Siapakah “mastermind” group anda?

Pernahkah anda dalam keadaan perlu membuat keputusan? Mungkin dalam perniagaan, kewangan atau kehidupan seharian. Namun, anda menghadapi jalan buntu apabila ingin melakukan keputusan tersebut!

Caranya adalah untuk anda bayangkan anda mempunyai sekumpulan pembuat keputusan. Kumpulan tersebut terdiri daripada idola anda atau pakar-pakar industri masing-masing. Kumpulan ini dipanggil “Mastermind group”.

Bayangkan ketika anda buntu membuat keputusan, anda merujuk kepada kumpulan “imaginasi” anda atau “mastermind group” anda. Anda boleh meletakkan sesiapa sahaja anda inginkan di dalam kumpulan anda.

Kemudian, anda bagaikan “berdialog” dengan kumpulan anda. Mungkin anda boleh bertanya!

  • “Sekiranya Bill Gates ingin mencipta produk baru,produk berkonsep apa yang akan diciptakan?”
  • “Sekiranya Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai wang sebegini, di mana beliau akan menyumbang kepada masyarakat?”
  • “Sekiranya Jamie Oliver diberi peluang memulakan rancangan TV baru, bagaimanakah konsepnya?”

Siapa teka bahawa soalan-soalan di atas adalah soalan yang saya tanya, memang betul pun  🙂

Dengan mempunyai “mastermind group” kita sendiri, kita akan mendapat idea-idea yang menarik daripada sesi “mindstorming” kita sendiri. Bunyi macam kerja gila bercakap seorang diri? Jangan terkejut, ini adalah idea daripada buku kekayaan terlaris di dunia- “Think & Grow Rich” oleh Napolean Hill. 

ps: Sedikit rahsia… ketika saya menemuramah Dato Dr Fadzilah Kamsah, beliau juga menggunakan sebahagian daripada konsep ini, bahawa beliau sering “berdialog” dengan buku-buku bacaannya! Jeng jeng jeng! 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

14 thoughts on “Siapakah “mastermind” group anda?

  1. hmmm… good idea..MAstermind group.Maksud IK ‘Mastermind group itu hanya satu imaginasi sahaja atau pun real person? or can be both?

    Boleh buat nih.
    Tx!

    WanZ

  2. Salam!

    ‘Mastermind Group’ through imagination. Sebenarnya ini adalah perkara baru untuk saya (sejak dibaca dlm NJNM). Akan datang mungkin saya perlu menggunakannya.

    Dalam melayari hidup seharian pasti ada saat-saat sukar dalam membuat keputusan. Ia mungkin bersangkutan dengan kerjaya dan perniagaan, rumahtangga hatta kepada permasalahan anak-anak. Kalau begini, apakah ‘mastermind group’ kita kerap bertukar personalitinya?. Mungkin ye!

    Rasa serabut pulaklah kepala ni. Nanti takut jadi macam watak utama dalam ‘Beautiful Mind’ tu, kan ke parah. Siapa yeh? Lupa pulak dah…

    Apa yang pasti, keputusan mesti dibuat menurut ‘priority’. Mesti lihat sekeliling siapa yang terlibat atau bakal dilibatkan dalam keputusan yang akan diambil tu. Pro and cons dalam senarai.

    Bercakap sorang diri tu lebih sesuai mungkin dianggap proses ‘saringan’ untuk mendapat ketepatan. Saya biasa juga buat gitu. ‘Bermonolog’ dalam hati jelah.

    Namun sebagai insan dan diberi gelaran khalifah bumi hanya dua unsur besar dan terpenting dalam ‘decision making’. Akal dan Nafsu. Agama menyarankan agar akal selalui mendahului nafsu.

    Rasa sayalah:

    -Bill Gates mungkin bakal mencipta pertahanan-pertahanan dari Serangan Siber yang semakin popular.

    -Syed Mokhtar dan wangnya? Beliau mungkin akan terus memegang pesan ibunya untuk tidak lupa berkongsi kesenangan yang dikecapi dengan masyarakat. Paling sesuai menyahut seruan PM membangun ‘Modal Insan’-pendidikan, kesihatan…

    -Jamie Oliver pula mungkin akan buat ‘reality show’ mencari bakat-bakat chef dari kanak-kanak yang memang berimpian menjadi seperti beliau. Tentu ‘cute’ tengok budak-budak masak.

    Saya masih tak dapat bayangkan sape nak dijadikan ‘group mastermind’. Yang saya faham:

    Ada mata – lihat
    Ada telinga – dengar
    Ada akal – fikir
    Ada hati – kaji dan teliti.
    Ada perasaan – rasa…..

    Wassalam.

  3. ..alhamdulillah. Pergh.fuh! lega dengar tips hari ni. i thot i was going crazy talking to myself for such a long time… mujurrr.. mujurr…

    😉

  4. Tips yg sangat berguna daripada IK.

    Selalunya kita dengar tentang perlu adanya mentor sebagai panduan dan membantu mempercepatkan kejayaan kita, tapi kali ni IK tunjukkan pula bagaimana perlunya ‘mastermind group’ utk membantu kita membuat keputusan. Terima kasih IK.

    Kepada WanZ, ermm maksud IK ‘Mastermind group’ tu adalah kita bercakap atau berdialog dengan imaginasi kita sahaja, kita bayangkan kita berdialog dgn Bill Gates atau sesapa juga pakar/idola kita. Itulah yg cuba disampaikan oleh IK (begitulah mengikut fahaman saya) 🙂

    – Sufian JC –

    ===========================
    panduan mudah bagaimana bina blog
    http://www.jejakcyber.com/kitblogger

  5. Saya pun selalu berteka teki dengan angan2…
    walaupun separuh darinya bagus namun tindakan tidak jua dilakukan…
    tetapi insyallah sedikit idea dari angan itu akan dilaksanakan…
    AMIN

  6. Salam IK,

    Sememangnya ini yang selalu saya praktikkan.Dan kalau nak tahu,salah seorang mastermind dalam group saya ialah IK sendiri…;).Tak tau la betul ke tak ‘jawapan-jawapan Encik IK’ dalam ‘group saya ni..hehehe

    Cuma,keterbatasan dalam mastermind group concept ini ialah, kita kena faham macam mana cara orang itu berfikir.Kalau tidak, susah nak twist minda kita berfikir macam orang lain atau tak faham langsung macam mana cara orang tu fikir,susah juga kan? At least, kena berfikiran kreatif dan analytical thinking tu kena luas pemikirannya. Mungkin jawapan yang luar biasa, dan kadang-kadang ‘gila-gila’ yang keluar dalam ‘perbincangan’ dengan mastermind itu semua.:).

    Kadang-kadang naik pening juga berfikir macam ni, sampai kena pause ‘perbincangan’ kejap…rehatkan minda, refresh and continue balik…hehehe.

    Selalunya saya apply bila otak tengah fikir pasal ‘bisnes’ seperti MIBO.

    haniskamis@gmail.com
    http://mymamalovesme.blogspot.com/

  7. kalau bermain dgn imaginasi.. cuma tinggal angan2 je..

    kalau bercakap sorang2… setidak2 si empunya diri akan dengar apa yg dirinya perkatakan…. dan terus simpan dlm subconscious mind 🙂

    biase le tu…. semua org akan kata kite “giler” 😛

    itu normal beb ..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.