Perlu bijak untuk jadi jutawan

Hari ini saya pula tanya anda soalan…

Perlukah anda menjadi seorang yang bijak/smart/inteligent untuk menjadi seorang jutawan?

  • Jika jawapan anda “YA” … megapa?
  • Jika jawapan anda “TIDAK” … mengapa?

Sertakan contoh sekali 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

37 thoughts on “Perlu bijak untuk jadi jutawan

  1. yes…kita kena jadi bijak.
    sebab yang jadi jutawan semua bijak walau pun sekolah tak tinggi…. bagi saya otak yang bergeliga menjadi keutamaan sebab tanpa otak yang bergeliga amat susah untuk menjadi jutawan.Bijak di sini bukan bermaksud di sekolah spm dia kena dapat 10A atau di universiti kena pointer 4.0…tapi bagi saya istilah bijak tu bermaksud bijak membaca dan menganbil peluang.BIJAK macam ni lah yang bakal melahirkan jutawan.

  2. Soalan yg menarik 🙂

    Jawapan saya, untuk menjadi seorang Jutawan, kita tidak perlu bijak secara akademik..
    Tetapi, harus bijak mengawal kewangan dan melaburkan wang.

    Walaupun saya bukan Jutawan lagi, tetapi, berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan usahawan yg berjaya menjadi Jutawan bermula memiliki mindset seorang Jutawan.

  3. YA.. MINDSET SEORANG JUTAWAN BAGAIKAN KUDA LIAR, DIA AKAN TERTEKAN KALAU TUBUHNYA BERADA DI KANDANG LEMBU..
    DAN BIJAK MENGATUR ‘STRATEGI’ PERNIAGAAN..
    TAKTIK DAN TEKNIK.. DALAM BANYAK2 PRODUK YANG SAMA, KENA SERLAHKAN PERBEZAAN..

  4. Pada pendapat saya, Ya.. Untuk menjadi Seorang jutawan, anda perlu bijak..

    Saya setuju dgn Chee Kui, harus bijak kwal kewangan dan melaburkan wang..

    Tp yang paling penting sekali ialah bijak mengambil peluang.. 😉

    Contohnya mcm Irfan sendiri.. Selain buat bisnes, anjurkan workshop, juga terima macam2 tawaran cthnya jemputan stesen televisyen dan sebagainya.. ini menunjukkan bahawa utk jd seorg jutawan kena tahu mengambil peluang yg terhidang didepan mata..

    Hanya secebis pandangan..

  5. jawapannya adalah ya

    untuk menjadi jutawan bukannya senang.tetapi sekiranya keinginan kita untuk menjadi jutawan
    akan membuatkan kita mempunyai matlamat dan target, sekiranya kita tak tahu menguruskan kewangan, bila matlamat kita untuk menjadi jutawan, kita akan belajar mcm mana untuk bijak menguruskan kewangan.

    yang penting mind set kita di mana berserta dengan usaha yang gigih untuk mencapai matlamat kita

  6. saya setuju dengan pendapat chee kui..
    jutawan perlu bijak tapi tak semestinya ada kelayakan akademik..
    cam Boon Siew .. bagaimana seorang yang buta huruf mampu menjadi jutawan pengedar motosikal yang berjaya…
    lihat bagaimana beliau merebut peluang itu…
    mesti kena bijakkan.. kalau tak bijak mana dia nampak prospek pengedaran motosikal dalam tahun dulu2… (tak ingat tahun berapa 60-70 an kot)

  7. ya saya setuju kita kena BIJAK utk jadi jutawan

    ukuran BIJAK bukanlah hanya melalui Kelulusan Akademik yg Amat baik, tetapi BIJAK menggunakan akal fikiran,

    umumnya dah tahu beberapa bilionaire spt Bill Gates dan, Lim Goh Tong, tidak berpelajaran tinggi tetapi berjaya menjadi kaya raya kerana menggunakan akal fikiran semaksimum mungkin.

    mengikut statistik, kalau tak silap hanya 3% manusia Berfikir…dan 3% manusia mempunyai impian BESAR dan mereka tahu bagaimana mencapainya…

  8. Yep, nak jadi jutawan mestilah bijak.. Bijak mengambil peluang dan membuat keputusan tepat.. Macam mana nak buat KEPUTUSAN TEPAT..?? Melalui PENGALAMAN.. Macam mana nak memperoleh pengalaman..?? SALAH MEMBUAT KEPUTUSAN..

