Minta tolong lakukan sesuatu…

Bukan saya nak minta tolong anda, cuma nak beri tip bagaimana sekiranya anda ingin meminta bantuan orang 🙂

Sekiranya anda ingin meminta bantuan orang lain untuk melakukan sesuatu, caranya bukanlah dengan menyuruh mereka untuk lakukannya. Tetapi, menurutpakar psikologi, Les Giblin, caranya adalah…

Dengan meminta bantuan mereka untuk fikirkan bagaimana hendak melakukan sesuatu itu

Menurut Giblin, dengan bertanya idea daripada mereka, mereka akan rasa dihargai dari segi minda (untuk fikir) dan juga usaha (untuk melakukan sesuatu). Mereka akan rasa lebih bermotivasi untuk menggunakan kepintaran mereka. Quote daripada Winston Churchill juga berbunyi:

Let a person know you think they can do something, and they will!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

31 thoughts on “Minta tolong lakukan sesuatu…

  1. IDEA lebih mahal dari usaha gerakan. Tapi IDEA lebih mudah diberikan dari pergerakan. Jika minta satu kemungkinan 10 yang keluar. Kerana itu kita lebih suka orang panggil kita bijak dan pintar dari digelar orang yang gagah. Bila kita minta IDEA dari seseorang, dia akan terasa hebat dengan kepintarannya kerana dihargai orang dan akan menghasilkan IDEA yang lebih bernas untuk anda.

  2. Ya,ya..yahoo..Akak baru saja reka satu lagi blog khas untuk TASKA. Dan kali ni akak minta bantuan dari Pengusaha TASKA untuk emailkan detail mengenai TASKA mereka bagi tujuan diterbitkan diblog tersebut. Alhamdulillah dah ada yang berminat dan InsyaAllah tak lama lagi akan akak postkan di blog tersebut. Ianya adalah percuma.., sebab ada yang hantar email bertanya TASKA yang ada ditempat mereka. So, harapnya blog ni dapat membantu mereka. Thanks IK.. 🙂

  3. Jika kita perhatikan, golongan yang profesional memang menggunakan cara seperti ini.

    Mereka bertanya dan meminta pendapat daripada seseorang itu jika mereka inginkan bantuan dari segi idea, perkhidmatan mahupun ilmu.

    Dengan cara ini, orang yang diminta akan memberikan sesuatu dengan lebih ikhlas dan telus. Jadi, yang meminta pun akan mendapat sesuatu yang amat berharga! 🙂

  4. Nak minta tolong ni memang susah…. macam-macam rasa ada, rasa malu ada, rasa takut ada dan pelbagai rasa ada. Lepas tu bila permintaan TAK tertunai rasa frust pulak. Betul cakap IK, kalo minta tolong fikirkan tidaklah membebankan sangat si pemikir tu untuk tolong TAPI kalo tak nak tolong jugak tu memang ada masalah hati lah tu… tak nak pahala ke apa?

  5. wow…bagus idea ni….
    saya akan cuba praktikkan…selama ni saya segan nak minta tolong..hihi

  6. salam semua,

    kalau kita harapkan bantuan orang lain:

    1.Orang Dikenali
    -pastinya mudah kerana mungkin dia sudah mengenali/memahami tentang diri kita.apa saja bantuan yang diharapkan pasti dapat diberikan melainkan jika kita sendiri pernah buat ‘busuk’.

    2.Orang Tidak Dikenali
    -Sapaan yang baik,perbualan mesra akan menghasilkan hubungan jiwa kepada orang lain.secara emosinya seseorang itu akan tertarik hatinya untuk membantu(ayat power).cuma bergantung kepada bantuan apa yang kita minta.

    itu pendapt sayala..

  7. betul.. betul.. betul.. secara psikologinya orang yang menolong itu tak rasa macam diarahkan.. disuruh.. tetapi rasa macam superman.. dan super hero lain..

  8. Satu lagi tip yang penting. Jangan terlalu memaksa mereka menhulurkan bantuan secepat mungkin kerana mungkin semasa itu mereka sedang sibuk dengan kerja lain.

  9. Salam Bro IK..

    Memang betul skali jika kita meminta pertolongan daripada orang lain, Kita akan dapat menjimat masa daripada berfikir terlalu lama jika sesuatu itu tidak dapat diselesaikan

  10. Assalamualaikum!

    Meminta bantuan, berfikir dan melakukan yang tersebut di atas adalah sifat dan fitrah manusia. Manusia hidup saling perlu memerlukan. Bukan sahaja sesama manusia malah manusia amat perlu kepada isi alam ini. Isi alam ini pula telah ditundukkan kepada manusia semasa penciptaan Nabi Adam (a.s) di mana semua diminta sujud padanya. Yang ingkar hanya iblis.
    (Ini lambang kemuliaan dan ketinggian insan berbanding makhluk lain – ini satu motivasi)

    Minta tolong melibatkan 2 pihak. Yang meminta dan yang diminta. Lihat di mana kita berada. Keputusannya pasti berbeza-beza. Namun jika diikut Rasulullah, beliau adalah seorang yang tidak suka menghampakan jika orang meminta darinya. Terutama jika yang meminta itu memang yang teramat lemah dan tidak berdaya. Ada frasa yang menyebut “Kasihilah sahabatmu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri”.

