Sat 12 Apr 2008
Sering saya dengar keluhan ini:
Saya dah kerja keras setahun dua… tapi sampai hari ni tak berjaya juga!
Untuk menjawab keadaan ini sekiranya anda tergolong dalam keadaan ini, saya ingin ibaratkan sebagai kerja “pemecah batu”.
Zaman-zaman dulu, kalau nak pecahkan batu, perlu lakukan manually. Zaman sekarang guna machine… tapi, kita lihat zaman dulu lah ye.
So, zaman dulu, untuk memecah batu, perlu lakukan manually. Dengan penukul besar, pekerja perlu bertalu-talu mengetuk batu tersebut. Ketuk 10 kali… macam tu juga rupa batu tu. Ketuk 50 kali, macam tu juga rupa batu tu. Tak pecah pecah… ketuk 100 kali pun, tak pecah juga…
Tetapi, ketuk kali yang entah keberapa, terus batu tersebut pecah berkecai!
Walaupun, kesemua ketukan tersebut adalah pada kekuatan yang sama, maksudnya, bukan ketukan yang terakhir itu kuat daripada yang lain- semua sama kekuatan sahaja. Lambat laun, batu tersebut akan berpecah berkecai dengan satu ketukan sahaja- yang entah keberapa. Tetapi, ia akan mustahil pecah tanpa pukulan-pukulan sebelumnya!
Kejayaan anda juga perlu diibaratkan sebegitu. Kesemua usaha anda akan diambil kira- walaupun tak nampak dilihat kejayaannya atau pulangannya pada zahirnya, tetapi, ia perlu diteruskan secara konsisten sehingga anda jumpa “pukulan” terakhir tersebut! Pukulan terakhir tersebut akan menunjukkan hasil daripada kesemua uasaha-usaha anda sebelum ini.
ps: Alhamdulillah, belakang saya semakin sihat. Insyaallah Ahad ini (13hb April) saya dapat bersama anda di Pesta buku PWTC Kuala Lumpur pada jam 3.00 petang. Tapi, masih 50-50 lagi kehadiran saya mengikut kesihatan tubuh badan hari ini! Bagi yang berada di PWTC Ahad ini, jumpa saya di gerai Telaga Biru Sdn Bhd. Perlu cari sendiri… saya pun tak tahu nombor gerai
Tip Satu Minit yang berkaitan:

April 12th, 2008 at 8:23 am
wahhh…..minta2 time tu sihatlah abg irfan…
April 12th, 2008 at 9:04 am
apa pun yang mahu dicapai, perlu usaha yang berterusan. cabaran adalah lumrah yang perlu ditempuhi oleh sesiapa yang inginkan kejayaan.
April 12th, 2008 at 10:04 am
Irfan,
Betul sekali.
Yang membezakan orang berjaya dgn yg tidak adalah kesabaran mengetuk hingga kepada ketukan terakhir tu.
Walau bagaimana pun tak ramai yg sanggup kerana ianya senang disebut tapi sukar dibuat. Sebab itulah kejayaan adalah milik kelompok yg kecil saja.
April 12th, 2008 at 11:01 am
seperti yg abg Ifran kata “Sudah bekerja keras tapi… tak berjaya juga!”…
Disebalik kejayaan seseorang terdapat begitu banyak “tahun-tahun” yang tidak berjaya.
Cth terbaik Colonel Harland Sanders (KFC). Dia mengambil masa lebih 34 tahun untuk berjaya menjadi salah seorang yang restaurateur yang berjaya didunia…
April 12th, 2008 at 11:28 am
nice…
April 12th, 2008 at 12:07 pm
ala… sok ke nk g pwtc?
sy dh g mggu lps… igt nk jmpe ..
x pe la… x de pluang…
but i already bought ur latest book…
n i like it… ^_^
emmm…
i need to ask u about dis…
o anyone expert about internet busnes…
perigiduit.com tu btul ke?
x tipu??
dh dftr tp x byar lagi…
bkn x prcaya tp sangsi…
i know nothing bout internet busness…
help me plz..
April 12th, 2008 at 12:50 pm
salam IK, satu kupasan yg baik. Sesungguhnya, saya amat percaya yg usaha yg kita lakukan tak semestinya di ‘bayar’ tunai oleh Nya.Ada kalanya dianugerah pd waktu dan ketika yg tak disangka. Usaha berterusan dan ia pasti akan dimasukkan ke dalam ‘mangkuk usaha’ yg hanya Dia yg tahu masa sesuai utk dikurniakan/beri balasan.salam.
April 12th, 2008 at 2:06 pm
Menarik artikel ni.. dengan cerita macam ni orang akan lebih mudah ingat dan sentiasa bersemangat walaupun dah banyak kali di lakukan usaha tersebut kene ambil kira juga usaha-usaha yang sebelumnya yang banyak membantu sebelum mencapai kejayaan.
April 12th, 2008 at 6:24 pm
kadang-kadang kena perhatikan batu jugak kan?
kalau batu tu besar ( sebab pilihan hati nak besar ), semakin perlukan banyak ketukan…begitu sebaliknya..
tapi, kalau ketukan tu berbeza alatannya..Berbeza jugak la outputnya..