  9. Ya, perlu menjadi seorang yang bijak/smart/inteligent untuk menjadi seorang jutawan. 😀

    Sebab saya berpendapat semua manusia ada akal fikiran. Cuma nak jadi bijak/smart/inteligent tu bergantung kepada potensi diri dan kemahuan. Nak tak nak untuk menjadi seorang jutawan kita mesti ada ilmu yang diperlukan dalam bidang yang kita ceburi. 😉

    Hisham; 🙂
    P2..DotCom Founder

  10. tidak …semestinya
    yang penting anda mempunyai keyakinan diri dan berani menempuhi halangan. Anda mempunyai hubungan yang baik dengan kawan2 yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu boleh membantu anda. 10 org kawan kita yang bijak dari berbagai bidang adalah lebih baik daripada kita bijak seorang.Perhubungan yang baik amat penting. Jadi kita jangan cari musuh tapi kita cari teman sejati.

  11. setuju dengan chee kui. mindset memainkan peranan penting seperti mana contoh Tan Sri Mukhtar Al Bukhary.

    Beliau membuat pelaburan sedikit demi sedikit sehinggakan beliau tidak sedar kini memiliki aset yang amat bernilai. Tahu mengambil dan merebut peluang, antara kebijaksanaan seorang jutawan.

  12. saya akui, sememangnya, ramai antara mereka yang jutawan & billionaire KITA KENALI tidak mempunyai kelayakan akademik. sebagai contoh, bill gates, Uncle Lim, Boon Siew dan sebagainya…

    tetapi, tahukah anda, terdapat RAMAI juga jutawan yang mempunyai kelayakan akademik.

    hmmm… ramai yang melihat ikon-ikon jutawan utama seperti nama di atas. tetapi cuba fikirkan, ikon-ikon ini mengambil mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang tinggi untuk membantu mereka mencapai kejayaan. Dalam Microsoft, bill gates adalah billionaire. Tetapi, tahukah anda terdapat beribu-ribu lagi jutawan di dalam Micorsoft- kesemuanya mempunyai kelayakan akademik?

    Sekiranya senarionya begini, tidakkah mempunyai kelayakan akademik memberi peluang yang lebih besar untuk menjadi jutawan?

  13. Saya setuju dgn pendapat haikza… hubungan yg baik dgn mereka yg bijak berbagai bidang lebih baik pd kita bijak seorang…tetapi lebih baik lagi kalau digabungkan kesemuanya: –

    1.bijak mengurus kewangan
    2.bijak memilih pilih kawan
    3.bijak cari peluang
    4.bijak menguasai kemahiran diri

  14. Saya ada ramai kawan2 yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi..(student 1 st class di universiti)..betul cakap , mereka memang ada peluang yang lebih besar untuk untuk menjadi jutawan, tetapi kuasa MEMILIH tetap di tangan masing2..

    Ramai pd mereka ni MEMILIH untuk makan gaji sahaja dan lebih komit kepada kerja untuk kenaikan pangkat dan gaji. Ini kerana mereka adalah “specialist” (pakar dalam 1 bidang sahaja), tetapi tidak berusaha untuk menjadi “generalist” (tahu beberapa perkara penting tetapi meliputi semua bidang.. esp: accounting, investing, marketing & law)

    Tetapi tidak dapat dinafikan, ada juga di antara mereka yang MEMILIH untuk membuat bisnes sendiri. Dengan anugerah IQ dan EQ yg tinggi, tidak mustahil mereka boleh jd jutawan 1 hari nanti.

  15. Hello semue !

    Bagi saya untuk menjadi seorang jutawan perlu ada memiliki beberapa kombinasi ciri – ciri penting, seperti perkara dalaman yang asas iaitu
    1) kemahuan tinggi yang menjadi Faktor pendorong kepada minda untuk memikirkan sesuatu berkaitan denganya.
    2) Emosi yang positif supaya kita memandang sesuatu itu dari prospektif kejayaan
    3) Ilmu Pengetahuan supaya kita mampu memikir dan menilai sesuatu perkara dengan fakta yang tepat
    3) Persepsi sihat supaya kita mempuanyai tanggapan yang positif terhadap perkara / persekitaran yang kita lalui.
    4) keyakinan diri supaya kita benar – benar melakukan sesuatu itu dengan tujuan kejayaan.
    5) Kreativiti supaya kita boleh berjaya dengan banyak alternative
    6) Semangat atau motivasi diri supaya kita dapat melakukan secara isthikamah/berterusan dan mampu mengatasi cabaran.

