Cuba fikirkan…

Masa kita kecik-kecik dulu, zaman salah seorang sahaja ibu bapa kita bekerja. Selalunya bapa, ibu jadi suri rumah…

Zaman sekarang, lihat diri kita (atau abang/kakak kita bagi yang muda-muda), zaman sudah berubah di mana kedua suami & isteri perlu bekerja untuk menampung keluarga akibat ekonomi meningkat…

Fikirkan apa akan jadi 5 tahun lagi, 10 tahun lagi, atau 20 tahun lagi…

Bagaimana suami & isteri perlu menampung keluarga?

Pakar-pakar perniagaan berfikir, dalam satu masa nanti, kesemua keluarga perlu memikirkan memulakan perniagaan secara “part-time” untuk menampung keluarga. Ini kerana, ekonomi semakin naik, harga barang semakin naik dan yang penting sekali, lifestyle semakin meningkat.

Satu hari nanti, ia akan jadi amat sukar untuk hidup dengan hanya “makan gaji” kedua suami & isteri. Perniagaan secara sambilan dimestikan!

Sekiranya anda belum lagi memulakan perniagaan, fikirkan ini. Mulakan perancangan untuk memulakan perniagaan satu hari nanti ;)

Soalan…

  1. Bagi anda yang belum memulakan perniagaan, apakah yang menghalang anda dari memulakan perniagaan? Mungkin rakan-rakan sini dapat membantu.
  2. Bagi mereka yang dah ada perniagaan, apakah penghalang sebelum memulakan perniagaan? Mungkin dapat kongsikan pengalaman bagi mereka yang belum memiliki perniagaan.

ps: Workshop Jutawan Internet pada hari Ahad 1hb July (di KL) akan menunjukkan bagaimana anda boleh menggunakan Internet untuk perniagaan sambilan. Klik di sini.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perniagaan mail order yang dilupakan…
  • Malu memulakan dan menjalankan perniagaan…
  • Alang-alang jadi usahawan…
  • Plan B