Fri 1 Sep 2006
Pejam celik, pejam celik, sudah masuk bulan September. Tip satu minit masuk bulan baru, cuti sehari untuk buat rujukan tip-tip pada bulan Ogos. Klik di sini untuk membaca kesemua tip bulan Ogos…
Ok, hari ni, apakata anda kongsikan serba sedikit mengenai diri anda untuk tatapan pembaca-pembaca lain. Kiranya kita buka komen-komen hari ini untuk “networking”. Networking adalah salah satu konsep penting dalam apa jua perniagaan untuk meluaskan pasaran.
Ramai yang telah maklum tentang diri saya, infact dalam akhbar New Straits Times semalam juga ada menceritakan pencapaian saya (Merdeka Special Edition) bertajuk “Young, Internet-Savvy and …”.
Sedikit maklumat tentang diri saya yang saya fikir ramai tidak tahu: Irfan Khairi tu adalah nama saya. Ramai yang ingat “Khairi” tu nama ayah saya- maknanya bukanlah Irfan bin Khairi!. Nama penuh saya adalah Noor Irfan Khairi. Untuk tujuan promosi, saya gunakan Irfan Khairi sahaja (Nama glamer!) Sekarang, anda tahu!
Apa kata hari ini anda ceritakan sedikit sebanyak mengenai diri anda supaya sama sama saling mengenali di Komuniti Tip Satu Minit ini. (Yang dah lama atau tak pernah tinggalkan komen juga kena join!)
Salam berkenalan!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


September 1st, 2006 at 6:32 am
Nama saya Azlina bt Abdul Aziz. Seorang suri rumah tangga sepenuh masa, dengan 3 orang anak 6,4 dan 2 tahun. Baru menceburi dunia internet dan bisnes internet tahun ni.
Saya setuju dengan Irfan yang pernah mengatakan usahawan Muslim mesti ambil peluang di internet, jadi saya pun juallah buku kaedah mengajar Alquran cara cepat (ALFURQAN) melalui website saya setelah belajar dengan Irfan.
Yang menariknya, saya ni memang tak internet-savvy langsung, dulu nak buka email pun tak reti, sekarang boleh ada bisnes di internet! Huh, saya sendiri tak sangka.
Sekarang ni, saya rasa saya boleh capai apa saja yang saya nak, cuma perlu teruskan belajar dan praktikkan dalam kehidupan saya dan berdoa. Insyaallah..
September 1st, 2006 at 7:31 am
Salam September
Berbeza dengan Irfan. Saya tidak dikenali dan saya juga tidak pernah masuk sebarang suratkhabar
Saya Irwan Dahnil. Mohd Irwan bin Dahnil. Irwan Dahnil nama panggilan biasa. Hook dengan komuniti IrfanKhairi bila saya membuat research tentang internet marketing. Dan sehingga kini research masih berjalan untuk menyelesaikan pengajian master.
Harap2 bole berkenalan dengan yang lain. Apa kata kita pegi minum teh tarik ramai2?
September 1st, 2006 at 8:00 am
tip yang diberi memang bagus dan membantu
September 1st, 2006 at 8:12 am
Assalamualaikum.
Salam perkenalan.
Nama saya Abdul Hidier.
Hidet tu kira nama glamor saya lah.
Saya tidak mempunyai apa-apa perniagaan setakat ini.
Wassalam.
September 1st, 2006 at 9:32 am
Assalamualaikum.
Salam kenalan…
Nama saya Azahari bin Waid.Oleh sebab nama saya dah pendek,memang takde la nama pendek lagi selain Azahari.
Tak lama lagi saya nak sambut hari jadi ke 27.Tapi rasanya orang US la yang paling ingat hari jadi saya sebab peristiwa tu(September 11)..hehe.. Buat masa ni belum lagi melancarkan perniagaan apa-apa tapi insyaAllah dalam masa terdekat ni saya akan usahakan.Salam usahawan & perkenalan!
September 1st, 2006 at 10:20 am
Salam sejahtera semua,
Panggil zul sahaja sudah cukup, apa yang dipaparkan sejak saya mengikuti perkembangan bisnes internet ni sudah memberi satu impak yang cukup besar pada diri saya, dulu saya fikir bisnes internet perlukan modal besar, tapi banyak lagi cara yang boleh dilaksana, pokok pangkal ada idea dan cara nak laksana, jangan lupa berguru dengan yang pakar.
Sememangnya perniagaan konvensional dan internet punya kelebihan tersendiri, dan saya cuba ke arah merealisasikan bisnes internet. Terima kasih semua atas nasihat, panduan dan tunjuk ajar dari kalian semua, ilmu yang sedikit dikongsi ramai, semua dapat manfaat.
p/s: ingat kerjasama dan muafakat,ingat “semut”
September 1st, 2006 at 10:35 am
Assalamualaikum…
Salam Perkenalan dalam remang-remang Merdeka..
Saya dilahirkan 32 tahun yang lalu. Ruhayat Mohd Nazir nama diberi. Nama panggilan Hayat yang bererti ‘hidup’. Mudah-mudahan kehidupan dan perniagaan saya dan anda semua ‘hidup’ dalam dakapan iman.
Saya menjalankan perniagaan percetakan di Kajang, Selangor. Alhamdulillah, lepas 4 tahun, dapat beli mesin cetak sendiri tanpa loan. Berkat sokongan kawan-kawan, ia terus berkembang.
Saya menyertai workshop Irfan 22hb. Julai 2006 dan dari situ saya cuba ‘link’kan perniagaan saya dengan internet. Dengan fokus kepada kad nama / name card, ia menjadikan kita lebih pakar. Alhamdulillah, ia mendapat sambutan.
Terima kasih atas tips-tips dari Irfan.. Beliau adalah kawan dan guru!
September 1st, 2006 at 10:44 am
maaf tuan, saya mohamad hapisol othman dari utara malaysia. saya baru saja buat perniagaan internet ni. untuk makluman, saya begitu meminati jutawan usahawan melayu (terutamanya irfan). inilah kali pertama saya menulis di sini setelah sebulan menjadi pembaca yang setia di ruangan ini. harap dapat berkongsi dgn sahabat usahawan internet di sini bagi menambahkan ilmu perniagaan internet saya. saya baru 4 bulan membaca buku irfan dan skrg cuba mengaplikasikan ilmu dlm buku tersebut. niat dihati saya, teringin sangat nak join workshop irfan cuma masa tidak mengizinkan lagi.pohon maaf jika tersalah susun ayat.
September 1st, 2006 at 10:50 am
assalamualaikum…
saya pun ade cita2 utk bekerje dari rumah sambil membesarkan anak2..walaupun saya sudah mempunyai pekerjaaan tetap,rasenye duit mcm x cukup jek…perniagaan internet pun saya takde lagi..saya cume sempat beli buku Irfan Khairi.CD belum dpt beli lagi…tunggu gaji bulan depan..nak pi workshop? rm rm rm..cemane nak jadi jutawan nih..saya selalu baca tip2 nih..saya dah pun tulis angan2 saya diatas kertas,dan x selalu bace
insya Allah jika kita ada cita2 mungkin satu hari nanti saya akan menjadi jutawan beriman…amin…
Nama saya eiza, saya seorg tenaga pengajar di Sabah, berasal n9, saya baru mempunyai seorg anak. saya amat2 berminat utk menjadi jutawan mcm Irfan Khairi..bile ek turn saye?
bersyukur selalu…
Salam mesra,
Jutawan Beriman.