    OK… See u All “Chaters” again.

  16. seperti yg dinyatakan sememangnya benar… dan saya akui ada beberapa syarikat2 di Malaysia telah mempunyai jutawan2 dibawah naungan mereka.. PETRONAS, SHELL, ExxonMobil, MAS, MK Land, RanHill Groups, M, Raja Elena…aiseh byk beno..

    diorg pun well educated juga…

    yg penting tahu melaburkan wang utk kepentingan perkembangan perniagaan, kemahiran diri, dan sumbangan kepada masyarakat 🙂

    keep up your best work for Yayasan .. I 🙂

  17. bijak satu kemestian untuk jadi jutawan,..kalau bijak saja tapi tadok keinginin nak jadi jutawan, tak jadi jutawan jugak.
    bak kata donald trump, nak jadi kaya mesti ada keinginan nak jadi kaya(jutawan).

    hehe.. ada jugak orang bijak mampu jadi kaya tapi tak nak jadi kaya.suka hati dialah.

    MAS Says:
    July 2nd, 2007 at 7:19 pm
    YA.. MINDSET SEORANG JUTAWAN BAGAIKAN KUDA LIAR, DIA AKAN TERTEKAN KALAU TUBUHNYA BERADA DI KANDANG LEMBU
    re: memang betul MAS,saya sedang alami,cukup tertekan kalau dapat kerja yang saya tak minat, nak berinteraksi dengan rakan sekerja pun jadi konfius…

  18. mmg …
    kalu ada pelajaran yang tinggi lebih mudah untuk mencapai…
    tp kalu takde pelajaran yang tinggi juga boleh … yang penting usaha untuk berjaya…

  19. …..Mereka yg tersenarai tersebut telah menemui rahsianya. Apa dia rahsia tersebut?
    -Iaitu mereka bermula dari nobody to somebody.So..apa kena mengenanya? Cuba tengok orang2 yg nobody,apa yg diorang buat? Relax,cool,tak terkejar-kejar sebab takder commitment..but the most important thing is diorang ader banyak masa untuk tak pikir pasal orang lain or benda lain melainkan pikir pasal diri sendiri dulu..so diorang fokus kat apa2 yg diorang buat & masa tu diorang belajar kenal diri serta really know apa yg diorang nak dalam hidup. Bandingkan kat kita ni,dalam 24jam berapa masa yg kita spend untuk diri sendiri? So,macamana nak achieve benda2 yg ultra big? When is the last time u all renungkan pasal diri sendiri apa nak jadi lebih dari 30 minit? ‘They all mind their own business’..Tak caya cuba ambik cuti lama sikit..relax2..Jalan2..pergi vacation..sure macam2 idea timbul hanya dari pemerhatian

  20. Assalamualaikum

    Dia kena membodohkan diri dengan segala kecaman dan kutukan yang melemahkan dari mulut orang kebanyakan yang cemburu dengan usaha kita.Bijak itu mesti tapi kena membodohkan diri dengan segala yang melemahkan semangat kita dari orang yang tidak ikhlas dalam memberi komen.(orang yang dengki)

  21. Assalammualaikum….

    Yes… kita mesti bijak utk menjadi jutawan. Berjaya dalam akademi adalah satu bonus. Utk menjadi seorang jutawan yg kekal jutawan, mesti rajin timba ilmu, banyak membaca dlm bidang berkaitan. JGN jadikan cerita Boon Siew yg buta huruf blh jadi jutawan sebagai satu alasan utk tidak membaca. Itu satu perbuatan yang sia2.
    Renung2kan…

  22. Salam. Saya di sini nak beri 2 jawapan boleh tak?
    Yang pertama, untuk jadi seorang jutawan perlu bagi seseorang itu bijak. Tidak semestinya bijak dalam akademik (kalau soalannya akademik jawapan saya adalah tidak!)malah dalam apa jua kerja kita perlu bijak dan kreatif.
    Yang kedua, untuk jadi seorang jutawan anda tidak perlu bijak tetapi mahir dan kreatif sudah memadai dlm bidang yang anda ingin ceburi. Contoh David Beckham pemain bolasepak England tu… bukannya pandai pun dalam pelajaran, tetapi mampu menjadi jutawan,glamour plak lagi! itu hanya satu contoh sahaja, fikir-fikirkanlah….

