Semalam saya ditemuramah oleh Saudara Ahmad Fadzli Yusuf untuk buku terbarunya akan datang. Ahmad Fadzli adalah penulis buku “55 Petua Orang Berjaya” bersama Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.

Soalan dalam temuramahnya untuk saya adalah, sekiranya ada 3 elemen dalam menentukan kejayaan saya, apakahnya?

Susah juga hendak difikirkan oleh kerana perlu beri 3 sahaja… sedangkan, memang banyak elemen-elemen kejayaan yang perlu ada. Setelah difikirkan, maka 3 jawapan saya adalah:

  1. Passion… minat yang amat sangat
  2. Skill… boleh ditimba dan dipelajari dengan ilmu
  3. Hard work… persistence & berdisiplin

Simple & straight forward. Tetapi, selalunya yang simple & straight forward yang memberi pulangan lumayan kepada kita. Yang simple & straight forward juga yang selalu ramai tidak lakukan (pembaca tip satu minit sudah pasti lakukannya! :) ).

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Rakan joint venture (JV) yang berbeza
  • Passion is more important than brains & talent
  • Skill yang akan mengubahkan hidup anda - Public Speaking!
  • Luck atau Hard work?