Minggu ini kita buat sesi Soal & Jawab (Q & A). Kiranya, saya buka ruangan minggu ini untuk menjawab apa sahaja soalan anda (yang terpilih kalau banyak sangat). Soalan-soalan berkaitan:

  • Kejayaan/Motivasi
  • Perniagaan
  • Perniagaan Internet

Syarat-syarat:

  1. Seorang boleh tanya satu soalan sahaja. Ini untuk membolehkan anda fikir masak-masak soalan yang ingin di tanya untuk mendapat soalan yang terbaik.
  2. Sebaiknya, biarlah soalan mencabar sedikit. Soalan seperti “Bagaimana hendak submit laman web ke search engine?” atau “Bagaimana caranya mencipta ebook?” kiranya tidak mencabar oleh kerana ditempat-tempat lain pun boleh mendapat jawapan ini.Soalan yang mencabar seperti “Bagaimana Irfan Khairi sering mendapat jemputan media?” ini kira mencabar oleh kerana ramai yang tak tahu dan ingin tahu (tapi soalan ni tak boleh tanya sebab saya yang beri idea- nak tahu kena datang Workshop Jutawan Internet atau Internet Millionaires Workshop :) )
  3. Sebaiknya, soalan tidak terlalu general (umum) seperti “Bagaimana caranya untuk menjadi seorang yang berjaya?”

Sebenarnya, ada juga tip hari ini. Iaitu, dalam mempelajari sesuatu dengan bertanya (pada sesiapa sahaja), kualiti soalan akan menentukan kualiti jawapan. Memang digalakkan untuk bertanya, namun, pertanyaan yang bernas, akan mendapat jawapan yang bernas!

Anggap ini sebagai latihan untuk anda mencipta soalan yang bernas. So, apa lagi… ruang dibuka untuk soalan-soalan ;) Mulai esok, saya akan beri jawapan.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • IK @ Nescafe Kickstart Season 4 - final
  • Soal Jawab Mudah Perniagaan Internet
  • Apa yang memotivasikan anda?
  • Semua orang di dunia seperti anda