Rancang hari anda pada malam sebelumnya!

Salah satu topik paling penting dalam kejayaan adalah pengurusan masa (time management). Satu cara untuk menentukan masa anda tidak terbuang dan penggunaan masa anda yang lebih efektif adalah untuk anda merancang hari anda sehari sebelumnya.

Ambil masa 10 minit- 20 minit pada setiap malam untuk merancang hari esok anda. Dengan menyenaraikan apa yang anda perlu lakukan, dan waktu sepatutnya kerja tersebut selesai, anda akan menjimat berjam-jam masa berbanding dengan hari yang anda tidak merancang apa-apa.

10 – 20 minit perancangan akan menjimat sehingga 3-4 jam dari masa anda keesokannya! Sediakan satu senarai apa yang anda perlu lakukan (1-2-3-4-5…), dan waktu kerja tersebut perlu diselesaikan (pagi, tengah hari, petang, malam). Apabila satu kerja selesai dari senarai anda, potongkannya dari senarai anda. Ini akan memberi kepuasan kepada anda oleh kerana anda menulis satu matlamat, dan matlamat tersebut tercapai. Ia juga akan memberi motivasi kepada anda untuk menyiapkan kerja yang seterusnya.

Tidak pernah cuba? Mulakan malam ini! 🙂

Pasti anda pernah dengar: “Orang yang gagal untuk merancang adalah orang yang merancang untuk gagal!”

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

16 thoughts on “Rancang hari anda pada malam sebelumnya!

  1. alhamdulillah, terima kasih ..
    selama ni saya selalu mendengar ttg ‘merancang utk hari esok’ dan tau juga apa kepentingan nya. tapi belum pun pernah saya melkukannya.
    Insyaallah mulai saat ni saya akan melakukan perubahan sedikit demi sedikit dengan merancang utk hari esok sbg permulaannya.
    TQ ..

  2. Yup…. Seperti kita merancang jadual harian dan mendisplinkan diri untk menurutinya!!

  3. Betulll!

    Ramai orang merancang tapi dalam kepala je. Lepas bangun tidur, semuanya tyang dirancang padam dek mimpi.

    Jadi ikutlah kata tu, Tulis!, Tulis! da Tulis! apa yang di rancang.

  4. Yup saya setuju malam ni saya akan mula merancang……..apa nak buat esok yekkk??????

  5. Bagus ni terlalu banyak masa terbuang kerana tidak merancang.
    PS: “Kalau cikgu tidak merancang dalam kelas banyak temberang.”

  6. yes sedikit demi sedikit.petua kaizen eik..
    saya dah pernah cuba menulis lima perkara yang perlu saya lakukan pada hari tersebut. memang kita akan seronok jika dapat melakukan kesemua kerja tersebut, sebab kita dah menetapkan matlamatnya di awalnya

  7. tip yang baik untuk dipraktikkan oleh semua orang. tak kira la makan gaji ker usahawan ker pelajar ker mahupun surirumah. kita sewajarnya menggunakan masa itu sebaik mungkin.

  8. Memang benar apa yang dikata, masa anda akan lebih terancang dan digunakan dengan penuh efisien dan efektif. Anda akan lihat kerja yang biasanya mengambil masa yang lama akan dapat disiapkan dalam tempoh terpendek. Tak percaya? Cubalah sendiri, anda pasti akan berbangga dengan diri anda sendiri selepas ini.

  9. Perancangan yang baik akan membuahkan hasil yang baik.jangan lupa untuk lihat kembali adakah perancangan kita pada hari ini berjaya atau memenuhi matlamat kita.supaya pada hari yang seterusnya kita dapat membuat penambahbaikan dalam perancangan harian kita.Biasanya membuat perancangan adalah mudah tapi melaksanakannya adalah sukar.apa pendapat anda?

  10. Betul tu dan tiada yang tak betul melainkan betul.
    1)Dengan merancang masa kita dapat menjimatkan masa.
    2)Dengan merancang kita dapat membuat kerja dengan tersusun dan teratur.Yang dahulu kita dahulukan dan yang kurang penting kita patut kemudiankan
    3)Dengan merancang masa kita akan menjadi lebih berdisiplin dan berwawasan.

    Pls. Kalau designer tak merancang masa maka dateline akan terlajak.Customer pasti akan hilang kepercayaan pada kita.

  11. agaknya dah lama boleh berjaya kalau buat sikap yang sarankan….
    banyak masa terbuang selama ini rupanya……

  12. saya sokong 100% apa yang diperkatakan oleh Irfan Khairi.Beliau dan nasihat yang amat berguna itu memang patut dijadikan contoh dan teladan kepada anak-anak muda sekarang.Belajarlah daripada beliau..Thanx a lot Irfan..

  13. Kita cuma ada 24 jam sehari. 8 jam kerja (bagi yang makan gaji), 8 jam tidur dan 8 jam lagi? Dapatkah anda fikirkan kemana perginya 8 jam ini? Hanya dengan merancang masa secara detail kita dapat memanfaatkan 24 jam milik kita.

  14. Saya pun setuju dengan menulis 5 item setiap hari utk dilakukan esok hari sebelum tidur. tapi banyak sangat merancang pun tak jadi gak. Merancang biar berpada-pada. Biarlah kita mampu melunaskan pernacangan kita mengikut date line kita sendiri.Rancanglah Untuk Melakukan. Dan Mulakan buat apa yang dirancang. TQ

  15. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Alhamdulillah, saya amat mengalu – alukan tip-tips kejayaan yang tulis oleh saudara . Irfan, teruskan usaha anda insyallah anda akan diberkati oleh ALLAH S.W.T dan jangan lupa pada yang masih memerlukan pertolongan anda, seperti saya.

    Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.