  23. Untuk jadi JUTAWAN tak perlu bijak sebenarnya. Kalau BIJAK itu cuma BONUS. Kebanyakkan orang yang Bijak semasa kita bersekolah dulu, tak kemana sebab ‘peragu minda’ (mindset) dia tidak peragu minda seorang JUTAWAN.

  24. Bila disebut Jutawan mestilah mempunyai banyak Duit.kalau tak ada Duit orang panggil pokai.Macam mana nak dapat Duit ada 4 Tip untuk jadikan Duit :
    1. D -DOA
    2. U-USAHA
    3. I-IKTIAR
    4. T-TAWAKAL
    5-Baru Jadi Duit.

  25. Nak jadi JUTAWAN tu kenalah bijak/smart dalam erti kata cekap dalam mencari peluang, mengatur strategi, mengembangkan business dan mengawal perbelanjaan. Tapi kenalah jugak belajar dari seorang JUTAWAN!

  26. bagi saye nak jadi jutawan x semesti nye kena best student la,,4 flat laa,,bersengkang mata sampai mati baca buku utk jd jutawan,,ilmu x semestinye menuntut di institusi dan kolej,,x betull,,ilmu ade dimana2,,,kite tgk org baiki paip pun ilmu,,90% yg jd jutawan adalah org pemalas dan selalu ponteng kelas dan masalah disiplin..yg ulat buku rajin gile yg tu laa jadi kuli…tau nak makan gaji je,,money is not everything tapi INGAT semua perlukan duit,,sapa bantah sila tinggal dalam hutan,,,

  27. Bagi saya nak jadi jutawan tu ada 2 cara:
    1. Bijak,stratigi yg baik,berilmu ,peluang yg
    yang tepat,barang yang bagus,rangkaian yg
    jitu.Boleh BERJAYA.
    2. KURANG Bijak,tapi stratigi baik,kaki tangan
    nak berjaya/terbaik,peluang tepat dan meng-
    hasilkan barang/perkhidmatan terbaik tanpa
    cabaran pesaing.Pun boleh berjaya.

    TQ tip yg menarik.

  28. untuk menjadi jutawan kenalah cuba apa yang termampu dan usahakan supaya dapat, tak dapat pun usahakan, hayalkan diri tapi jangan gila…renung dan bertindak……..

  29. Asalam..
    Selamat Hari Raya Aidiladha,

    Perkataan “jutawan” itu sendiri melambangkan ia
    bijak/smart/inteligent.. tak kira apa pun latar belakang seseorang jutawan itu atau bagaimana
    cara seseorang itu untuk menjadi jutawan..

  30. Jutawan?..ada orang jadi manager pun sebab dia ada experience kerja berbelas tahun dalam bidang yg dia ceburi. rakan saya setakat SPM, dulu hanya kerja timbang beras berpendapatan rm 7 sehari tetapi kini mampu menjana wang rm 700 sehari…sebab dia berjaya membuka perniagaan….tidak perlu banyak belajar dalam akedemik sebab kita belajar di sekolah dulu bukan cerita pasa duit..guru-guru tidak diberi selibus untuk menjana wang…..guru tetap kerja guru,,…

  31. keazaman dari cetusan hati seseorang yng berminat menjadi jutawan itu pasti berjaya kalau ia cuba,dan dari percubaan ..terus melakukan..dan dari melakukan..terus kejayaan membawa kemenangan tidak kiralah mereka ini memiliki akademik atau tidak. zie2020.kota damansara

  32. InsyaALLAH ada akademik atau tidak,kalau sudah sampai rezeki menjadi jutawan dan tidak pernah ingat putus asa saat susah dan senang dan juga membuka ruang untuk orang lain sama sama mengikut jejak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.