    Bagi yang meminta pula, kenalah fikir-fikirkan apa yang diminta. Perlu diingat bahawa minta sesama manusia itu hanyalah perantara untuk sampainya maksud atau hajat kita tu. Apakah kita akan ditolong atau tidak atau setakat mana akan ditolong bukan hak kita menetapkannya. Selebihnya, mintalah terus pada Allah. Tanpa hijab/tabir atau tirai. Allah teramat suka dengar suara hambanya meminta. Mintalah (apa-apa hajat yang baik tu) dalam solat diwaktu sujud yang afdal dan dalam doa. Jika diizin Allah dan disampaikan hajat kita, kita pasti merasa seolah kita dapat menakluk dunia.

    Wassalam.

  11. Salam!

    Ingin saya betulkan dan menambah ayat terakhir saya sebelum ni.

    Allah PASTI kabulkan permintaan hambanya kerana dia Maha Pengasih dan Penyayang. Tapi sekali lagi bila, bagaimana dan di mana hanya hakNya. Kita cuma perlu minta, minta dan terus meminta di samping secara fizikalnya pula usaha, usaha dan terus usaha!

  12. Rezeki daripada Allah dan Dialah yang mengurniakan rezeki kepada hambanya dan yakinlah agar kita terselamat. Adalah sungguh mudah bersihkan hati dan Bacalah Terjemahan AL-Quran agar kamu mendapat Fadilatnya kerana semua kehidupan ini tercatat didalamnya dan janganlah kamu leka. Belilah Terjemahan AL-Quran dan fahami semua ayatnya kamu akan jumpa apa yang dikatakan kehidupan yang sebenarnya Semuanya Kepunyaan ALLAH.Apa yang ada pada manusia hanyalah setitik air dilautan dan ilmu ALLAH itu seluas lautan. Alfatihah Ayat 4 – Hanya engkau(ALLah)yang kami sembah dan hanya kepada Enkaulah kami Mohon pertolongan.

  13. Saudara IK Insyallah website saya akan dilancarkan minggu depan http://www.phonesolution2u.com nanti bila comfirm dah lunching saya contact Azran.ni dalam proses persiapan terakhir.SAya join krusus ik pada 21/03/09 kat KB.
    Banyak ilmu yg saya dpt dlm krusus saudara.
    Bayarhampir rm1000 ribu rasa macam dapat free je.

  14. Kebiasaanya kalau kita lihat..kita kalau nak minta tolong mesti secara praktikal..

    not teori..
    kalau nk mnta macam teori..mmesti ayat dia macam nie..

    “mat, minta sket idea ko nie..aku blurr”..

    lebey kurang macam tu la..

  15. Betul tu. Manusia tidak sukakan arahan. Mereka ingin dihargai dan merasakan penting. Jika kita mampu membuat mereka merasakan mereka penting, kita mampu mempengaruhi mereka.

  16. Salam semua!

    Hehehe 🙂

    Saya selalu buat camtu pada IK… Betul tak IK? 🙂

    Orang yang ikhlas tu pahalanya besar tau… Dan rezeki semakin mencurah-curah… So, takkan rugi untuk memberi walau sebarang Idea pon… 🙂

    http://www.glowglokal.com/blog

  17. I agree. Setiap kelakuan dan tindakan yang kita laksanakan itu kenalah dengan penuh hikmah dan beretika.

    Kalau nak minta sesuatu kepada seseorang, kenalah dengan cara dan etika yang betul. InsyaAllah hasilnya baik dan menggembirakan kita. 🙂

  18. yer betul,, ini satu pendekatan yang berbeza,, tapi kenapa lah saya tak terpikirkan cara ni,,, nampaknya IK telah membuka minda saya kepada satu cara yang akan memudahkan kerja

  19. Salam IK,Setuju sgt dgn cara tu sebab ada masanya kita tak dapat berfikir semua benda sendiri lebih2 lagi bila buat keputusan.Untuk buka perniagaan saya praktikkan cara ini.

  20. sememangnya fitrah manusia itu suka kepada orang yang memberikan perhatian kepadanya. sebab itu jika dalam bidang jualan pun, subjek yang paling digemari oleh seseorang untuk dibualkan ialah diri mereka sendiri!

  21. Kadang2 kita secara suka rela beri pendapat, terutama skli kalau kita tau mereka ada kesilapan,yg kita tahu dan ingin perbaiki.Masalah juga kalau mereka anggap kita tunjuk pandai.So..nasib lah kan kalau nyombong gitu….

  22. Salam IK

    Adat dlm meminta tolong.. Tidak pantas kalau kelihatan seperti mengarah atau terpaksa kena tolong.

    Namun hidup tak boleh bersendirian.. suatu waktu pasti perlukan bantuan. Berhemahlah dlm memohon sesuatu..

  23. ibu mertua saya pembuat keropok ikan scr kecil-kecilan.saya ingin membantunya dlm urusan pemasaran,tp saya x tau nk mula dr mane.adakah patut saya bina satu laman web utk saya pasarkan produk tersebut?tp saya risau akan kosnye.bolehkah ik bantu saya dlm masalah ini?

  24. pendapat saya,jika kita menyuruh orang baik terus menyuruh tetapi secara lembut dan berhemah berbanding berkongsi idea untuk melakukan sesuatu pekerjaan.Ini kerana jika diberi peluang berkongsi idea,pekerja yg disuruh akan merasa bangga diri jika sesuatu kerja berhasil dan kemudiannya meminta2 sesuatu contohnya gaji lebih..kerana telah diberi ruang untuk memberi idea.

Leave a Reply

Your email address will not be published.