September 1st, 2006 at 10:58 am
Saya Mohammed Farid Sulaiman, usia dah 32.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih bebanyak kepada Irfan Khairi sbb menyediakan tip-tip yang amat berfaedah.
Sebenarnya saya dah hampir 11 bulan saya study tentang internet marketing (IM) tapi belum buat duit lagi..saya sekarang dalam proses menyiapkan sebuah ebook.
Hapan saya sebelum Oktober 2006 saya akan start jual ebook tu.
Thanks…
P/s: Macam katalah matlamat perlu di publish biar kita tau yang semua orang dah tau apa matlamat kita…he..he..
September 1st, 2006 at 11:01 am
Saya rasa kita patut buat kelab internet marketer Malaysia, dimana kita boleh membuat program2 yang berkaitan dengan internet…macam mana Irfan Khairi?
September 1st, 2006 at 11:23 am
Assalamualaikum..
saya emio. nama manjerrrrr.. hahaha.. mmg langsung x dikenali..
idea biz dah ada.. cuma x laksana lg.. tgh kumpul stamina.. hmm strategi salah ni.. jgn ikut..
saya rasa anjuran minum teh tarik oleh saudara Irwan tu bagus juga.. hehe..
ok slamat berkenalan..
September 1st, 2006 at 11:27 am
Assalamualaikum,
Salam perkenalan untuk semua.
Saya,Noor Azam B. Abdullah. “ambo” merupakan kata ganti diri bagi “saya” dalam bahasa kelantan.bukan nama glemer pun.
Saya seorang programmer dan masih bekerja sepenuh masa sebagai seorang programmer di KL.Saya juga seorang pemalu.sebab tuh jarang nak tinggalkan komen kat sini.
Terima kasih diucapkan terutamanya kepada Irfan Khairi juga semua kawan-2 yang banyak memberi motivasi untuk memulakan bisnes di internet.
Ini merupakan petikan dari buku Tuan Haji Ismail b. Haji Ahmad yang bertajuk ” Inilah Jalan Kami..” semoga ada manfaat untuk semua.
”
Cita Cita Usahawan Cukup Tinggi
Kadang-kadang usahawan dikatakan bermimpi
Gerak Kerja Usahawan penuh wawasan
Mengalahkan mereka yang punya kelulusan
Yang mampu merancang,tidak punya pengalaman
Kalau tidak
Usahawan tidak boleh berada
Dipuncak jaya
Memiliki yang tidak dimiliki
Usahawan bukannya manusia luar biasa
usahawan berdiri di atas kaki sendiri
Usahawan punya Idola sendiri
Yang patut dicontohi
Bahkan Sejarah Kejayaan usahawan sendiri
Akan ditulis oleh orang suatu hari nanti
Paling Penting
Usahawan manusia bertakwa
Banyak kebajikannya
Banyak Ibadahnya
Banyak Zikirnya
Kuat Perjuangannya
Amat kasih usahawan pada Rasulnya
Amat cinta usahawan pada Tuhannya
“
September 1st, 2006 at 12:37 pm
Nama saya Sharifah Hamidah..masih berkerja dengan kerajaan.
Ada perniagaan internet/bukan internet tetapi belum begitu berjaya….pakej percutian..tetapi belum menampakkan hasil melalui internet.Melalui leaflet/flayier..ada juga sikit..boleh bertahantapi tak rancak.
Pernah menyertai workshop/dan beli buku…
Salam perkenalan kepada semua.
Beidi_mat(nama saja2 dalam internet)
September 1st, 2006 at 12:51 pm
assalamualaikum,
nama saya leLabu. nama manja Rosli Hassan. umur yg dah berlalu 26 tahun, yang tinggal tak tahu lagi. skrg keje gomen, dok blanja duit rakyat.
cuba berjinak-jinak ngn internet sebab lepas nih nak blanja duit sendiri pulak.
selamat berkenalan.
September 1st, 2006 at 12:53 pm
Sdra Irfan,
Saya ingin dikenali sebagai PokNeng. Sebagaimana yang dimuatkan dalam blog saya yang terbaru…Apa Yang Ku Dapat?…mudah-mudahan 1 September 2006 membuka lembaran baru dalam kehidupan saya untuk lebih serius mendapatkan sesuatu dari teknologi internet ini. Amat saya harapkan sokongan dan dokongan dari rakan-rakan yang iklhas dan jujur serta sehaluan.
September 1st, 2006 at 12:56 pm
Asslamu’alaikum,
Nama penuh saya, Wan Saliha bt Wan Husin, umur 31 tahun, sudah berumahtangga.
Sentiasa mengikuti perkembangan e-biz & tip dari Irfan tapi tak sempat nak hantar komen. Saya memang berminat menjadi usahawan suatu hari nanti.
Sekarang saya bekerja sepenuh masa tapi pada hujung minggu saya dan suami mengusahakan bisnes kecil-kecilan (buat makanan ringan/keropok). Sebenarnya sebelum kahwin lagi saya meniaga kecik2, tapi tak serius. Sekarang baru nak serius, nak sahut seruan kerajaan menjadi usahawan bumiputera.
Sekarang saya tengah study nak buat website. Insya-Allah kalau dah ada website nanti,saya jemput semua member ke website saya.
Sekian, wassalam.
September 1st, 2006 at 1:11 pm
Assalamualaikum…semua
Salam Perkenalan…
Saya Mohd…just panggil mat..simple name..saya ni x-student UTM kos Sarjana Pengurusan…saya dah lame berminat berkaitan dengan “self-development” semasa study lagi…tapi byk yg saya x praktik…bermule thn 2006,saya dah mule menulis matlamat,membaca pelbagai jenis buku (termasuk buku Irfan),mencari artikel pelbagai topik di Internet untuk dibaca pd waktu mlm…sblm merancang hari seterusnya..saya baru je membeli laptop yg mmg saya cube capai thn ni..tercapai akhirnya..tiap2 hari saya akan lihat brosur laptop…sblm tido..saya dalam proses nak menulis e-books..cume masih dalam proses nak kumpul idea..moga2 saya berjaya dan rakan2 semua…Jutawan?..mmg saya nak jd jutawan sblm umur 30..thn..skang baru berusia 24 tahun…
September 1st, 2006 at 1:17 pm
assalamualaikum…
nama : ahmad riezal b abd rahman
menetap : ipoh
status : single
pekerjaan : pekerja kantin sekolah (partime selepas tamat pengajian)
umur : baru masuk 25thn
setelah mebaca buku saudara azizi ali millionaire in me (seorang pemuda yg membina logo website utk azizi ali) .. saya cari sehingga sy jumpa siapa dia sebenarnya ..ehem ehemm
saya terus join workshop tersebut pada 7January06 .. terima kasih
i’m on track to my target…
September 1st, 2006 at 2:15 pm
assalamualaikum
salam perkenalan semua.
saya sememangnya menjadikan tip irfan sbg bahan bacaan saya hampir setiap hari jika talian internet saya ok, adakalanya talian saya tak ok sebab saya tinggal di ujung-ujung kawasan kg di sabah ni.nak pakai streamyx tak mengizinkan sebab talian telefon saya jenis CDMA.sukacita ari ni baru ok saya punya internet ni setelah hampir setengah bulan tak boleh connect jadi syukur pada Allah, Alhamdulillah.