“alatan” tu le yang nak dicedok dari IK…hehehe
April 12th, 2008 at 6:43 pm
wah! saya akan cuba mintak kebenaran balik kelas awal..sob2 kelas habis jam 4… insyaALLAH….ada rezeki esok, dapat jumpa :)
semoga cepat sembuh
April 12th, 2008 at 9:12 pm
cerita ni mcm gali telaga juga…
kalau gali telaga, jangan sesekali berhenti dan gali yang lain pula kalau tak jumpa air…
teruskan gali, sampai masa jumpa lah air tu…hehe
kalau tukar gali yang lain, mungkin sampai tua pun tak jumpa air…hehe
yela kan…gali-gali takde air, gali yang lain pula…
ni jadi katak si katak lompat lah ni…hehe
han
April 12th, 2008 at 10:24 pm
pastikan kita berjumpa ok..
April 12th, 2008 at 10:52 pm
Don’t ever give up!usaha bukan diukur dengan selama mana tetapi sebanyak mana usaha kita dah sekuat mana kita boleh bertahan untuk mencapai kejayaan. Sentiasa ingat semua dtg mengikut kehendakNYA yang penting kita perlu terus berusaha tanpa mengalah!you will be rewards..harinya akan tiba!;)
April 13th, 2008 at 1:30 am
tip yg xpernah disangka2… tp mmg ada kebenarannya… org yg putus asa sebenarnya tidak sedar yang kejayaan sebenarnya sudah sangat2 hampir dengan mereka… jgn berhenti mencuba!
April 13th, 2008 at 3:18 am
Salam Abg Irfan..
Btol tue, kita krja kena lar konsisten, tak blh nak krja and trus nakkan hsilnyer..
Ohya, Abg Irfan, application untuk MIBO tu dah pnuh ker??
April 13th, 2008 at 9:03 am
Awesome! Surprisingly motivated tips!
Tq Irfan.
Apa khabar Irfan pagi ni? Harap dpt jmpa ptg ni.
Askum…
April 13th, 2008 at 10:09 am
mesej dalam tip ini juga bermaksud segala usaha anda sebelum ini juga diambil kira. segala usaha sebelum ini dikumpulkan dan result akan anda dapat hasil usaha yang terkumpul itu (walaupun tidak dapat dilihat).
btw, sejak workshop semalam (walaupun kena duduk at times), belakang saya semakin ok, dan insyaallah saya akan berada di PWTC pukul 3 nanti!
-IK
April 13th, 2008 at 10:49 am
Betul tu Han… macam gali telaga dan macam kura-kura yang walaupun lambat tapi tetap berusaha untuk sampai ke matlamatnya.
Anyway, thanks for all your tips during the workshop.
April 13th, 2008 at 2:08 pm
Ye betul, kalo baru sekali cuba nak terus kaya tak dptla kan. mana ada yg leh senang2 dapat. kalo senang sgt, nt kita tak hargai kesusahan.
apapun wish u to get well soon.
April 13th, 2008 at 3:10 pm
ermm..tol tue ramai yang berhenti ditengah jalan give up bila sesuatu yang diharapkan hasilnya belum nampak lagi..patutnya buat n terus buat tanpa henti..macam saya walaupun saya buat perniagaan networking seperti siput buta yang jalan terbalik [kira lambatler]tetapi saya percaya dengan usaha yang berterusan tanpa henti akan berolehi kejayaan..cabaran itu penting untuk menguji tahap mental dan fizikal kita..buat n terus buat yerk sampai berjaya!!….pu3
April 13th, 2008 at 6:31 pm
i agree with you Irfan. perjalanan dalam perniagaan ibarat kata kita pemandu bas ekpress. Ada permulaan dan ada akhirnya.walau apa cabarannya, kita hendaklah sampai ke tempat yang dituju!
April 13th, 2008 at 6:42 pm
alhamdulillah sihat.
saya terkesuma seketika apabila baca dan fahami tip pada hari ini.
benar! tip ini akan saya jadikan satu kekuatan untuk lakukan apa sahaja.
April 13th, 2008 at 9:33 pm
Tadi jumpa Irfan kat telaga biru booth. Thanx for the autograph…:-)
Semuga lekas sembuh. Amin…
April 14th, 2008 at 12:38 am
td gi PWTC nampak you ngan family kat area kaunter tu je, lepas tu pergi kat gerai telaga biru tu, tunggu2 takde pung nampak you ….nak mintak tolong sikit boleh tak? I nak dapatkan buku you yg first tu …boleh ke order terus you?…I dah pegi byk bookstore tapi seme ckp takde…
April 14th, 2008 at 3:25 am
Bagus la IK dah sihat,
macam cerita seberkas kunci la pulak,last kunci tu sebenarnya yang dapat membuka pintu.
betul tak?
April 17th, 2008 at 12:14 pm
semangat nak cuba tapi masih blank cara nak create web untuk jualan diinternet dari A sampai Z (pelanggan order, bayar, kita supply etc) i.e a whole complete proses..to get it going.
Any advice? Read your book tapi masih blurrr..
April 23rd, 2008 at 12:37 pm
Masaalahnya dengan dunia ini ialah terlalu ramai orang cuba mengharungi hidup ini dengan tidak banyak berusaha-Kent Ruth betul ke?
April 24th, 2008 at 11:34 am
setahun dua, belum boleh capai kejayaan(kalau sekolah kira baru darjah1 or 2), kejayaan adalah usaha yang berterusan dgn konsisten