Pernahkah anda dalam keadaan perlu membuat keputusan? Mungkin dalam perniagaan, kewaangan atau kehidupan seharian. Namun, anda menghadapi jalan buntu apabila ingin melakukan keputusan tersebut…

Sering kali ini terjadi kepada saya :)

Terdapat satu teknik membuat keputusan yang ditunjukkan di dalam buku classic “Think & Grow Rich” tulisan Napolean Hill. Ramai orang yang berjaya termasuk Henry Ford, J Paul Getty dan Abraham Lincoln (semua orang lama-lama sebab buku classic) menggunakan cara ini. Saya sendiri juga menggunakan cara ini.

Caranya adalah untuk anda bayangkan anda mempunyai sekumpulan pembuat keputusan. Kumpulan tersebut terdiri daripada idola anda atau pakar- pakar industri masing-masing.

Bayangkan ketika anda buntu membuat keputusan, anda merujuk kepada kumpulan “imaginasi” anda. Anda boleh meletakkan sesiapa sahaja anda inginkan di dalam kumpulan anda.

Mungkin anda boleh bertanya…

  • “Sekiranya Bill Gates ingin mencipta produk baru,produk berkonsep apa yang akan diciptakan?”
  • “Sekiranya Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai wang sebegini, di mana beliau akan menyumbang kepada masyarakat?”
  • “Sekiranya Jamie Oliver diberi peluang memulakan rancangan TV baru, bagaimanakah konsepnya?”

Siapa teka bahawa soalan-soalan di atas adalah soalan yang saya tanya, memang betul pun :)

Yang bestnya, cara ini amat efektif! Ia membantu kita membuat keputusan dengan lebih tepat.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Membuat keputusan yang salah?
  • Siapakah “mastermind” group anda?
  • Buat Keputusan Hari Ini!
  • Tidak pakar, tak mengapa!