Nama penuh Rosmawati Abdul Hamid, kengkawan panggil Ros aje, anak murid panggil cikgu ros atau kalau waktu ajar subjek agama mereka panggil ustazah ros.
Ade gak minat nak join biz tapi buat masa ni nak join internet biz ni masalah besarnye nilah talian ni. so berdikit-dikitlah buat skit-skit MLM.
InsyaAllah dalam perancangan nak buat bahan pendidikan anak-anak untuk pendidikan islam bersama suami sebab pendidikan ni yang paling mesra dengan diri saya tambahan pula melihatkan keadaan dunia yg semakin mencabar ni keinginan nak bantu ibu bapa di malaysia mencari sumber untuk pendidikan islam anak-anak yang amat terhad kini menambahkan semangat saya untuk mencipta sesuatu yang baru untuk mereka.
So doakankanlah semoga saya berjaya.kagum dengan kejayaan orang-orang biz seperti anda semua.
September 1st, 2006 at 2:22 pm
Name Penuh: Alfirus Ahmad
Perkerjaan: Freelance kat rumah atau dikenali sebagai SOHO (web dan exe)
Umur: 24
Status: Single minggel
Lokasi: Ipoh, Perak
Cite cite jangke pendek: Menjadi pesaing friendster, myspcase, geocities dan blogspot.com
Cite cite jangke panjang: Kete 3 biji, rumah 2 biji, anak 8, bini 2, company tersenarai di bursa saham kuala lumpur.. 3rd board pun jadi la
September 1st, 2006 at 3:20 pm
Assalamualaikum,
Nama saya AIZUL HAIKAL B KHAIRUL ANWAR,
Biasanya saya ringkaskan dengan AHKA,,
saya umur 22thn, dah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata, isteri masih belajar kaq UM, dan saya pulak hampir 5 bln menganggur dah selepas tamat kontrak dengan TM,, hari-hari tak lepas baca tips 1 minit ni,,,Memang cita-cita saya masa sekolah lagi saya mahu kerja sendiri,,bernigalah.. kalau ada yang ramai-ramai ni nak pakai orang kerja bolehlah panggil saya, saya perlukan pendapatan sekarang ni,,, saya dah hampir give up ni,,, mintak bantuan lah yer,,
kalau ada kerja kosong boleh emailkan saya di
ahka_84@yahoo.com.my..
apa-apa pun saya kena terima kasih kpd irfan,,kerana dengan perkongsian ilmu beliaulah..semangat saya utk menjadi usahawan sentiasa berkobar2..
wassalam..
September 1st, 2006 at 3:34 pm
assalamualaikum…ape kabar usahawan semua!!!Luar biase baik kan(amik ayat mase wat MlM dulu..heheh)…
salam ukhwah semua..terime kasih pade keran a mewujudkn tip 1 minit.. amat bergune utk kite semua…sy MOHD MUZRI BIN MOHAMAD.dari kecik sampai skarng org panggil sy Muyie.baik dik kalangan famili sy mahupun kawan²..tapi kalo cikgu² n pensyarah panggil sy Muzri..dy bagi komen dulu gune nikname kamrient.blogspot.com..sy last sem student di KUiTTHO BATU PAHAT.amik degree in electrical engineering(robiti and automation)..sebelum ni sy telh meceburkan diri dlm MLM..start situ lah sy semakin meminati bisnes..skrg sy supply jaket/sweater aand tshrt dekat university, kolej and sekolah²…masih lagi buat part time…(kalau nk buat tempahan boleh lah hubungi saye…:D)…
minat sgt utk melebarkn lg minat dlm internet marketing..tp skarang xde mase sgt..insyallah lepas abis study ni boleh lah..kalau berpeluang nk join seminar ..insyallah…
ok salam perkenalan utk semua….moge kite semua berjaye seperti juge..yosh!!!!
Muzri aka Muyie
Kamrie Enterprise
012-6656874
017-7295019
Y.M: nameless_oiLux
September 1st, 2006 at 3:52 pm
nama: Dhiana Mohd Abu Bakar
umur: 31 tahun 1 bln 21 hari
status: berkahwin, anak 4 (7,5,1,3bln)
asal n tinggal: jitra kedah
kerja: pendidik
dah beli buku Irfan kita nih tp masih berangan2 nak p kursus beliau. sebabnya tpaksala tunggu suami balik bangladesh bulan 12 ni baru bleh p kursus. if not xda sapa nak jaga anak4.
minat dgn bisnes masa kat mrsmps sb kat sana homeroom dimestikan berniaga setiap weekend mengikut giliran. minat diteruskan masa kat pppitm dgn rajin buka gerai sendiri dgn kwn2 yg minat bisnes sb nak cari duit poket sbmasa tu saya ada antar duit biasiswa kpd adik2 yg belajar. maklum shj la 2 org kat u n 4 lg sek men n ren, manalah seorang ayah yg bekerja sbg pembantu tadbir MADA mampu nak tanggung dgn gajinya. dah kerja pun masih tanggung 5 adik jd duit gaji masih x cukup. apa yg paling senang ialah berniaga. syukur ada suami yg bleh menanggung kami anak-beranak dan tak pernah merungut malah menyokong jadi duit gaji n hasil bisnes saya belanjakan pada adik2.
skrg dah relax sb adik ke3 dah ambil alih jd saya n adik ke2 joint buat bisnes. kami sdg belajar cara2 nak berbisnes di internet tak lama lagi, insyaallah.
September 1st, 2006 at 4:14 pm
Nama Raja Safuan. Panggil Safuan. Unur 21 tahun 19 september nie. Saya telah lama menuntut ilmu internet ini tapi masih cetek lagi rasanya ilmu ini. Terima Kasih sbb bg byk info. Saya ada blog, http://www.sipenglipurlara.com
September 1st, 2006 at 4:15 pm
wah… kan ramai.
btw, saya orang perak- kuala kangsar
September 1st, 2006 at 4:32 pm
Saya plak.nama penuh mohd shamsuriyadi mamat. Kat internet lebih famous dengan RajaAds. Penulis ebook Raja Adsense. Baru 4 bulan join Internet Business,sebelum just join affiliate orang.
Umur 23 tahun.Bujang tapi not available.hehehe..
Matlamat jangka pendek utk dapat pendapatan 4 angka sebulan dalam internet dah tercapai.Alhamdulillah..Saya berjaya buktikan pada keluarga saya yang selalu saya cari kerja lain..Kerja dari rumah pun boleh buat duit banyak..
