jutawansmall.gifSejak beberapa hari lepas, selepas saya di-confirmkan untuk mengendalikan rancangan “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” di Radio24 93.9FM, saya amat terkejut dan terharu juga apabila meneyenaraikan jutawan-jutawan yang bakal saya temuramah mulai minggu hadapan (hari Khamis… jangan lupa!)

Kebanyakan nama dalam senarai saya adalah individu yang saya sendiri jadikan idola dalam bidang kejayaan dan perniagaan. Kini, saya berpeluang pula untuk bertemu dan mencungkil rahsia-rahsia kejayaan mereka dan berkongsi dengan orang ramai.

Pernah saya terbaca (tak ingat di mana), bahawa kita akan menjadi seperti indivdu yang kita idolakan. Melihat perjalanan saya sehingga kini, memang saya setuju 100% dengan kenyataan ini! ;)

Fikirkan siapakah idola anda- ingat, tidak semestinya satu sahaja. Lagi banyak, lagi bagus! Ikuti langkah-langkah mereka dan strategi mereka. Kita tidak perlu mencipta kaedah kejayaan baru- hanya ikut strategi idola-idola kita sahaja dan kita juga dapat mencapai kejayaan.

Ikut jejak langkah idola < — lihat posting ini. Kisah Tiger Woods kini terjadi pada saya pula ;)

Tak sabar berjumpa dan menemuramah jutawan usahawan mulai minggu hadapan! Malam tadi saya dapat bertemu dengan salah seorang daripadanya dan beliau bersetuju untuk turut berkongsi kisah kejayaannya di udara bersama saya!

Siapa dalam senarai saya? insyaallah nanti saya akan update di sini bersama highlight setiap temuramah tersebut. Dengan ini juga saya mulakan kategori baru di Tip Satu Minit iaitu: Mentor Jutawan! Moga ia dapat memanfaatkan anda.

Latihan untuk anda: Senaraikan idola-idola anda, sekurang-kurangnya 3 individu! dan fikirkan strategi kejayaan mereka. Bayangkan anda juga boleh mencapai kejayaan seperti mereka!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Ikut jejak langkah idola
  • Menjadi bintang
  • Siapakah “mastermind” group anda?
  • Siapa cepat, siapa lambat?