Sekiranya seseorang itu sudah berjaya, perlukah lagi sebarang bantuan & motivasi?

Sudah tentu! Tidak kira tahap mana kejayaan anda, anda masih perlukan bantuan & motivasi untuk memberi daya “tolak” kepada anda untuk terus mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Tiger Woods masih mempunyai ”coach” dalam bermain golf. Begitu juga Michael Schumacher memerlukan penasihat untuk memperbaiki perlumbaannya. Sama juga dengan pemain-pemain bola sepak hebat dunia, David Beckham, Ronaldinho dan lain-lain.

Sedangkan mereka yang sudah berjaya masih memerlukan bantuan dan motivasi untuk terus berjaya, bagi mereka yang belum mencapai matlamat pula, daya “tolak” yang lebih kuat diperlukan untuk mencapai kejayaan! :)

Bagi saya sendiri juga, masih memerlukan bantuan & motivasi untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang! Doa-doakan saya ok?

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Lain orang, lain cara motivasi
  • Hebat dalam industri tidak semestinya hebat berniaga
  • Kejayaan adalah seperti magnet
  • Thinking BIG