Matlamat jangka panjang plak nak jadi jutawan mcm IK..
September 1st, 2006 at 4:43 pm
Assalammualaikum,
saya din dari selangor, asal kuala kangsar, umur 27.. saya dah beli dah buku dan cd.. sekarang ni tengah berusaha nak buat.. tapi bak kata modal tak cukup.. nak pergi workshop rm rm pulak masalah.. apa apa pun selamat berkenalan dan maju jaya. ‘Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia pada usahanya’
September 1st, 2006 at 5:03 pm
Assalamualaikum, salam perkenalan buat membaca setia ruangan ini. Saya Asmah Binti Mansor, berkahwin dan ada dua orang anak. Saya suka membaca tip-tip dlm ruangan ini. Malah belum pernah miss setakat ini. Saya baru je berjinak-jinak dalam internet, beli buku pun belum.
Tapi, jauh di sudut hati, saya mau bebas kewangan dan kerja yang fleksibel. Tapi hati takut. Takut tersalah langkah. Akhirnya saya sekadar jadi pembaca saja dan biarkan angan-angan saya berlalu dan tiada penghujung. Saya nak berubah, tapi takut….
September 1st, 2006 at 5:27 pm
Assalamualaikum,
Nama saya AZIZI.
Bukan AZIZI ALI, tapi satu tempat kerja dgn dia.
Cita-cita saya nak jadi jutawan macam dia jugak,
tapi jutawan internet macam Irfan Khairi.
Semua projek/idea tergendala sebab kat rumah takde line telefon/internet.
Tapi setelah setahun menunggu dan berkat doa,
akhirnya dapat jugak. Alhamdulillah.
Jumpa lagi.
MUHAMAD AZIZI BIN ABD RAHMAN
…so nama penuh Irfan ape?
September 1st, 2006 at 7:04 pm
Assalamualaikum,
Nama saya Mohd. Hafizan, umur 31 tahun…orang Kedah… masih sorang2.
Saya seorang yang Allah tugaskan mencurah ilmu Bahasa Arab di bumi Sarawak dah 6 tahun..best ooo…banyak tempat memancing
Saya sangat berminat dengan buku motivasi dan blog berkaitan dengannya..jadi, walaupun bertugas dari 7 pagi sampai 4 petang, malamnya selalu ada urusan kemasyarakatan, time cuti pi memancing dan balik kampung, tetapi dalam usaha meningkatkan taraf hidup saya telah berjaya memperolehi lebih RM2000 sebulan, bukan melalui internet.
Saya ingin berkongsi maklumat dengan sahabat2.. hubungi saya macamana saya buat…ustaz@pengetahuanislam.com, nanti saya kirimkan.
Sekarang ni pula tengah ikut nasihat dari Irfan di sini, dan tengah usaha adaptasikannya.. tambah lagi pendapatan melalui internet pula… insyaallah, berkat doa semua.. bukan gila duit, tapi niat membantu mak ayah, adik abang, pak mak saudara yang kat kampung nun… yang menoreh getah, yang buat sawah padi.. mereka senang, kita pun senang juga…kan?
Matlamat saya, 11 Mac 2017 nanti saya berjaya kumpul RM 1 juta…tolong doa ye Irfan dan sahabat2
September 1st, 2006 at 8:05 pm
assalamualaikum ….
perhatian kepada en.alfirus… nak email awak boley ? bukan ape..”bosan” duk sorg2 kat sini takde kawan
.. insyallah boley menggiatkan lagi usaha sesama
email saya : riezal@puakumbu.com
September 1st, 2006 at 9:08 pm
Assalamuaikum,
Hmm..ramai gak kali ni,saya pun nak join lah..sbb jarang bg komen kat sini,hehe..
ok,saya bernama Khalid Bin Uzer(nama cam dato K’)hehe..:P
Bekerja di syarikat takaful dan masih belajar di OUM.
Umur awal 20-an.
Memang b’minat utk berniaga dan skrg tgh usahakan dgn skop yg kecik dulu.
Masih mencari idea utk kandungan web.Saya minat tentang teknologi perkomputeran,kesihatan,ilmuan Islam,dan motivasi.
Kawan2 boleh bg idea tak,apa yg nak sy letak kat muka depan laman web sy nanti?leh sent email kat:khalid_uzer@yahoo.com
terima kasih & kawan2
September 1st, 2006 at 9:41 pm
ha…
kan bagus dapat berkenalan sesama kita. mengeratkan ukhuwah.
peserta Workshop Jutawan Intenet juga ramai di sini. Bagi anda yang telah memulakan perniagaan Internet, I’m so happy for you!
Saya doakan kejayaan anda semua disini. Saya harap anda juga turut mendoakan kejayaan saya.
September 1st, 2006 at 11:00 pm
Sambung kembali..
Tgh nk kumpul duit pergi kursus Irfan jerk.. Insyaallah.. Saya pergi nnt.. Tgh atur strategi untuk diri sendiri. Walaupun masih bergelar seorang pelajar. Moto diri “BE YOURSELF, RESPECT EACH OTHER”.
September 2nd, 2006 at 9:28 am
Salamz semua saya Murtaza panggil taza. Masih bekerja di intitusi kewangan. Lum ada produk sendiri tapi yang jual barangan affiliate, MLM dah ada…masih baru…
September 2nd, 2006 at 10:07 am
Assalamu’alaikum,
Saya Hamidi Bin Tajuddin. Umur 32 thn. Telah mengikuti blog tuan semenjak hari pertama di ‘online’ kan. Baru 2 bln menjalankan perniagaan sendiri iaitu hardware & software support utk PC, notebook, printer, server & yg sewaktu dengannya, juga utk kerja-kerja automation seperti interfacing device utk machine dsbnya.
Sebelum ini bekerja dgn ex boss selama 8thn. Lulusan IKM dlm bidang Electronic Intruments. Sedang cuba utk implement tips tuan dlm perniagaan saya yg bukan berasaskan perniagaan internet.
September 2nd, 2006 at 1:17 pm
wah,ramainya,
apa pun tahniah Irfan dan selamat berjaya,
saya zawiah,
dah gi workshop bulan Julai ari tu,
sekarang saya join affiliate scorea,sambil belajar,
saya memang minat bisnes,
salam perkenalan
boleh lah email saya
azlan_za@yahoo.com
September 2nd, 2006 at 1:20 pm
asal kelantan, 24 tahun. hidup berpindah randah macam orang arab badwi… hampir seluruh bandar malaysia dah menetap.
September 2nd, 2006 at 1:38 pm
nama sy pula wan utra malaysia,sy rasa dlm ramai2 yg anta slm pengenalan sy yg agk muda skali,spm thn 2001.buat masa skrg sy btl2 kagum dgn kjyaan saudr irfan khairi.smnjak sy layari web irfan khairi sy rskn sesuatu yg menarik saya pelajari.dlm usia yg muda sy tlh menyusuri jalan utk menjadi jutawan walaupun sy kurang pengalaman dengan harapan dgan adanya bantuan saudara irfan sdkit sebanyak dpt membantu sy manjadi jutawan dalam bidang MLM!
