Cuba kita jujur dengan diri kita. Di mana keadaan kita ketika ini? Ianya adalah salah kita.

Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan kerja kita, ianya salah kita. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan kewangan kita, ianya salah kita. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan hidup kita, ianya salah kita. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan perniagaan kita, tentunya ianya salah kita.

Dalam apa sahaja yang terjadi, jawapannya tetap satu- di mana sahaja kita berada ketika ini, ianya salah kita.

Sekiranya keadaan kewangan kita teruk, ertinya kita yang teruk dalam mengurus kewangan. Sekiranya pendapatan kita teruk, ertinya ilmu, skill dan kebolehan kita adalah teruk. Sekiranya perniagaan kita kini teruk, ertinya kita seorang usahawan yang teruk.

Pahit, tetapi benar. Lain kali kita menghadapi apa sahaja masalah, siapa yang kita harus persalahkan? Orangnya ada di depan kita apabila melihat cermin.

*extract daripada artikel saya akan datang majalah MASKULIN :)   Dapatkan majalah MASKULIN & SOLUSI di pasaran setiap bulan untuk kolum tulisan saya…

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • The blind leading the blind
  • Membuat keputusan yang salah?
  • Angin yang sama kita layari
  • Siapa cepat, siapa lambat?