teknik sabar

Teknik S.A.B.A.R apabila di kritik!

Hendak mencapai kejayaan tidak mudah. Terutamanya apabila terkena pada batang hidung sendiri kritikan atau kutukan orang lain pada diri kita, pastinya hati akan terasa. Sememangnya kita tidak mahu bersama mereka yang bersikap negatif, tapi adakalanya, walaupun tidak diundang, mereka akan datang muncul juga entah dari mana.

Apabila terkena kritikan atau kutukan dalam perjalanan mengejar kejayaan, perlu banyak bersabar.

Bagaimana hendak bersabar apabila dikritik hebat? Ikuti formula S.A.B.A.R saya di sini, dimana setiap huruf mempunyai makna…

sabar

S – Siapa?

Siapa yang mengkritik tersebut? Apakah latar belakangnya? Apakah ilmu yang dimiliki? Apakah pengalaman yang dilalui? Kenali terlebih dahulu SIAPA yang mengkritik tersebut untuk membuat pertimbangan sewajarnya adakah perlu atau tidak kita mengambilnya.

Seperti rancangan realiti memasak, atau nyanyian, terdapat beberapa pengkritik di situ. Namun, pengkritik-pengkritik tersebut bercakap berdasarkan kepakaran dan pengalaman masing-masing. Maka, ada baiknya kritikan perlu diterima.

Tetapi sekiranya kritikan itu datang dari mereka yang tidak berilmu, pengalaman atau kepakaran dalam bidang yang anda lakukan, maka, tepuk dada tanya selera untuk terima atau tidak. Sekurang-kurangnya ia memudahkan anda membuat keputusan.

A – Apa niat mereka?

Apa niat mereka mengkritik anda? Adakah untuk kebaikan anda atau hanya sekadar ingin menjatuhkan semangat anda. Adakalanya ianya adalah untuk kebaikan anda juga untuk dipertimbangkan. Namun adakalanya niat yang tidak baik pun ada dalam diri mereka.

Sememangnya kita tidak tahu apa niat di hati seseorang itu, namun dengan cara bahasa, gaya, pertuturan, persekitaran dan sebagainya anda boleh fikirkan sendiri.

Mengutuk secara terbuka di Facebook untuk dibaca oleh orang ramai? Hmmm… pastinya niat sudah tidak betul di situ!

B – Baiki kelemahan

Untuk berjaya, kita perlu perbaiki diri kita sendiri. Adakalanya kritikan yang membina datang untuk memperbaiki diri kita sendiri. Jangan pula kita pejamkan mata dan terasa ego untuk tidak memperbaiki diri.

Manusia tidak sempurna dan pastinya ada ruang dan peluang untuk menjadi lebih baik. Cari kebaikan yang positif disebalik kritikan negatif yang dapat memperbaiki diri sendiri. Segala-galanya datang berpasangan.

Apa sahaja yang negatif tentunya mempunyai ruang untuk dijadikan positif. Kritikan yang membina akan memperbaiki diri kita sendiri.

A – Abaikan

Abaikan sahaja kritikan yang menjatuhkan kita dan menyedihkan kita. Sememangnya ada pihak yang tidak akan selesa dengan apa sahaja kita lakukan. Pastinya kita tidak dapat puaskan hati semua pihak, walaupun kita cuba sedaya upaya. Menjalankan perniagaan yang berjaya? Pastinya ada pesaing tidak akan puas hati dengan anda.

Jangan diambil kira jika terdapat kritikan yang hanya melemahkan semangat anda. Ianya akan menarik segala tenaga yang ada dalam diri anda sendiri dan terasa down dan stress sahaja.

Lebih baik tumpukan tenaga anda itu sebagai picu untuk terus berusaha dan buktikan mereka yang mengkritik tidak berasas adalah salah.

R – Rilex la bro! Rilex la sis!

Welcome to the club! Dalam perjalanan saya mencapai kejayaan juga pastinya ada yang mengkritik. Terutamanya di peringkat awal perjalanan. Ini kerana pada peringkat awal, kejayaan kita tidak sehebat mana dan masih lagi ada banyak peluang sesiapa sahaja untuk mengkritik.

Tetapi, lama kelamaan, pengkritik akan senyap sendiri apabila kita terus mengejar kejayaan tanpa mengendahkan mereka. Sehingga satu hari nanti, kita terlalu jauh dihadapan untuk kita risaukan apa sahaja yang mereka kata.

Oleh itu, sekiranya anda di kritik hebat, yang tidak membantu anda, RILEX LA BRO! RILEX LA SIS! Welcome to the club and just move on dalam mencapai kejayaan!

Selepas ini, sekiranya dikritik, ingat… S-A-B-A-R 😉

PS: Pada hari Sabtu lepas, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial selama 6 bulan telah bermula dan pengambilan kali ini, seperti selalu adalah FULL HOUSE!

Bagi anda yang terlepas dari menyertai, kini pengambilan dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. Klik di sini sekarang.  Mulakan PERNIAGAAN ONLINE ANDA!

b272Gambar bersama pelajar-pelajar baru ketika kelas pengambilan terbaru Sabtu lepas!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.