September 2nd, 2006 at 3:32 pm
Irfan org kuala ghopanya…kat mano ? dekat tak dgn taman bunga raya ? kalo balik rayo tahun nie balik sana, inform lah kat sini, ohoo…what a coincidence
September 2nd, 2006 at 6:43 pm
mr b, lor.. kome pun oghang kuale ke? teman oghang kuale kat kampung chandan. teman oghang kampung je.
September 3rd, 2006 at 2:21 am
La… Irfan & B, teman oghang sayong.. sayong tengah.. labu sayong.. gamoknya.. jutawan-jutawan (dan bakal jutawan) memang ramai dari kuale ye..
September 3rd, 2006 at 8:45 am
Wahhh..ramainya yang perkenalkan diri. Ini tentang saya pula.
Nama: jumrah (nama samaran saja)
Umur: 42 thn
Kerja: Surirumah.
Anak: 4 (16, 12, 9, 7)
Minat: motivasi, IT, bisnes from home
Sekarang cuba berjinak2 dgn internet sebagai satu cara menjana pendapatan.
Hmmm…saya baru tahu Irfan pun orang Kuale, macam saya juga. Tapi asal usul kita tak penting kan, yang lebih penting semangat untuk majukan diri.
Selamat berkenalan semua!
September 3rd, 2006 at 8:50 pm
hi, Noniza dari Terengganu.
September 3rd, 2006 at 11:03 pm
Assalamualaikum…
Nama : Saharudin Salleh
Asal : Terengganu
Menetap : Sungai Petani,Kedah
Umur : 33 Tahun
Status: Berkahwin
Anak : 3 (Semua Puteri)
Pekerjaan : Pelukis Pelan
Saya Amat Berminat Mengenai Perniagaan Internet.
Kerana Saya Percaya “KUASA” Internet.
Bersamalah Kita Berja Dalam Apa Jua Yang Kita Ceburi…………
Terima Kasih……
September 4th, 2006 at 2:32 am
assalamualaikum..
saya Azhadi..penuntut tahun akhir electrical engineering. Amirez ni asalnya nick name saya. tapi kawan2 kat kampus suka panggil saya dengan nama ni. lekat sampai sekarang
saya memang minat dengan perniagaan lagi2 secara online. buat masa ni saya tengah planning dengan kawan untuk buat biz. banyak panduan saya dapat p saudara Irfan. Thanks Irfan !
September 4th, 2006 at 10:14 am
Salam utk semua. Saya thalib,
Saya ada baca buku Irfan dan beli CD. Bila sebut perniagaan online memang minat. Nak sangat ikuti kursus tapi duit tak cukup2. Education backgruond bukan IT , tapi matematik. Skrg kerja dalam bidang IT - Networking. Nak jual barang kat internet, tapi takde barang yg nak dijual. Tgh. try affeliate. Banyak info yg dpt dari
sekian
September 4th, 2006 at 11:26 am
Assalamualaikum!!!
Saya perkenalkan diri saya sbg Jiha Sj la ek!Fisrt time bg komen dalam nie…sbnrnye mmg minat sgt2 ngan perniagaan melalui internet nie tap blum penah cuba, tapi selalu baca tip2 Irfan ni untuk tingkatkan confident diri. Insyaallah bila dah yakin harap satu hari bleh jadi cam sifu kite..Irfan. I respect u a lot!!!
September 4th, 2006 at 11:29 am
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Bulan Ramadhan kepada sume usahawan internet,
Perkenalkan saya Baharin, bekerja di salah sebuah syarikat R&D yang mengalami masalah kini. Disebabkan bermasalah dengan tiada gaji beberapa bulan saya tercari-cari business yang simple untuk saya ceburi. Saya baru je kenal perusahaan internet ni setelah membaca tentang artikel tentang Irfan. Agaknya memang Allah dah mendorong saya untuk berkecimpung dalam business internet ni. Saya dah katam baca buku RJJIT oleh Irfan… tapi tak puas hati kalau tak berguru rasanye. Saya terus daftar diri dan insyaallah akan bersama dalam seminar di JW Mariot 23 September.
Diharap kita dapat jumpa di sana.
Baharin
September 4th, 2006 at 1:43 pm
Assalamualaikum,
Saya Ahmad Khalil. Orang baru dilaman Irfan Khairi. Baru sahaja register newsletter
Sudah lama mempelajari Internet Markerting. Menceburi bidang ini 2 tahun lepas, masa tu masih bekerja sepenuh masa. Awal tahun ini, telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja (setelah bekerja 4 tahun sebagai IT Analyst)& mulakan bisnes online.
Alhamdulillah, bisnes berjaya dimulakan dengan Web Design & Development co. (Himura Design) - dapat la 2-3 project untuk survive 4 bulan
Di masa yang sama mencari peluang baru untuk mulakan perniagaan Internet. Alhamdulillah seseorang telah menjumpai saya untuk memasarkan produknya - saya fikit buat online je lah ! Maka wujudlah Life Switcher - produk kewangan saya yang pertama.
Setelah satu bulan beroperasi, banyak feedback yang saya terima & kini dalam proses membuat pembaharuan untuk version 2.0 pula.
Saya datang ke laman Irfan untuk mencari tips-tips yang boleh membantu.
Buka Rahsia Internet menjadi buku pertama yang dibeli sebelum menceburi bidang ini sepenuhnya !
Insya ALLAH akan ke workshop bila sudah mempunyai pulangan modal dari Life Switcher.
Salam perkenalan semua
Nama : Ahmad Khalil
Umur : 23
Status : Single but not available
Pekerjaan : Internet Marketer
E-mail : ahmad.khalil@yahoo.com
Wsalam !
September 4th, 2006 at 3:31 pm
Assalamualaikum SEMUA,
Eeee..seronoknya begitu ramai usahawan2, doakan agar semuanya berjaya. Irfan saya yang mencari-cari pendapatan extra terdorong kearah workshop pada 26/8/06. Tapi duit jadi
masalahnya..saya apply loan kat AEON dan terus register (bersemangatkan)!! Saya tak biasa dengan internet so saya masih blurrr.. Sekarang dah 4/9/06 saya masih mencari-cari nak buat apa ?? Tolonglah saya ..nak settle hutang2 ni…sob !!..sob !!..
Semoga kita semua berjaya dunia akhirat..
September 4th, 2006 at 5:45 pm
Assalamualaikum semua..
saya Abdul aziz,seorg pelajar IPT di port
dickson..penuntut tahun pertama diploma kejuruteraan mekatronik…saya bercita2 nak jadi macam irfan..saya dah beli buku..tapi kursus irfankhairi belum lagi…
semua sebab belum ada rm rm lagi…
tapi saya memang sedang berusaha untuk mencapai cita2 saya…saya percaya akan tercapai cita2 saya ini
Semoga semua yang bercita2 spt saya berjaya
September 5th, 2006 at 12:11 am
Assalamualaikum…
Saya ingin mengembangkan duit saya, tapi saya tak tau bagaimana. Saya ingin berniaga dengan membuka satu firm engineering consultant. Tapi tak yakin…kerana kurang sokongan.
