Fri 23 Feb 2007
Kata Confucius (bukan konfius), “A man who chases two rabbits catches none”
Fokus kepada kerja yang anda ingin lakukan atau matlamat yang ingin anda capai. Sering saya mendengar cerita, seseorang itu mempunyai pelbagai idea… berpuluh-puluh idea perniagaan. Kesemuanya membuat dirinya teruja/excited.
Tetapi, masalahnya adalah tidak fokus! Bertahun-tahun berlalu, tanpa satu pun idea perniagaan tersebut terlaksana.
Kadang-kala saya juga terjerat dalam keadaan ini. terlalu banyak idea untuk diimplementasikan, sehingga satu pun tak menjadi diimplimentasikan oleh kerana tidak memberi fokus.
Pendapat Anda?Jadi, benar apa kata Confucius. Kalau kejar dua arnab, nanti satu pun tak dapat! peringatan untuk saya sendiri juga
![]()
Tip Satu Minit yang berkaitan:

February 23rd, 2007 at 12:05 pm
Fokus memang penting.Kalau saya membuat satu projek, saya kena pastikan projek yang nak dijalankan tu success lepas tu baru saya melangkah ke satu lagi projek yang lain.Bila kita fokus, kita cuba buat sesuatu yang terbaik.
February 23rd, 2007 at 12:41 pm
Betul tu sy kekadang kene juga penyakit ni..
February 23rd, 2007 at 12:42 pm
wahh..tipp hari ni sungguh menarik.Saya pun kadang terjerat dengan ‘arnab-arnab’ .Sekarang ni saya tumpukan pada arnab ini sahaja——-> www.cetakbaju.com
February 23rd, 2007 at 4:05 pm
“Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran”.
Saya rasa itulah maksud Doc. untuk tips hari ini.
Untuk buat sesuatu tu biarlah ikut kemampuan dan berpada-pada “Ikutkan hati, mati!! Ikutkan rasa, binasa!!
Hisham;
Gunakan kuasa minda luar biasa untuk tentukan yang mana perlu difokus terlebih dahulu
February 23rd, 2007 at 5:39 pm
Hehe..Saya ada banyak sangat arnab untuk dikejar ni.Kena kejar arnab gemuk ke, yang kurus dulu..?
February 23rd, 2007 at 7:30 pm
Memang betul tu. Bila information overload … nanti explode lak! Pilih yang mana idaman kalbu and go for it.
February 23rd, 2007 at 9:53 pm
Betul kata tu…
Dulu pun saya mcm mcm idea nak buat.
Biznes card sampai 3-4 keping…
Last last, semuanya tak menjadi.
Sekarang saya tumpukan pada satu sahaja,
HakJualan.com
Insyallah menjadi…:)
Amin….
February 24th, 2007 at 1:04 am
benar, u have to focus on your goals and eams. that’s the main idea
u may have several projects or bisnes ideas, but your aim or goals must be very clear in your mind. matlamat yg jelas akan disusuli aktiviti yg menjurus ke arah mencapai maltlamat tersebut.
February 24th, 2007 at 1:15 am
Memang betul kalau tak fokus, tiada tumpuan dan hilang arah. Kena pilih something yang kita rasa paling kita suka buat dan berkemampuan. Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang. Akhirnya kita rugi, asyik berangan satu pun tak jadi. Macam angan-angan mat jenin aje.
Bye.
www.jobsecret.com.my
February 24th, 2007 at 1:23 am
Saya setuju dengan
Melaksanakan perniagaan dengan objektif yang jelas dan FOKUS pada sasaran pasaran dengan tepat adalah lebih mudah untuk berjaya
February 24th, 2007 at 1:57 am
FOCUS
its means Forget Other Company Until Success
Bravo
February 24th, 2007 at 10:23 am
betul gak ngan situasi yang x cukup satu idea, semua nak bolot… saya bekerja dgn syarikat ict (utk beberapa bln ni sblm tunggu result stpm). bos jenis yg x sabar2 nak lunaskan idea bertimpa-timpa. At last, bile gagal, dia salahkan org lain. org x fokus mmg x cukup dgn satu arnab. tgk gaya sekarang mcm nak off je bisnes ni…
February 24th, 2007 at 10:38 am
Good tip! Memang itu yg slalu terjadi. Kita ada terlalu banyak idea, sampai tak tau mana satu nak dilaksanakan dulu. Last2 satu pun tak menjadi.
