lahirnya idea-idea kreatif selepas bangun tidur atau semasa minda alfa atau semasa bersantai di halaman rumah.
April 18th, 2007 at 12:01 pm
Kuasa minda tak semestinya mempunyai kebolehan seperti telekinesis, hypnosis, telepati. Seseorang yang berani menghadapi cabaran pun sebenarnya telah menggunakan minda mereka dengan baik.. Contohnye doktor, mereka menggunakan kelebihan minda untuk menghafal formula-2 perubatan dan teknik pembedahan…
April 22nd, 2007 at 1:21 am
Assalamualaikum
Minda Separa Sedar.
Kuasa nya amat bagus!
Saya mendapat hadiah buku daripada seseorang dengan mengamalkan teknik ini.
Itu pun cara main-main.
Kalau saya betul2 fokus pada minda separa sedar saya, tentu saya dapat kecapi lebih.
Tapi dengan syarat, mesti di iringi usaha lah:)
Thanks
Dik Mal.
AMpang, Selangor
http://norakmal.blogspot.com
May 30th, 2007 at 7:24 pm
Tahniah saya ucapkan kepada saudara Irfan Khairi yang sememangnya terkenal sebagai JUTAWAN INTERNET di usia yang muda. Teruskan menulis untuk memperkayakan khazanah ilmu kepada masyarakat.
January 12th, 2008 at 9:08 pm
saya memang amat percaya akan kuasa separuh sedar ini.. kerana saya banyak berubah gaya hidup saya apabila saya mengamalkan ilmu separuh sedar ini. saya pelajari pd sebuah buku pd pensyarah saya.. saya sekarang semakin yakin,ceria dan semangat dalam menghadapi segala urusn kehidupan ini… jika sesiapa mengamalkannya.. jadi saya shorkan teruskan….! syabas kepada yang berjaya…!
September 18th, 2008 at 11:07 pm
pada pendapat saya ,,jika kita mahir menggunakan minda bawah sedar,,bukan ketika tidur saje,,kita boleh menyelesaikan masalah,,tetapi,,jika kita jaga pun kita boleh menguasai dan merasa apa yang kita rasa ketika menyelesaikan masalah ketika tidur,,,,kita juga boleh merasai boleh merasai seseorang itu berniat baik ataupun buruk kepada kita,,contohnya,,jika kita tanya anak kita,,penahtak kamu mencuri,,,tentu dia cakap tidak pernah,,,tetapi dalam hatinya ada menyatakan
dia pernah mencuri,,,Insya Allah dengan ilmu minda ,kita boleh merasai dan nampak dengan hati kita tentang penipuan anak kita…
amir waffi
www.rahsiakuasaminda.com
October 23rd, 2008 at 12:46 pm
salam…..
saya sebenarnya berminat tentang Minda Separuh Sedar (MSS). saya pernah terbaca jika kita dapat menggunakan MSS 15% sahaja dah kira bijak mengalahkan Bill Gath.
Saban hari kita mendengar adanya wujud ilmu-ilmu baru yang tak pernah sebelum ini ujud, sebenarnya ilmu tersebut adalah hasil aplikasi MSS untuk mendapatkan sesuatu yang baru.
Sebenarnya dalam diri setiap manusia telah ditiupkan oleh Allah 99sifatnya. buktinya, ada sesiapa tak di dunia ini yang tidak ada sifat Pemurah?(Sifat Allah AR-Rahaman) dan penyayang? (Sifat Allah AR-Rahim)serta ingin berjaya (Sifat Allah AR-Raqiib)
Jadi jika kita nak aplikasi MSS ni, cuma hayati sahaja 99 sifat yang telah ditiupkan dan diamanahkan kepada kita. InsyaAllah….
June 20th, 2009 at 3:07 pm
camne nak praktikkan minda separa sedar nieee!tolong bantu…
November 20th, 2009 at 1:52 pm
subcm is the most powerful..masih ramai yg tak sedar utk mengaplikasikan kuasa minda ini.kuasa ini mampu menghidupkan ’sixtsense’ yang terdapat dalam setiap idividu cuma beza sama ada kita menyedari n ada langkah utk menggerakkannya atau pun tidak..
90% dari kuasa yang kita miliki bergantung pada kehebatan kuasa separa minda ini.sebab tu banyak org yg bijak selalu stress n akhirnya bunuh diri n etc.sebab diorang ada intelligence yg dijana oleh concious mind tapi x dapat kawal utk memperhebatkan kuasa subconcious mind bagi menguasai keseluruh cabaran yang dihadapi secara tenang.ini bergantung tepat pada subconcious mind.
AYUH!! PELAJARI DAN DALAMI ILMU MAGHRIFATULLAH INI!!
January 2nd, 2010 at 11:06 am
terima kasih saudara irfan tntng info yg menarik dn hebat nie…saya juga baru brjinak2 dg penggunaan minda separa sedar nie…mula2 buku yg saya baca adalah tulisn dr hm tuah membina imaginasi cemerlang..memng menarik…klu ada kwn2 yg bleh suggest smada buku atau teknik untuk dipelajari sila emailkn pada sy ke affandimajid@gmail.com tQ.