Adakah irfan hairi boleh tolong saya?
September 5th, 2006 at 12:55 am
idea banyak yg nak jual kat internet tapi mcm mana tentang tulisan bahasa inggeris saya yg tak berapa bagus dan juga banyak lagi pekara2 yg lemah.
sebab nak memperbaiki yg lemah tu memakan masa yg lama kena belajar sebab makin lambat kita buat perniagan ni semakin kita akan rugi masa tak tunggu kita dan saya amat cemburu kepada masa.
September 5th, 2006 at 1:03 am
Assalamu’alaikum,
Saya Amirul Asyraf bin Hamka dan berumur 18 tahun. Saya berminat dengan jenis perniagaan ini. Walau bagaimanapun, saya masih tak berpeluang untuk belajar sepenuhnya mengenai perniagaan internet kerana saya masih belajar di Kolej Matrikulasi Johor dan tiada masa yang cukup untuk melayari laman ini. Mungkin saya masih terlalu muda untuk menceburi bidang ini dengan ilmu di dada masih belum mencukupi tetapi Alhamdulillah saya sudah ada asas membuat laman web meskipun belum kukuh tetapi saya akan cuba menambahkan ilmu saya. Agi idup agi belajar…..Salam Perkenalan buat semua abang, kakak, pak cik, mak cik dan adik :-p kalau ada. Sama-samalah kita berdoa untuk kejayaan kita di dunia dan yang terpenting sekali kejayaan di akhirat. Ingat berniaga, berniaga juga tapi solat jangan tinggal.
September 5th, 2006 at 11:36 am
Saya mohd fazdlie mohamad sahid. Boleh panggil fazdlie sahaja. Saya berasal dan menetap si shah alam. Saya juga bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan internet yang berjaya (kalau dapat jadi jutawan pun bagus juga.. hehheh).
Tips yang irfan berikan memang amat berharga terutamanya kepada newbie. Terima kasih yang tidak terhingga kepada irfan yang saya gelarkan sebagai “Pencetus Revolusi Perniagaan Internet Malaysia” :-0
September 5th, 2006 at 11:38 am
eh irfan. Yang hujung tu, ikon nye sepatutnya
September 5th, 2006 at 12:04 pm
assalamualaikum semua
sori saya agak lambat sikit. tapi nak join jugak
nama saya anisa abdullah. tinggal di gua musang kelantan.dah berkahwin , punyai seorang anak yang hampir berumur setahiun. Usia saya pulak 29 tahun
saya seorang peguam dan memang bercita-cita untuk membuka perniagaan sendiri. Perniagaan online minat jugak tapi tak reti. Workshop tak gi lagi sebab belum cukup duit.
apa kata kalau kita semua berjumpa untuk saling berkenalan secara offline dan mengeratkan tali silaturrahim.
camana setujutak???
wassalam
September 5th, 2006 at 12:30 pm
assalamualaikum..
Name panggilan saya Murniy.. saye sbenarnye amat tertarik dengan perniagaan internet yg dijlnkan oleh Irfan Khairi setelah hampir setahun saye mengikuti perkembang beliau. Namun begitu saye blum lg berpeluang untuk menyertai kursus yg dianjurkan..saye harap dengan ilmu yg bermanfaat dan pendedahan yg mendalam mengenai perniagaan di internet yg diberikan oleh Irfan ini akan membantu meningkatkan taraf ekonomi umat Islam di seluruh Malaysia khususnya..salam ukhuwwah dan perkenalan dari saye untuk semua.
September 5th, 2006 at 12:53 pm
Maaf dah lama tak ikuti ruangan ni.(sibuk dgn peniagan offline saya)
Nama : Khairuddin Bin Abdul Rahman
Umur : 33 Tahun
Asal : Pahang
Tinggal : Usj Subang Jaya
Perkerjan : aughtsperson
Pekerjaan Lain : Perkhidmatan Kontraktor (Binaan Bangunan, Renovation, Hiasan Dalaman)
dijalankan bersama Biras Saya(Mashazuri Construction). Saya tolong je.
Sedang membena Web Site untuk perkhidmantan Kontraktor (panduan dari manual 1-2-3)
Insyallah Dalam masa terdekat nie siap le.
September 5th, 2006 at 2:19 pm
assalamualaikum…salam perkenalan.
nama saya mohd adib bin ramli, dari sg buloh selangor & keje kat uitm shah alam. anyway saya memang berminat la nak jadi usahawan & jadi kaya ni since baca buku ‘jutawan dari planet jupiter’ tulisan millionaire coach azizi ali. so lepas tu saya slalu la mengikuti tulisan s azizi ali sampai la satu hari saya dapat tau pasal buku ‘rahsia jutawan-jutawan internet terbongkar’ karangan irfan bila kluar kat slot resensi rancangan slamat pagi malaysia.
saya terus cari buku tu & beli. alhamdulillah saya dapat start bisnes internet yg menyediakan perkhidmatan rekabentuk logo hanya dgn membaca buku tu. tapi saya rasa ilmu still x cukup & klau ada kesempatan mmg nak pegi workshop jutawan internet. tapi skarang ni saya stop dulu sebab tgh concentrate nk kawin dulu…huhu… lepas tu baru sambung smula.
anyway salam perkenalan utk semua.
September 5th, 2006 at 2:58 pm
Irwan, hang terlupa Sikumbang…
September 5th, 2006 at 3:01 pm
Oye, saya Mohamed Nasir bin Md Sobri… nama glamer online sejak 1992 ialah NasiaQ. Kat web, ada yg panggil Mohd Nasir, Mohamed Sobri, Nasir Sobri, Mohamed Sobri MD. dan macam2… Tapi IA, tak lama lagi, bolehlah reliazed as Dato N…
September 5th, 2006 at 4:26 pm
assalamu’alaikum,
Nak join jugak lah intro kat sini (even dah agak terlewat..)
Nama penuh: Anas Suzastri bin Ahmad
Baru join dunia internet & baru launch web (psst..anda boleh dapat e-book Percuma di situ).
Step1: buku (internet )
Step2: seminar (mesti join)
Step3: do
September 5th, 2006 at 4:46 pm
hye..
sy student it ukm..
sy sgt risau ngn ms dpn keje sy sbb ramai sgt yg unemployed..
so sy bercite2 nk wat bisnes..
skrg tgh final year..
sy saving utk wat modal bisnes ape2 pas abis stdy next yr..tp xtau bisnes ape..
sy juge xbpe faham ngn bisnes internet ni..
hari2 sy bkk website ni..
sile beri tunjuk ajar..
= )
assalamualaikum..
