Ada kata yang berbunyi, sekiranya anda tidak mangambil dadah, tetapi anda berkawan dengan mereka yang mengambil dadah, lambat laun anda juga turut akan mengambil dadah. Sekiranya anda tidak minum arak, tetapi anda sentiasa bersama mereka yang minum arak, lambat laun, anda juga akan minum arak (hendaknya anda dijauhkan dari dua contoh negatif ini!)

Namun begitu, ianya adalah benar. Anda akan turut menjadi sama seperti bulatan kenalan anda! Berkenalan dengan usahawan-usahawan berjaya sentiasa dapatkan nasihat dari mereka yang berjaya di dalam industri anda. Cuba luangkan banyak masa anda bersama mereka yang bergelar jutawan.

Lambat laun, anda juga akan mencapai seperti mereka! Itulah kekuatan sesuatu bulatan kenalan. Ia akan membentukkan anda menjadi seperti bulatan kenalan tersebut.

Peribahasa mat salleh “If you want to soar with the eagles, you should not flock with the turkeys!” (Sekiranya anda ingin terbang gagah seperti sang helang, anda jangan menyertai kumpulan ayam belanda!)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • 85% kejayaan anda bergantung pada orang lain
  • Yang kaya menjadi semakin kaya… Bhg2
  • Kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat…
  • Be a giver… Jadi seorang pemberi!