Ada juga yang email kami susulan TipSatu Minit hari Jumaat baru ni, bertanyakan, “Siapakah celebrity yang datang ke NizalTalk! tu?”

cat.jpgYang dimaksudkan adalah, pelakon drama yang tidak asing lagi, Catriona Ross. Kalau siapa yang minat drama-drama Melayu, sudah tentu kenalinya melalui drama seperti Mek Salmah Dari Scotland dan drama bersiri Sephia. Juga, bekas pengacara Wayang Kita di Astro.

Sebagai tambahan, juga turut hadir Ahmad Fadzli Yusof, penulis buku 55 Petua Orang Berjaya bersama Dato’ Dr Fadzilah Kamsah. Juga penulis siri buku kejayaan pelajar, Resepi Kejayaan. Ahmad Fadzli juga merupakan pengacara rancangan Al-Bayan terbitan JAKIM di TV2. Bagi saya celebrity juga ni :)

Sebenarnya di sini, menunjukkan contoh yang amat baik bagaimana pakar juga, menambahkan ilmu. Catriona Ross & Ahmad Fadzli keduanya sudah mahir berkomunikasi. Mana taknya, keduanya pernah jadi host rancangan TV. Namun, masih tidak melepaskan peluang untuk pelajari dari Nizal tentang komunikasi. Sesuatu yang perlu dicontohi.

Bagi peserta-peserta NizalTalk, terima kasih kerana memeriahkan NizalTalk! moga dapat manfaat daripada ilmu yang disampaikan Nizal.

Kalau pakar pun belajar dari pakar, yang belum pakar bagaimana pula? ;)

ps: Catriona Ross juga akan terlibat dalam perniagaan Internet tidak lama lagi. Buat masa ini, beliau baru mulakan blog sendiri di http://www.KunciCinta.com/blog . KunciCinta.com adalah perniagaan Internet terbaru Razzi Rahman (bekas celebrity) *coming soon*!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Tidak pakar, tak mengapa!
  • Irfan Khairi & Perniagaan Internet
  • Baca… jangan tak baca
  • Pakar-pakar dalam membuat keputusan