September 5th, 2006 at 4:55 pm
idea perniagaan dah ada. tapi tak tau cara nak publish kat internet. wat masa ni keja kat syarikat swasta tapi tak berkaitan dengan minat saya, bercita-cita nak melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati, (rekaan fesyen / seni jahitan)…
September 6th, 2006 at 3:24 pm
-Nama diberi Muhammad Hafiz Abdul Latib
-Nama di Internet Hafiz Latib
-Berumur 21 tahun
-Still belajar lagi di UTP, part time online business
-Peserta seminar Rahsia Internet bulan Januari 2006
- Mempunyai 3 website, satu pasaran antarabangsa, satu blog tentang cita-cita saya dan partner saya dan satu lagi website khusus untuk Malaysia iaitu http://www.malaysiapal.com. Dengan bantuan Irfan semasa seminar, saya berjaya menjalankan ketiga-tiga website ni dengan lancar, walaupun kadang2 ada small problem.
Lastly, thanks Ifran!
Hafiz Latib
September 6th, 2006 at 9:40 pm
Hafiz & Najmi, very proud of both of you! keep up to good work
Bila dapat your first million, jangan lupa belanja!
September 6th, 2006 at 11:10 pm
hi… saya Hairunita Saian. Saya dah join seminar Irfan pd 2/10/2005… dah hampir setahun kan… sebelum tu dah baca buku Irfan… teringin juga nak hasilkan buku mcm Irfan Khairi, Azizi Ali & Tuah. Bila baca buku depa tu.. rasa mcm.. áku pun boleh tulis buku camni gak’.. tapi… tunnnggguuuu….
September 7th, 2006 at 1:35 pm
Saya tak mahu ketinggalan walau pun hari ni dah 7/9/2006. Saya dah pergi kursus 3 dalam 1 dan tengah prepare website untuk buat bisness Mail Order. Saya tak tahu yang rupanya Mail Order bisness ni memang mudah. Dah test & banyak respond. Sekarang tengah prepare website nak popularkan bisness saya.
Dah siap nanti nak join workshop jutawan internet pulak, saya pun nak jadi jutawan jugak.
Ramai office mate saya dah mula nak join buat website sebab saya dah boost mind diaorang ni. Gambar saya dengan Irfan & Osman Affan depan pc saya jadi pemangkin semangat . Dan buat promosi.
Saya pun nak bertukar fikiran dengan peserta blog ni.Boleh saya tanya mana yang saya tak faham.Boleh ke?
September 8th, 2006 at 12:21 pm
Assalamualaikum,
Irfan.
Sebenarnya saya sendiri tak terkata.. dengan cepat boleh menjadi jutawan dengan menjual Peta Malaysia.. for me its impossible but now im believed if we have a vision to be rich… it will be rich if workholic and creative..
kengkadang popular tu will come if all people know when if the project was successed..
mcm Irfan sendiri la.. hehe..
Harapan we will meet someday. thanks and
warmerst regards,
rahim.
September 11th, 2006 at 9:51 am
askum, Tahniah Irfan . kita sebenarnya adalah rakan sekelas semasa seminar Azizi Ali di Hotel Sunway 2004-masa tu u dlm proses buat buku pertama. Saya dlm industri perkhidmatan-masih belajar2 pasaran melalui internet. harap blh berjaya seperti Irfan. saya baru terlihat Irfan On-air di Hello On 2 sebentar tadi. tu yg terus buka website ni…..
Selamat Maju Jaya
September 19th, 2006 at 1:25 am
dah berapa hari da terlepas, baru pepgai ni baca artikel ni.
saya azhar, nama glamer mcm kat email add tu lah. saya pernah bisnes getah segerap 9getah kering yang dalam mangkuk tu). setahun lebih je bertahan, lepas tu lori kena tarik sbb tak mampu bayar.
berniaga dgn modal besar, tapi hampas pun tak nampak.
tahun ni 17/9 lepas da 32 tahun umur. tak de pencapaian yang boleh dibanggakan pun, hutang banyak adalah.
saya tengah berjinak-jinak dgn internet bisnes. tapi tak tau lagi bila bleh gi workshop awak.
anyway, proud to see a young malay millionaire like you. selalu berharap untuk capai kejayaan mcm tu.
sedang bersiap sedia la ni….
September 27th, 2006 at 2:17 pm
Saya pernah bekerja sebagai wartawan grafik dan kartunis di straits times dan cukup komited dgn kerja. Sekarang tu semua dah terkubur kerana sibuk menjadi seorang suri rumah dan ibu kpd 4 org anak. Pernah kwn2 nasihat cuba buat internet bisnes tapi tak tahu caranya. Saya ada membeli buku dik Irfan tapi sori ya masih belum habis baca. Ni pun tak sengaja terbuka site ini dan nak pulak tulis respon. Hopefully rezeki saya kat site ini. Dah tak sabar nk cari duit sendiri la.
October 6th, 2006 at 4:23 pm
hai !! apa khabar?? saya nk ucapkan tahniah ata kejayaan doktor dan saya harap saya juga dapat manjadi seorang yang berjaya seperti doktor satu hari nanti..
Salam perkenalan buat semua.. semoga kalian dirahmati n suksess dlm apa jua bidang yang diceburi..:)
Adios..
December 15th, 2006 at 9:10 pm
A’kum,apa kabar semua. salam perkenalan buat semua. saya berminat menjadi usahawan sesuatu hari nanti. So boleh tak bagi panduan dan pedoman. Terima kasih.
February 23rd, 2007 at 11:15 am
salam..jgn pelik plak tengok nama i.bukan apa i minat filem cowboy.i baru try internet ni,dulu tak reti tp skrg bolelah sikit.nak belajar buat bisnes i.t tp tak pandai.ada buat bisnes tp bermusim.kalau bole buat kat i.t mungkin lebih income kot.kalau ada yg tolong bantu alhamdulillah.pls help me….jgn lupa baca..
May 6th, 2007 at 3:48 pm
Aslmkm..hai smua.sy ni br je guna internetni.budak br blajar.bila dngar irfankhairi dh jd jutawan internet sb jual peta mlysia sy pn rasa truja sgt2.mmg cita2 nk jd jutawan tp kl stakt keje gomen ni mana bleh dpt.sbtulah skangni dh minat internet marketingni tp x tau nk jual ape.leh x bg idea kt sy.1 lg nk buka web mcmana eh.tp kwn sy ada sorang yg pandai.nnti mnuntut ngn dia pas2 kl bkesempatan nk ikuti bengkel slamat bkenalan smua n harap korang ngn sy skali jd jutawn mcm doktor..Thank.gaji asyik x ckpje ni.bye
May 28th, 2007 at 1:16 pm
Assalamualaikum Irfan,
Baru kini saya berpeluang untuk berbicara,saya berterima kasih atas maklumat2 berharga yang dihantar kepada saya dalam email,saya nak baca semuanya rupanya ia amat banyak, lepas klik, klik , kliklagi. bagaimana pun saya akan terus baca.. saya berminat untuk menjadi jutawan seperti Irfan dan Syed Ai-Bukhari yang mengutamakan iman dan dapat berbuat , menyumbang lebih banyak untuk kebaikan umat..semoga Allah membuka jalan yang lebih luas untuk saudara meneroka jalan-jalan kebajikan ini…amin
October 17th, 2007 at 5:51 pm
Assalammualaikum.
