Sun 8 Mar 2009
Fikirkan dan “demand” yang terbaik untuk diri kita. Yakin bahawa kita mempunyai potensi yang amat luar biasa dan kita boleh berjaya dalam apa sahaja kita lakukan sekiranya kita letakkan fokus kita sepenuh hati kepada perkara tersebut.
Bayangkan juga masa depan kita hanya dihadkan oleh imiginasi kita dan apa sahaja pencapaian kita sehingga hari ini hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang sebenarnya boleh kita capai.
Fikirkan bahawa waktu-waktu terbaik kita akan datang tidak lama lagi dan apa sahaja yang telah kita lalui sebelum ini adalah satu persiapan untuk mencapai sesuatu yang lebih hebat di masa hadapan!
Sering ingatkan dan fikirkan perkara ini, dan potensi yang amat hebat akan dapat dicungkil dari diri kita!
* Pesanan favourite saya dari pakar pembangunan diri, Brian Tracy
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

March 8th, 2009 at 7:42 pm
Perkara ni bukan sahaja untuk di dunia tapi untuk akhirat…
March 9th, 2009 at 12:11 am
sedang sangat2 memikirkan,semoga waktu terbaik itu akn tiba ,insyaallah
March 9th, 2009 at 1:47 am
kite semua ade potensi yg tersembunyi…fokus mmg penting…dulu sy buat bisnes x fokus…tp skrang alhamdulillah…dgn fokus yg baik….kejayaan pasti tercapai….
March 9th, 2009 at 1:50 am
hi…salam semua…1st time bg komen kat blog IK ni….:D semoge semua ceria&suksess sentiase…
betul tu…kite perlu serlahkan potensi diri kite….jgn sia2 kan begitu shj…
kite dpt contoh macam IK ni….mmg mantap semakin hari semakin mantap..:D
March 9th, 2009 at 5:15 am
Contohi Rasulullah SAW, keyakinan yang tinggi untuk menyebarkan Islam akhirnya baginda berjaya……Salam Maulidur Rasul untuk semua.
March 9th, 2009 at 11:34 am
Assalamualaikum..
Benar Saudara IK. Setiap Manusia Tuhan Telah letak satu kelebihan yang melengkapi kekurangan yang lain. More Head Better Then One isn’t it?
March 9th, 2009 at 12:58 pm
ye..betul tu ,melalui inginkan sesuatu kita akan capai sesuatu.
contoh:iyanya terjadi pada diri saya,saya bersemangat untuk menerbit sebuah buku di pasaran,dalam usia yang muda,saya telah dapat mencipta sebuah buku.Buku tersebut akan dilancarkan tidak lama lagi yang bertajuk buat duit dengan blog.
sebenarnya ingin saya katak..jika kita ingin sesuatu kita akan mendapatnya..yang penting kita berusaha dan berusaha. hingga mencapai matlamat kita
website jualan :www.strategiblog.com
March 9th, 2009 at 3:56 pm
Bayang dan angan2kan kejayaan kemudian bertindak dan fokus untuk capai matlamat yang dibayangkan untuk jadikan kenyataan…
www.glowglokal.com
March 9th, 2009 at 4:07 pm
Potensi diri akan dapat dicungkil jika sentiasa memikirkan perkara-perkara hebat yang kita dah buat dan memikirkan perkara hebat yang bakal kita lakukan
March 9th, 2009 at 5:54 pm
Salam IK,
Kebisaannya hajat atau cita-cita kita bermula dengan berimaginasi.
Apa yang kita bayangkan, fikirkan itulah yang kita akan buat.
Bina lah imaginasi cemerlang supaya tindakan kita juga mencapai kecemerlangan.
March 9th, 2009 at 9:46 pm
saya bersetuju sgt tu
March 10th, 2009 at 10:11 am
Memang setiap dari kita ada bakat dan potensi masing2 cuma terpulang pada kita utk aktifkannya dan kembangkannya.
March 10th, 2009 at 11:38 am
Tiada apa yang boleh disangkal lagi. Sebenar-benarnya tepat. InsyaAllah, sesuatu yang hebat akan berlaku jika kita fokus kepada perkara itu disertai usaha dan doa serta tawakal. Hanya kepadaNya kita meletakkan harapan yang ada, dari segenap isu dunia mahu pun akhirat. Salam Maulidur Rasul untuk semua..!
March 10th, 2009 at 11:47 am
Bagi yang baru memikirkan potential yg ada dlm diri adalah amat sukar …..especially bidang kepakaran dan hobi adalah berbeza ….mcm mana tu?
March 10th, 2009 at 12:19 pm
sometimes people look down on themselves and tak realize yg diorang ada huge potential inside of them..
people give too soon sometimes..
March 10th, 2009 at 4:28 pm
Salam you all..
Imaginasi sesuatu untuk dicapai memang digalakkan tapi jangan angan-angan mat jenin.
March 10th, 2009 at 4:43 pm
Salam kasih sayang,
Kita sememangnya hebat, mampu mencapai apa sahaja yang boleh kita fikirkan. Ketahui potansi diri, ketahui teknik menggunakan potensi diri. Percaya, benar, buat dan sabar….
March 11th, 2009 at 12:23 am
Assalamualaikum.. “seseorang yang berjaya suka melakukan perkara yang orang ramai tidak suka lakukan” =D
March 11th, 2009 at 7:08 am
Tentunya setiap insan ada potensi yang amat besar sekali. Kita hanya perlu mencungkil bakat itu dan usahakan supaya MENJADI!
March 11th, 2009 at 4:25 pm
Dalam diri kita sebenarnya kita sudah tahu apa kekuatan kita. Jika kita rajin untuk tambah dengan sedikit usaha, kita akan dapat hasilnya.
March 12th, 2009 at 7:27 am
angan-angan + usaha = hasil yg hebat
tapi kenapa terlalu byk org yang menghalang kita dari berfikiran hebat untuk menghasilkan sesuatu yg hebat…. diorg jeles ker ??
March 15th, 2009 at 4:20 pm
Kita perlu merancang dan melaksanakan tindakan dengan istiqomah untuk berjaya.
Perniagaan
April 2nd, 2009 at 10:18 pm
kalo kite mmpu fikirkan sesuatu,kite msti mmpu lakukannya juga..cube la kalo x caye!!