So, it’s very important to stay focus. Narrow down your choices according to;
1. Priority
- yg mana perlu didahulukan (contohnya kita dah jumpa 1 niche dalam market. So tak boleh nak bertangguh sbb kekosongan tu mungkin akan diisi oleh org lain. Penting utk “be the first” in the industry.
2. Ability
- kdg2 idea tak dpt dilaksanakan oleh sbb kemampuan kita yg terbatas (oleh faktor kewangan, masa, kepakaran etc.) Jadi buat yg mana kita paling minat dan ada kemampuan dulu!
3. Reality
- Idea kita tak semestinya “bagus” in real life. Mungkin produk yg kita nak keluarkan masih blm boleh diterima oleh org ramai (org tak boleh “appreciate” idea kita tu) atau sebenarnya dah ada org yg pernah keluar ngan idea tu, tapi tak laku. So check the reality first b4 jump into any decision.
Wallahua’lam…
MAZNY - MotivasiHaji.com, DirektoriBisnes.com, SoftwareForMuslim.com
February 24th, 2007 at 2:06 pm
arnab??dulu byk la, tp bile dah tau serba skit pasal IM skrg ni, arnab tu ntah lari kemana ntah la..
adoii…
February 24th, 2007 at 3:55 pm
mengejar 2 ekor arnab?… pada mulanya mengejar satu ekor arnab, tapi akhirnya terperangkap dengan 2 ekor arnab pulak…arnab pertama yang dimaksudkan adalah idea perniagaan internet , dan arnab kedua pulak adalah jatuh hati kat perempuan yang berurusan dengan kita….nak buat macamana ni? hehehe…mana satu nak ambik ni? gurau jer…contoh jer….(tak kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati(smile)
February 24th, 2007 at 8:25 pm
fokus
February 24th, 2007 at 9:55 pm
Memang betul la, kekadang kita buat kerja tidak fokus sebab terlalu banyak idea datang serentak. Saya juga terkena penyakit ni dan dalam proses merawat. Harap-harap lepas ni bila nampak 2 ekor arnab, kejar sekor ja la.
http://www.jomwebtemplate.com
http://www.bajetwebhosting.com
February 24th, 2007 at 11:31 pm
Fokus… mungkin benar. Tapi menurut Irfan dalam bukunya, beliau menjadi jutawan bukan dengan menjalankan hanya 1 atau 2 perniagaan internet, tapi beberapa perniagaan yang berbeza secara serentak. Maka itu, jika kami fokus hanya kepada 1 arnab, mungkinkah kami mampu menjadi jutawan seperti ?
February 25th, 2007 at 4:45 pm
ermm..betul la..
skang ni sayer tgh kena penyakit kejar arnab ni la..byk sgt “arnab” yg sayer nk kejar sbb nk tmbh duit poket.tp tak pilih lagi la nk kejar arnab maner sbb tgh survey.arap2 arnab yg akan sayer pilih ni tepat!
February 26th, 2007 at 10:38 am
em,memang tak terkejar banyak menda dalam satu masa. kena fokus kepada yang lebih utama dan menguntungkan.
sy pun mcm sya gak,byk ngat nak arnab yang dikejar..tapi arnab utama yang saya kejar (projek internet saya) masih dlm kejar mengejar.(in progress).doakan sy berjaya…insya allah.
February 26th, 2007 at 11:45 am
saya sekarang pun kejar satu arnab sahaja. kalau nak tahu arnab saya klik ke
http://geocities.com/alihanafiah76
February 28th, 2007 at 8:27 am
Saya benar2 setuju dgn kenyataan trsbt. sbb dulu saya pun terlalu teruja kekadang dgn pelbagai idea samada tentang kerja atau pun idea perniagaan tapi yg peliknya tak satu pun dpt dicapai. Dalam pada saya musabahah diri baru saya faham saya tak fokus…
March 2nd, 2007 at 8:35 pm
Betul la ..
Dulu saya nak buat banyak benda. Sekarang ini pun impian itu belum hilang. Tapi, saya akan cuba buat satu - satu dulu kini. Harap - harap projek saya yang pertama akan berjaya. Insyaallah…
May 12th, 2007 at 11:42 am
betul sangat2x…saya pun banayk idea banyak plan dalam hidup, tapi banyak tak jalan sbb tak tau nak kejar mana satu…tapi bila makin meningkat dewasa, baru saya faham..kejar mana yg penting serta untuk kepentingan agama dan keluarga kita…, doakan la perancangan perniagaan saya berjaya…. saya harap saya boleh lebih berjaya dari sebagaimana lebih berjaya dari org2x yg dah berjaya…