Masih belum terlambat (+ve thinking). Saya Rosli Bin Bahari, 32 thn, Kerja dgn LHDN, Asal Melaka, Menetap Azran Alam, Berkahwin, Anak?? InsyaAllah coming soon.
Saya mula mengenali I selepas terbaca tentang I diakbar Mingguan Malaysia. Selepas membaca artikel tersebut timbul rasa cemburu akan kejayaan I yg dikecapi pd usia muda. Terus cari buku I (beli secara online tu). Selepas habis baca minat untuk berniaga kembali berkobar2(dah lama tu, tp tak start pun). Saya telah pun memulakan langkah pertama saya dengan belajar membina laman web sendiri (itu pun basic sgt.) melalui laman blog. Harapan & Doa saya semoga semua berjaya dengan impian untuk berniaga anda. Wassalam
November 26th, 2007 at 2:15 pm
Sejahtera ke atas kalian sume.
Boleh panggil saya J - for jamiatul. Dah 2 tahun nganggur jaga anak kat umah lepas kontrak tamat ngan TNB. Mati kutu la. Ada apply untuk jadi cikgu tapi doa dalam hati biar tak dapat (apa punya orang la..) Minat nak buat duit dalam keselesaan rumah sendiri, tengok anak membesar depan mata. Ada tip berguna jgn malu kongsi ye.
Saya lahir kat Ipoh, besor kat Batu Gajah, Perak.
Selamat berkenalan.
June 4th, 2008 at 12:39 am
Assalamualaikum, saya azlan. baru nak jinak2 ngan internet. bole bagi tips tak camner nak mulakan perniagaan internet ini. dan apakah cara-caranya
December 8th, 2008 at 6:16 am
Asalam.. n slm pknalan pd sume ( sudi la kranya
) trutama pd Ik, thniah ats kjyaan n smoga trus bjya n jga pd sume Seagama, Selamat menyambut hari raya korban Aidiladha.. Utk dunia bru yg sy ingin cburi ni ( pniagaan internet ) suka sy gelarkn dri sy sbgai ‘Altaf’, 34, bjang tlajak.. xda apa yg d bggakan pd sy (sglanya ‘0′)..
Sdkit tntang dr sy, shgga sy brada dsni.. Bru sja kcundang d ats pniagaan mnjual akessori, mbaiki h.phone n mjual h.phone,bkn kdai, tp hnya grai x blesen (zero ‘0′ la ktakan) slma 6 thn, kni tgh mnganggur. Utk pngtahuan sume, sbnarnya bkn pniagaan itu yg kcundang, tp dri (kpribadian) sy yg kcundang.. (stiap mnusia psti ada mlakukn ksilapn, wlupn sdkit n apa sja yg d lakukn psti mdpat balasn NYA, baik or bruk n jga cpat or lmbt)..
K, bblik tntang sy td, utk mmajukn dri n pniagaan, sy tlah join syrkat yg prnah 1 ktika dlu mpromosikn prgram yg mreka anjurkn scara bsar2an d akhbar2 stiap ari, iklan tv n jga d rncangan MHI bbrapa kli, iaitu *R*B. Dgn itu sy mngambil pkej ’sms’ *-g* m***le dgn bmodalkn hmpir ksmua wang smpnan sy, d mna pkej ’sms’ ni prlu mgunakn kmputer, sdangkn sy xprnah lgsung mnyntuh kmputer, alhamdulillah dpt jga sy mlakuknnya (mgunakn kmputer) wlu skdar hnya utk pkej ’sms’ itu sja d ats tnjuk ajar pkerja d syrikat itu. Dan sdang brusha mncari sdkit modal utk mlancarkn prgram itu, syrikat *R*B pula kcundang ( bmsalah ), d ats pngtahuan sy n jga frum2 intnet yg sy lwati tntang kbrukan syrikat itu adlah krna ktidak ikhlasan mreka utk MEMBANTU BANGSA DAN AGAMA mreka sndri ( sy psti PROGRAM itu sndri smmangnya BETUL ). wlu bgaimnapun sy ttap brazam ingin mneruskn cita2 sy tu, smnjak tu sy sring mlyari intnet utk mcari ilmu or yg bkaitan dgn apa yg sy cita2kn n tjumpa la 1 prgram yg sy cita2kn iaitu ‘PERNIAGAAN SMS’ dr lmn web/blog IRWAN DAHNIL, tp tpaksa sy pendamkn dlu krna ‘rm’ x mngizinkn n dlm pd tu pnglaman lalu jga mghantui dri sy. Bmacam2 prgram plaburan/pniagaan yg sy lyari d intnet maupn akhbar sume mnjnjikn pulangan yg mngujakn.. anda psti pnah mlihat iklan sympo rejoice d kca tv, ‘rmbut akn lrus sprti mbuat tknik rbonding’.. adakah anda fkir apa yg sy fkir.
D sni suka sy mngingatkn anda n dri sy jga “SETIAP APA YANG KITA LAKUKAN PASTI AKAN MENDAPAT BALASAN”.. n stiap apa yg tjdi pd kta MUHASABAH lah dri sblum mnyalahkn org lain.. balasn yg kta trima dr NYA xsmestinya sama dgn apa yg tlah kta lakukn n mgkin jga akn mbabitkn org lain or org yg kta syg.. “RASAKAN LAH KEBERKATAN DAN KERAHMATAN DARI NYA DI ATAS KEIKHLASAN YANG KITA BERIKAN”..
D sni ikhlas sy katakn, sy prlukn IRFAN KHAIRI n IRWAN DAHNIL utk mjadikn impian sy adalah
1 knyataan..
Maaf, skiranya sy tsalah, tkasar bhasa or mnyinggung sesape d sni..
Trima ksh IK, ID n Semua..
Altaf
December 26th, 2008 at 3:10 pm
Assalamualaikum….
Salam perkenalan….
walaupun dah terlewat 2thn.
hehehe baru jumpe blog ni.
izzah abd rahman namaku
baru saje tukar status
single to married yuhuu
asal kg talang kuala kangsar
tapi dok KB dah lama
lepas abih blajar,
terus join mom jage bisnes die
kedai kain, tudung, bju melayu n bj kurung
bisnes family.
lepas setahun kerje plak dlm opis
sekarang kene berniaga balik.
mom nak bukak branch
xperince dah ade…
cumer…
soalan saya
1) BLEH KE BARANG2 SAYA NI DIJUAL DALAM INTERNET XKAN E-BOOK JE KUT?
2) SEJAUH MANE KEBERKESANANNYA?
3) CANE PLAK CARANYA?
mintak IK atau sape saje yang expert cadangkan @ nasihatkan.
dah memang mau blajar sangat2 ni.
anyway,
terima kasih buat IK, sebab slama ni saya surf internet tanpa matlamat.
sekarang dah jumpe.
YUHUUU…
January 14th, 2009 at 11:19 am
mcm mne pndapt irfan tntng webite emallnetwork ni….
bole pegi jauh lg ke…..